JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Monday, April 20, 2009

JOM BERNIAGA.. KEUNTUNGAN MELEBIHI MAKSIMUM

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (As Soff: 10 dan 11).

Assalamualaikum... Selamat sejahtera.

Pernah mendengar kuliah mahu pun dari live, rakaman cd, mp3, buku-buku, satu ayat yang amat popular terutama bagi yang mendekatkan diri dengan majlis ilmu mahu pun bersama dengan jemaah/ persatuan Islam di mana-mana.

Ayat tersebut dimulakan dengan seruan, panggilan serius, arahan terhadap orang-orang yang beriman, iaitu bagi yang ingin sekali mendengar arahan Allah sebagai maha boss dan kita manusia sebagai kuli. Beriman membawa makna bukan sekadar muslim, tetapi lebih dari itu sebagai mu'min yang benar-benar meredhakan apa yang telah Allah tentukan tanpa sebarang curiga, persoalan mahupun penolakan hatta satu huruf pun di dlam Al Quran, sebagai panduan hidup kita.

Allah mengajak mereka yang beriman untuk menceburi satu perniagaan yang maha menguntungkan dari maha pencipta, mengatasi segala keuntungan perniagaan yang ada di dunia ini. Keuntungan yang paling diharapkan mu'min sebagai hambanya iaitu terhindar dari panas bara api neraka.

Namun, adakah semudah menggunakan kad kredit? cheque? personal loan? Allah menggariskan iaitu dengan beriman kepada Allah dan Rasulnya. Kadangkala, kita tertanya diri sendiri. Aku lalai dengan solat, culas terhadap tuntutan ibadah lain. Ada juga yang berbangga mengatakan aku solat, puasa, dan mengerjakan haji, namun mencurigai beberapa aspek lain yang telah ditegaskan Allah.

Boleh ke negara ni maju kalau orang Islam tak menikmati arak, judi seperti negara maju di barat? Kena ikut acuan Islam Liberal ala orientalis, jika tidak akan dicop sebagai ekstremis. Dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran umat Islam yang begitu mudah dipusingkan akalnya oleh permainan tipu daya musuh-musuh Islam.

Allah menyeru hambanya berjuang dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu. Kenapa Allah menyebut harta benda mendahului diri? Memang fitrah manusia amat menyayangi harta benda, dan kadangkala rasa kedekut yang amat sangat bila ALlah limpahkan kemewahan. Pernah terfikir di saat menjadi pelajar, sangat mudah bersedekah walaupun belum berpendapatan. Amat mudah berpuasa bersama sahabat2. Namun setelah berkerjaya, kadangkala RM10 dirasakan amat berat untuk dihulurkan sebagai sumbangan untuk agama Islam.

Tanpa disedari, diri semakin diulit rasa malas, ditelenggami sindrom "tak apa, bukan kena kat aku". Layakkah kita rasa malas di dunia, sedangkan dunia tempat bekerja. Dan akhirat tempat menerima GAJI. Allah mengejutkan kita untuk berkerja menegakkan agama yang diredhainya, kedua-dua dengan harta dan diri demi mencapai yang lebih baik bagi kita sebagai hambanya jika kita menyedarinya.

SALAM BAHAGIA BUAT PENGANTIN BARU


Di kesempatan ini, tahniah diucapkan kepada saudara SYED AZRINIZAL B SYED MD DAMHURI dan saudari NUR FARHANA BT MUHAMMAD yang selamat menamatkan zaman suci. Moga dikurniakan Allah penuuh rahmat buat pasangan ini.

2 comments:

  1. Jom Megat masuk ALPHA LIPID, susu awal lembu kolostrum, insyaallah membantu menawarkan penyakit, kecuali sakit tua sahaja

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    Ada doh 2-3 ore ajok kawe....MLM lagi...susu pulok tu.... nanti kuat mace ikle kopi lasihdah cafe "kuat la pulok"

    ReplyDelete