JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Tuesday, April 7, 2009

7 APRIL 2009, REFERENDUM RAKYAT???










Assalamualaikum, selamat sejahtera....

Pilihanraya umum negara masuk kali ke 12 pada 8 Mac 2008 lalu. Pelbagai rasa, manis mahu pun pahit dilalui oleh parti-parti dalam negara yang menyertainya. Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat yang dianggotai parti komponen masing-masing,semua telah mengetahui keputusan dan menerima dengan hati terbuka atas keputusan MAHKAMAH RAKYAT. Maka semua kembali seperti biasa untuk meneruskan tugas masing-masing.

Pelbagai spekulasi dirakam dan diluahkan samada politikus, ahli akademik bahkan rakyat. Dengan ruang dan peluang yang diberi, rakyat terutama generasi pasca merdeka di kalangan mereka yang berumur 18-30 tahun melakukan apa yang dikatakan perubahan atas nama ideologi parti pilihan mereka pada 8 mac 2008 lalu.

Demokrasi Berperlembagaan yang diamalkan sejak merdeka merupakan medium terbaik bagi memilih wakil ke parlimen bagi memenuhi suara rakyat. Cuma pattern sokongan kepada parti yang bertanding tidak seperti dahulu. Mungkin dahulu, projek maggi mee sewaktu pilihanraya seperti RM50, bantuan baja, kain pelekat, pembaikan turapan jalan 24 jam sehari sepanjang kempen, geran tanah yang bertahun-tahun diperam tiba-tiba diluluskan sudah tidak memberikan sebarang kesan terutama kepada generasi muda.

Akhirnya, UMNO mengakui media elektronik yang dilihat lebih telus dan bebas akhirnya menghempap dan mengejutkan mereka dari lena panjang. UMNO, sebuah parti Melayu sebagai tunjang BN harus mengakui generasi kini tidak hanya melihat dari slogan parti yang membela nasib melayu. Tetapi lebih dari itu, adakah ia benar-benar membela nasib melayu atau membela nasib pemimpin melayu.

Ucapan Presiden UMNO yang baru, Dato Seri Najib Tun Abd Razak banyak menyentuh tentang perlunya UMNO berubah, atau jika tidak akan rebah.

Pilihanraya kecil pertama dan kedua iaitu di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang kedua-duanya dimenangi Pakatan Rakyat dilihat mesej jelas rakyat tidak lagi berpegang kepada lagu lama.

KIni, 7 April 2009 menyaksikan 3 pilihanraya kecil berlangsung serentak, apa yang dinamakan 2 bukit 1 batang - BUkit Gantang (Perak), BUkit Selambau (Kedah) dan Batang Ai (Sarawak). Sekali lagi keputusan yang dijangka 2 bukit milik Pakatan Rakyat dan batang milik BN. Setelah berlakunya peralihan kuasa dalam UMNO, kembalinya Tun Dr Mahathir ke dalam UMNO, peralihan pemenrintahan negeri Perak dari PR kepada BN, rasuah politik yang masih menular dalam UMNO dan banyak lagi dilihat masih tidak dapat meyakinkan rakyat terutamanya golongan muda untuk bersama UMNO.

Jika UMNO masih bersikap keras, melabel mereka yang tidak menyokong mereka sebagai pengkhianat, tidak tahu berterima kasih, menafikan keintelektualan mereka, tidak mustahil rakyat akan menunjukkan BN jalan keluar dan dibuka pintu seluasnya kepada PR menerajui negara kelak.

No comments:

Post a Comment