JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Thursday, April 23, 2009

IIISSSHHHH HANG NI LA......

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

DIALOG 1
Khairul: Man , aku drive dari Putatan ke Likas tadi. Saja la bawa anak aku jalan- jalan. Tiba-tiba kereta honda civic pecut laju....dirempuhnya tiang lampu trafik. Remuk habis bahagian depan civic tu.

Man: Inna lillahi wainna ilaihi rajiun....

Khairul: Issshhh kau ni. pemandu tu hidup lagi, dah di bawa ke hospital.


DIALOG 2

Milah: Senah, kau tahu cerita ni tak. Aku baru balik dari rumah pak Mat hujung kampung tu. Anak dia demam panas. Tak larat nak bangun. Kesian aku tengoknya.

Senah: Innalillahi wa inna ilaihi rajiun....

Milah: Ooooii Senah. Kau minta sangat ke anak Pak MAt tu mati. Budak tu demam je. Yang kau baca doa tu kenapa?


Kan ini antara dialog yang biasa kedengaran, kan? Masyarakat kita faham bahawa ungkapan ini hanya untuk yang meninggal dunia saja. BUkankah di dalam ayat tu jelas orang-orang yang apabila ditimpa kesusahan... Maksudnya musibah. Kemalangan, sakit, terjatuh, terluka dan yang sewaktu dengannya adalah musibah, ujian.

Musibah, ujian yang kita fahami adalah sesuatu yang menyakitkan, yang tidak disukai nafsu. Hanya orang-orang beriman tahan diuji. Walaupun sebenarnya kemewahan, kesenangan juga adalah ujian? Ye ke ni? BUkankah orang yang dilimpahi kesenangan berasa sayang meninggalkan rumah untuk bersolat jemaah di masjid/ surau? sayang menggunakan minyak kereta untuk menghantar orang ke lapangan terbang. Orang kaya berasa sayang untuk menderma kerana setiap ringgit adalah duit, nyawa bagi mereka.

Apa pun, kita berdoa agar kita menjadi orang yang berani berkata benar menurut ayat-ayat Allah, tahan diuji dan sentiasa sabar ditimpa ujian dan musibah.\

Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment