JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Wednesday, April 8, 2009

BULI DI SEKOLAH- KEMBALIKAN "PUBLIC CANNING?"

Utusan Malaysia, 9/4/2009
Buli: 2 dibuang sekolah, 7 dibuang asrama

KUANTAN 8 April - Dua pelajar dikenakan tindakan buang sekolah manakala tujuh lagi dibuang asrama ekoran tindakan mereka membuli dan mencederakan tiga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub, 29 Mac lalu.

Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff berkata, sembilan pelajar terbabit dikenakan tindakan itu walaupun kes tersebut telah diselesaikan menerusi majlis permuafakatan yang diadakan di sekolah tersebut, 1 April lalu.

"Melalui majlis tersebut, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terlibat dipertemukan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

"Majlis tersebut menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan berakhir dengan berdamai di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seramai tiga pelajar tingkatan satu SMK Dong, Raub dibuli sembilan pelajar senior pada 29 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, tiga pelajar terbabit dipercayai dipukul dengan menggunakan reket tenis dan diseterika oleh pelajar senior akibat tidak membasuh dan menggosok baju sekolah mereka.

Menurut Abdul Aziz, meskipun tindakan telah diambil, pihaknya tidak menghalang ibu bapa yang masih tidak berpuas hati untuk membuat laporan polis berhubung kejadian buli itu.

"Terserah kepada mereka (ibu bapa) untuk membuat laporan polis sekiranya tidak berpuas hati selepas majlis permuafakatan itu.

"Pelajar yang bersalah tetap akan dikenakan tindakan walaupun majlis permuafakatan itu bertindak sebagai penyelesaian masalah," ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya telah menghantar laporan berkenaan kes buli tersebut kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, jelas beliau, kes berkenaan lewat dimaklumkan kepada keluarga mangsa disebabkan pelajar terbabit sendiri cuba menyembunyikan kejadian sebenar.

"Jika pelajar segera memaklumkan kepada pihak sekolah, mungkin kes ini akan diselesaikan dengan segera.

"Bukan pihak sekolah sengaja membunyikan perkara tersebut tetapi pelajar berkenaan yang tidak melaporkan kejadian tersebut," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Raub, Suprintendan Wan Shamsudin Wan Osman ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyerahkan hasil siasatan kes berkenaan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Tindakan tersebut diambil selepas polis selesai menjalankan siasatan ke atas semua suspek dan mangsa.

"Selepas laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat, kita telah menahan reman sembilan pelajar selama sehari sebelum membebaskan mereka selepas semua keterangan diambil," katanya.




Assalamualaikum... Selamat Sejahtera...

Sambil melayari Utusan online seawal 3pagi, terbaca berita tentang kes buli di salah sebuah sekolah di Pahang. Sebelum ini, Ketua Pengarah PElajaran Malaysia, Cikgu Alimuddin B Mohd Dom melawat salah sebuah sekolah di Sarawak akibat aksi buli dan dera yang dirakam dan dimuat dalam youtube.

Tersiar juga baru-baru ini berita seorang guru perempuan disimbah asid diluar pagar sekolah. Berita begini sedikit sebanyak memerlukan perhatian dan saling memahami antara semua pihak samada pihak bertanggungjawab, pihak sekolah, pihak ibubapa, NGO, masyarakat setempat.

Buli merupakan penyakit lama yang berlaku di mana-mana sekolah, terutamanya sekolah berasrama. Penonjolan sebagai senior yang menjadi tuan kepada pelajar junior, mesti menurut perintah, sikap menjadi raja menjadi antara sindrom untuk mereka melakukan buli dan dera.

Ada beberapa situasi dalam keadaan dera atau buli. Ada yang sebagai contoh meminta adik-adik junior mengambil makanan di dewan makan, menggosok baju, atau apa sahaja rutin harian. Ini dilihat sebagai "menolong" atas alasan senior, terutamanya yang nak ambil peperiksaan dengan alasan sibuk study. Mungkin jika agaknya sekali sekala dilihat sebagai adat tinggal di asrama. Bagi senior yang menjadikan junior seharian sebagai "pembantu hidup" melaksanakan rutin keperluan hidupnya?

Bagi situasi lain, ia dijadikan sebagai hobi. Sebagai contoh, memanggil beberapa junior untuk melakukan beberapa aksi atau lakonan sebagai hiburan. Cuma, ini kadangkala boleh disalahtafsir sebagai buli, walaupun pada penulis ia tak lebih sebagai pengukuhan perkenalan antara penghuni asrama.

Namun, lain pula situasi begini. Manusia kadangkala melakukan kesilapan. NAmun, bagi senior kesilapan adalah sesuatu yang sukar dimaafkan. Ada kala bagi mereka, junior tidak boleh lebih sedikit bakat dalam contoh permainan. Jika bermain permainan pada waktu petang lebih skill berbanding dirinya sebagai senior, juga akan diluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya dengan kadangkala melibakan deraan fizikal.

Ada kala hanya disebabkan seorang pelajar perempuan. Adakalanya pula sikap pelajar tersebut yang mungkin menganggotai mana-mana persatuan mempertahankan diri, maka akan dicari mana-mana mangsa untuk dijadikan sebab dan melepaskan geram.

Virus bodoh untuk menunjukkan besar kepala kepada junior yang dilakukan oleh senior bodoh ini jika kena pada peringkat "kurang ajar"nya memang perlu bukan sekadar dinasihatkan, malah tindakan sekerasnya seperti rotan di khalayak ramai, tindakan undang-undang dan sebagainya.

Bayangkan jika seorang mangsa dibelasah dengan kayu hoki, diseterika di badan angkara perkara kecil yang tidak layak dihakimi pembuli sebegitu rupa, pemangsa hanya diberi amaran yang hanya buat-buat insaf dan berlakon jika dimaafkan. Saya tidak terbayang perasaan dan kesakitan mangsa. Atas alasan memikirkan masa depan pemangsa, maka jalan maaf sebagainya. Adakah tindakan yang sama jika berlaku kepada anak pegawai tinggi, anak dato' atau orang kenamaan?

Pendidikan bukan semata-mata memberi input ilmu, menasihat, bahkan hukuman juga satu bentuk pendidikan dan hukuman, sebagai peringatan kepada pelajar lain. Sebagai mana peringkat mendidik anak dalam bersolat dengan menggalakkan anak bersolat ketika berumur 7 tahun, dan merotan jika berdegil setelah berumur 10 tahun.

Masih teringat ketika mana pengetua saya satu ketika dahulu yang menampar pelajar tingkatan 5 di hadapan perhimpunan pelajar atas kes aduan meminta duit junior, dan meminta mereka membeli makanan untuk senior menggunakan duit junior berkenaan. Selepas insiden tersebut, menjadi dingin seketika keinginan senior untuk membuat sebarangan terhadap junior.

Tidaklah bahwa semua mesti dihebohkan, atau semua mesti diambil tindakan. Namun jika memaafkan semata atas tindakan membelasah dan menekap seterika pada badan mangsa, seolah selepas ini sesiapa pun tak kisah untuk berbuat demikian kerana paling tidak pun, masih boleh belakon jika dinasihat dan diberi amaran. Paling tidak pun, berlakon insaf atas sifat pemaaf bapa/waris mangsa.

Tidaklah apa yang diperkatakan disini betul semua. Namun, sekadar melihat di dada akhbar tentang gambar saling memaafkan atau dinasihatkan di antara mangsa dan pemangsa.

No comments:

Post a Comment