Assalamualaikum... Selamat sejahtera..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (surah al hujraat:6)
Bila terbaca ayat ni, teringat yang kita sering dan selalu mendengar, kadangkala menyampaikan berita-berita sensasi yang suka didengar untuk mengisi masa lapang. KIta kadangkala jarang untuk menyelidik, bertanya kepada sumber-sumber lain untuk membuat pertimbangan. Apatah lagi jika berita tersebut terkena pada orang yang amat kita tidak sukai, lagilah sebagai bonus untuk menyebarkan berita buruk tersebut supaya individu tersebut dibenci masyarakat sekeliling.
Sebelum kita menerima sebarang berita, hendaklah kita selidik akhlak, perlakuan, tuturkata penyampai tersebut. Jika kita kenal latarbelakang, watak serta ciri-ciri individu penyampai, dengar dan tapis berita tersebut.
Jika berita tersebut melibatkan maslahat (kepentingan) umum, dapatkan pandangan dari individu lain yang diakui masyarakat setempat tentang kredibilitnya sebagai orang yang amanah.
Namun, paling selamat kita tidak terburu-buru menerima terus berita tersebut dan menjadi radio "CELUPAR FM" yang jika berita tersebut adalah fitnah, maka kita juga menjadi sebahagian penyumbang fitnah tersebut. Maka tanggunglah dosa hingga mendapat kemaafan dari orang yang difitnah dan bertaubat kepada Allah.
Kadangkala fitnah ini datangnya dari individu yang tidak berpuas hati, sebagai contoh sesuatu yang dihajati jatuh ke tangan individu lain. Ditambah pula jatuh ke tangan individu yang amat dibencinya. MAka dosa pahala ditolak jauh-jauh demi memuaskan dendam dan nafsunya.
Itu serba sedikit kerenah manusia yang berlaku disekeliling yang perlu kita hindari, w/pun kadangkala Allah menguji kita dengan perkara-perkara sedemikian.
CUTI SEMPENA BERAKHIR PSPM 2008/2009
Selamat bercuti kepada warga pelajar dan akademik KOLEJ MATRIKULASI LABUAN dengan berakhirnya PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI 2008/09 pada jam 3.45pm ini. Selamat menenangkan fikiran dan mengisi masa lapang bersama keluarga.
Bagi warga akademik, semoga berjumpa di sesi 2009/2010 yang bermula 10 dan 11/5/2009.
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam encik megat..
ReplyDeletetahniah wa takziah jadi hep.
adik saya akan masuk KML 11hb ni..
harap beri tunjuk ajar..
khamsiah seharing
Assalamualaikum...
ReplyDeleteHHhhhmmm.... tengok perkataan takziah tu yg buat termenung panjang...apa pun, betullah tu. HEP kan ke amanah, bukan kuasa atau keuntungan.
Adik kamu daftar kml, siapa namanya? i/allah mintalah dia jumpa perkenalkan diri.