JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Thursday, April 9, 2009

BOIKOT PRODUK...HABIS, NAK PAKAI APA???







Assalamualaikum... selamat sejahtera..

Perjuangan rakyat Palestin memerdekan tanahair, sejak yahudi mendapat mandat dan izin kuasa besar untuk beramai-ramai mengerumuni tanahair para nabi dan rasul, bagi merampas dan mengusir rakyat Arab Muslim Palestin bermula sejak 1948. Awalnya, yahudi merupakan bangsa yang pernah dianugerahkan bilangan nabi dan rasul yang ramai.

Menurut susur galur ringkas, sejak Nabi Adam A.S, Nabi Idris, hinggalah kepada Nabi Ibrahim, maka cabang dipecah kepada dua iaitu Nabi Ishak, Nabi Yaakub, hinggalah kepada Nabi Musa dan Nabi Isa semua diturunkan kepada bangsa Yahudi. Ranting pada Nabi Ismail dan akhir kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah diturunkan kepada bangsa arab.

Bangsa Yahudi yang pernah menjadi hamba pada zaman Firaun, bangsa yang bertebaran di seluruh dunia dan menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dalam apa yang dikatakan Holocaust di Jerman di pemerintahan Hitler, mendapat izin kuasa besar dan PBB pada tahun 1948 untuk memecahkan wilayah Palestin yang kini terpisah dua, dengan negara haram Israel menguasai sebahagian besar wilayah tersebut.

Sejak itu, sedikit demi sedikit wilayah Palestin diceroboh dan kini menguasai sebahagian besar tanah air bangsa arab Palestin.

Dengan mendapat sokongan bukan sahaja negara kuasa besar seperti A.S, tetapi juga seolah mendapat sokongan secara tak langsung dari saudara mara seislam dari negara arab yang berada disekeliling mereka, Tentera yahudi terus bersikap zalim mengganyang rakyat palestin seperti nyawa yang tidak berharga.

Boleh sahaja mendapat maklumat tentang kekejaman mereka dari internet. BUkan sahaja lelaki golongan PEJUANG Palestin, malah kanak-kanak, wanita, golongan tua juga diperlakukan dan ditembak, dibom tanpa belas kasihan.

Masyarakat tahu bahawa sebahagian besar produk import di pasaran samada makanan, minuman, pakaian, aksesori, alat solek semuanya produk-produk ternama yang dihasilkan oleh golongan korporat yahudi. Nyatakan saja seperti Steven Spielberg yang melahirkan pelbagai filem animasi, perang, filem futuristik juga seorang yahudi.

DI seluruh dunia termasuk negara kita, boleh dikatakan melaungkan Hidup Palestin, boikot produk U.S dan Israel. Namun, sejauh mana kita peka dan beriltizam menyahut seruan ini?

Ada yang berkata, " Habis, kalau boikot McDonald, nak makan apa?". "Takkan nak buang komputer, perisian, laptop?" "BOikot senang la cakap, ada ke alternatif bagi produk-produk ni?"

Ini antara dialog-dialog yang kerap kadangkala diluahkan oleh di kalangan kita, mungkin juga penulis. Sekadar begini, setiap ringgit yang disumbangkan bermakna seringgit bagi peluru yahudi menembusi tubuh warga Palestin. Jika tiada keperluan untuk membeli/menikmati produk tersebut, rasanya masih boleh menikmati produk lain. Tak mati kalau tak makan McD contohnya, kerana ayam goreng biasa pun apa kurangnya.

Bagi produk yang tiada alterntif tetapi amat penting seperti kompuer, laptop, software, maka gunakan sekadar untuk memenuhi keperluan sambil hati membenci dan tidak redho untuk menyokong Israel.

Bagi sesetengahnya, ada alternatif seperti ZamZam Cola, Produk Adabi, ubat gigi mu'min, dan kita doakan banyak lagi usahawan muslim seluruh dunia bangun untuk membangunkan jenama kita sendiri. Selain HPA dengan killer produknya kopi radix, diharap restoran makanan segeranya dengan ayam yang diberi makanan herba, Radix Fried Chicken (Radix FC) akan segera berkembang sebagai ganti kepada jenama sedia ada.

Ada yang berkata, kalau boikot pun, bukan boleh halau Israel dari negara Palestin tu." Benar, namun sekurangnya kita menjadi penyumbang kecil untuk tidak menyokong, bahkan sekurang-kurangnya ada jawapan di akhirat kelak tentang sumbangan kita membantu rakyat semuslim di Palestin.

Bak kata Nabil juara raja lawak, "Lu pikir la sendiri".

Namun, entahlah. Takut juga untuk menyeru begini, takut-takut diri atau keluarga tak dapat menahan nafsu untuk menggunakan dan menyumbang kepada jenama-jenama berkenaan. Doakan agar diri dan keluarga dapat dikawal.

Sila rujuk www.muslimconsumer.org.my, atau mana-mana website untuk mendapatkan maklumat terkini produk halal, produk senarai boikot dan yang berkaitan

No comments:

Post a Comment