JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, November 28, 2010

KEPUTUSAN PSPM 1 2010...GEMPAR...!!!

Assalamualaikum...SElaamt sejahtera.

Keputusan Peperiksaan Semester Program MAtrikulasi 1 sesi 2010 bakal diumumkan esok..Maka, pelbagai wajah suka duka bakal menghiasi seharian esok...

Lama juga tak tulis di entri... Ada benarnya, facebook buatkan segala penulisan berhijrah ke sana...APa komen lain berkenaan kenyataan ini???

Wednesday, September 29, 2010

MEMORI BERAYA DI PERANTAUAN (SABAH) 1431H

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...SELAAMT SEJAHTERA

TIADA SBRG NUKILAN INGIN DICATATKAN, CUMA LEMBARAN FOTO SEPANJANG PERJALANAN PERCUTIAN RAYA KE SABAH, MERENTASI TAWAU, SEMPORNA, SANDAKAN...2 MINGGU MEMANDU, MERAIH PENAT BERNILAI...MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA TERCINTA










Wednesday, August 25, 2010

MENDOAKAN NON MUSLIM

ASsalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Isu Ust zakaria Ahmad membaca doa agar ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng agar diberikan hidayah Allah yang disensasikan akhbar dan media utama seharusnya diselidik dari sudut ilmu, bukannya emosi.

benarkah tidak boleh mendoakan kesejahteraan agar diberi hidayah kepada non muslim? Jka ada muallaf mendoakan semoga ibubapanya yg belum islam diberi hidayah, salahkah?

Jika pada pandangan orang Pulau Pinang mendapati pentadbiran Lim Guan Eng amat telus berbanding pemerintahan sebelumnya, dan dilihat lebih cantik jika dia seorang Islam, salahkah? Salahkah jika kelak dia bergelar YB Anuar Lim hasil doa alim ulama?

Jika ada pun seorang Melayu yg beragama Islam, tanpa segan silu meminum arak, menyalahguna wang rakyat utk kepentingan keluarga dan saudaramaranya saja, berzina dan pelbagai kezaliman lain dilakukan, lebih baik didoakan agar dia insaf, atau segera diturunkan dari takhta dan digantikan dengan yg lebih baik

Saturday, August 14, 2010

RAMADHAN KEMBALI...

Assalamualaikum...

ramadhan kembali lagi. belum terlambat untuk mengucapkan Salam ramadhan Kareem kepada semua umat Islam seluruh dunia. mengajar kita menginsafi serta merasai kesusahan umat Islam di negara lain, khususnya Gaza, palestin.

kali ini, bazaar Ramadhan di KML turut disertai. Bukan hendakkan keuntungan sangat, cuma membawa isteri dan anak-anak tersayang untuk bersama merasai kemeriahan bazaar ramadhan yang pelanggannya adalah pegawai-pegawai sertapara pelajar KML, yang peniaga rata-rata di kalangan orang luar di sekitar Labuan.

kami sendiri sekadar mengisi masa lapang, berjual produk HPA...Apa lagi, yg utamanya minuman berkarbonat, ada cola, sarsi, strawberi, grape.... Apa pun, semoga diberi kemudahan untuk kita sama2sama mencari redhaNYA di Bulan penuh keberkatan ini.

Tuesday, August 3, 2010

BERITA BAIK BUAT PEROKOK....



Assalamualaikum.. Selamat sejahtera....

Selama ini kita hanya membincangkan ttg rokok yg membahayakan kesihata, merosakkan paru2, kandungan nikotin,tar, membahayakan org berdekatan yg terhidu bau rokok... Cuma, kini ada satu sebab utama kenapa kita WAJIB sangat berhenti merokok...

Bak kata Nabil raja lawk...Lu fikir la sendiri

Thursday, July 29, 2010

PERLUKAH KEMENTERIAN LELAKI....???



ASsalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Tafsirlah sendiri sejauh mana poster ini memberikan mesej kepada semua.

Saturday, July 24, 2010

CATATAN RINGKAS LABUAN-TELUK BATIK

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

22/7/2010 penerbangan Labuan-KLIA, yg sepatutnya terbang naik belon pada 21/7/2010, tetapi kerana kesilapan semasa pembelian tiket, jadi penerbangan lewat sehari. Maka ketibaan ke tapak program agak lewat, kerana semua kontigen JPP dari semua kolej matrikulasi dah berada di dalam program.

Di sepanjang program, JPP KML memberikan tumpuan dan kerjasama dgn baik. Dalam malam persembahan, lakonan mengenai kemerdekaan amat membanggakan. DIketuai oleh pengarah lakonan, miss Sharifah Sarah, dan pelakon terbaik "Jeneral Yamashita", si tokey dengan aksi ketawa tak henti-henti, dan aksi sencored yg tak boleh dihuraikan di sini.

Selepas program (24/7/2010), sempat membawa mereka berehat di Kolej Matrikulasi Perak, di Gopeng. Aku meluangkan masa yg amat terhad pulang ke Kuala Kangsar utk melihat dan bertanya khabar mengenai persiapan perkahwinan adik perempuanku, Puteri Nur Nadiah yg akan melangsungkan perkahwinan pd esoknya. Disebabkan tiket perjalanan pulang aku dan 18 ahli jpp pada pagi esoknya juga, jadi hanya sekadar sokongan diberikan. Apatah lagi adikku memilih untuk menjadi isteri kedua, pastinya menerima byk menerima tentangan dari saudara mara.

Mmg menjadi adat masyarakat terkebelakang melihat poligami yg dibenarkan Islam sebagai sesuatu yg menjatuhkan maruah keluarga, dan merasa terhina dengannya. Soalnya, di mana salahnya kalau dan hukum Islam dan undang2 membenarkan? Ataupun terpengaruh dengan SISTER OUT OF ISLAM yg menentang dan mengajak masyarakat supaya jahil seperti mereka dan menentang hukum Allah secara senyap mahu pun berterang terangan? Bila di beri jwpn begini, pastinya mereka membalas "Eleh, konon kami tak tahu hukum ISlam", "Kamu tu alim sangat, tahu semua. Konon ke syurga la tu", dan macam macam lagi jawapan emosi semata, bukan berdasarkan akal dan undang-undang. Cubalah bagi jawapan yg jelas, bukan semata emosi dan berkeras supaya pendriannya diterima tanpa hujah nyata.

Ketika nukilan ini ditaip, Aku dan anak didikku di KLIA, menaiki bas KMPK dengan pemandu, En MOhd Fairus serta En Radhi. Buat uncle fairus, semoga Allah tidak membalikkan hatimu untuk terus hingga ke akhir hayat sebagai seorang Muslim. Kadangkala ujian sebagai muallaf membuatkan mereka makin kuat, yg tidak dirasai oleh mereka yg lahir sebagai muslim keturunan. Tiba di KLIA jam 3 pagi lebih (25/7/2010), sambil menunggu penerbangan balik jam 9pagi nanti ke labuan.

Friday, July 23, 2010

HANTU DURIAN JUMPA MANGSA

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Ketibaan bersama 18 ahli JPP KML 2010 di KLIA disambut rakan-rakan yg juga pemandu dari Kolej Matrikulasi Perak, En Fairus (muallaf india) dan En Yazid. Perjalanan agak lewat kerana program kursus JPP di teluk batik, perak dah bermula pagi 22Julai 2010.

Ketibaan disambut dengan musim durian di Perak. apa lagi, "hantu durian" datang tepat pada masanya. Kami singgah di Gopeng dan membelasah durian-durian yg cukup lemak.....

Malamnya, aku jadi panel forum mengenai kepimpinan sempena kursus JPP kpd para pemimpin pelajar.

Harapnya, semua berjalan hingga akhirnya esok lancar.

Tuesday, July 20, 2010

Satu ketika di KML

ASsalamualaikum... Selamat sejahtera...

Alhamdulillah, kembali menukilkan sesuatu, walaupun mungkin terlalu lama membiarkan blog ini usang tanpa sebarang perubahan ... Kata orang, kalau wartawan, dah lama tutup syarikat akhbar ni.. 19-21/7/2010 para pelajar program satu tahun berhadapan dengan ujian pertengahan semester sem 1, dan akan bercuti 21/7-1/8/2010...

Thursday, July 15, 2010

Benarkah? atau......????








Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Benarkah NAZI kejam? mungkin ya terhadap bangsa Yahudi laknatullah.. Tetapi,..??? Mungkin dimomokkan media barat ttg kezaliman tentera nazi terhadap yahudi, sebabnya?? Sekadar berkongsi dgn email yg dikirim oleh org yg tidak dikenali.

di sini bermula nukilan dalam email tersebut:

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...


Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...


2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"


3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...


Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Monday, June 21, 2010

JUDI WORLD CUP...TAKDE IDEA LAIN KE?

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Sejak beberapa tahun, kejohanan Piala Dunia merupakan acara 4 tahun sekali yang amat dinanti di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Biar pun tak pernah sekalipun menjejak ke pusingan ke 2 kelayakan, namun kerancakan tetap dirasai.

Judi merupakan satu penyakit turun temurun yang diwarisi oleh peradaban manusia sejak beribu tahun lalu. Ia merupakan satu kegilaan tak terhenti, terutama bagi mereka yang ingin mencari kekayaan sekelip mata. Tidak kurang juga pada zaman ini dimana sistem kekeluargaan rosak, bercerai berai gara-gara judi. Mana tidaknya, bila duit simpanan habis, berhutang dengan along, ada yang sanggup memaksa isteri menjual barang kemas termasuk melacurkan isteri dan anak-anak gadis semata-mata untuk berlepas diri .

Kini, kerajaan BN di Malaysia mengenengahkan idea judi sempena World Cup. Sebabnya mudah bagi mereka, untuk mengawal dari penganjur judi kongsi gelap menjalankan opreasi yang dikatakan tidak memberi pendapatan kepada negara. Dan, ada yg berkata, sebagai menghormati hak penganut agama lain...? Soalnya, benarkah?

Sempat bersembang dengan seorang rakan berbangsa Cina dan India, bertanyakan pendapat mereka mengenai judi. Lantas mereka mengatakan bahawa judi bukan budaya adat, agama serta budaya masyarakat Cina dan India. Di dalam agama mereka juga menegah amalan judi yang jelas merosakkan. Bagi mereka, orang yang berjudi adalah individu yang jauh tersasar dari amalan adat serta agama mereka. Jadi, selama ini jika kerajaan mengatakan ianya sebagai menghormati ahak penganut agama lain, sungguh benarkah? Atau ada di kalangan penganut UMNO beragama Islam yang lupa kepada Allah yang mencari keuntungan terhadap aktiviti keji tersebut.

Mudahnya begini, bagi kita umat Islam....
Babi itu HARAM, judi juga HARAM...
Jika kita makan serta memberi makan keluarga walaupun makanan HALAL, tetapi dari sumber yg haram, bayangkan seperti memberi makan BABI kepada mereka.
Jika kita memberi pakaian yang baik2 dan HALAL tertapi dari sumber HARAM judi, bayangkan seperti memberi pakaian dari kulit BABI kepada ahli keluarga kita.
Dan, seterusnya.............

Cuba tanya penganut agama Kristian, adakah judi sebahagian tuntutan agama mereka?
Cuba tanya penganut agama Hindu, adakah judi sebahagian tuntutan agama mereka?
Cuba tanya penganut agama Buddha, adakah judi sebahagian tuntutan agama mereka?
Cuba tanya penganut agama.......? Agamna apa lagi?

Judi sepatutnya dibanteras, bukan diberi laluan mudah.

Mungkin selepas ini, timbul pula...Kerajaan meluluskan lesen berzina sebagai cara utk mendapatkan keuntungan berbanding maksiat HAram (tanpa lesen) yang tidak menguntungkan kerajaan...

JUDI WORLD CUP...TAKDE IDEA LAIN KE?

Monday, June 7, 2010

CATATAN RINGKAS

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Para pelajar Program Satu Tahun (PST) ambilan ke dua telah selesai serta pelajar mengulang...Kini, 14/6/2010 bakal menyaksikan kehadiran Pelajr Program Dua Tahun (PDT) sesi 2010/2012...

namun, dalam masa yang sama pelajar-pelajar sedia ada , bakal ramai yang memohon menamatkan pengajian kerana mendapat tawaran JPA, MARA, SPA, IPG.... Apa pun, selamat menempuh kepayahan menuntut ilmu di mana sekalipun...

Tuesday, May 18, 2010

HALAL MART HPA ALAMESRA..HPA LAGI???






Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

sekadar berkongsi ttg kewujudan Halal Mart HPA di Alamesra, KK, berhampiran UMS dan 1 Borneo... Jadi, warga I.P, UMS, dan yg berkaitan..Apa lagi, bukan lagi alasan utk dptkan produk halal dari umat Islam, juga menambah pendapatan... Diantara Bina Vista dan Restoran Crab.. Jelas dpt dilihat dari jalan utama...

"BIAR MAHAL SEDIKIT ASAL PASTI HALAL, DARI MURAH PENUH SYUBAHAH"

Sunday, May 16, 2010

SIBU...SIBU...NAK APA LAGI???

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Berbilion2 janji RM dan projek2 mee segera datang mencurah2, BN menang seribu lebih je.. Tu pun, kajian menunjukkan masyarakat Tionghua byk mengundi pembangkang. Biarpun RMjuta pemberian kerajaan terhadap sekolah cina.

Sibu lagi hebat peruntukannya, tapi??? Tewas? BAntuan sekolah cina mencurah2, rumah panjang dpt mcm2 peruntukan jambatan kayu, gelanggang bandminton, bantuan bulanan kepada keluarga miskin, tewas juga??? EEmmm... Mungkin BN ingat masyarakat senang digula2kan dgn projek.. Masyarakat skrg kritis dengan maksud ketelusan, keadilan.. Bukan semata2 dgn material. Penyelewengan, kehilangan enjin jet, sikap penguatkuasa yg membiarkan laporan terhadap pemimpin BN, tetapi serta merta diambil tindakan terhadap[ pemimpin pembangkang...

Apa pun, pengajaran buat semua, tak semua mudah digelapkan mata dengan harta

KOLEKSI SMS HARI GURU...

Assalamualaikum... Selamat sejahtera.

Sedang menghadapi hari rehat, kebetulan pula 16/5/2010 hari guru, beberapa deringan sms tanda terima kasih muncul... Sekadar untuk dikongsi buat tatapan bersama.

1) HARI NI 16 MEI, ESOK 17 MEI..JADI, SBLM 16 MEI BERAKHIR, X LENGKAP HARI NI TANPA UCAPAN KERAMAT DARI SAYA.. TQ CIKGU 4 EVERYTHING.. SELAMAT HARI GURU.

2) SELAMAT HARI GURU

3) SELAMAT HARI GURU !!! SIR... TERIMA KASIH ATAS SEMUA PERHATIAN SIR TUK MENJAGA KM PADA TAHUN LEPAS./

4) HEPI TEACHERS DAY.. THANX 4 EVERYTHING

5) DENGAN HADIAH SEBESAR MANA PUN, TAK TERNILAI BAKTI ENGKAU CURAH. MEMBIMBING DAN MENDIDIKSEORANG AKU MENCARI ILMU. DENGAN APAKAH DAPAT AKU NYATAKAN TERIMA KASIH INI? SELAMAT HARI GURU, CUKGU. MAAFKAN SAYA ANDAI BERDOSA. SMOGA YANG ESA, MELIMPAHKAN SGALA KURNIA.

6) LIFE IS SO FULL OF COLOURS. THE PERSON WHO COLORS MY LIFE IS VERY SPECIAL TO ME. THEY THOUGHT ME HOW TO LEARN ABC TIL I KNOW ABOUT AROMATIC COMPOUNDS, TRIGONOMETRY. KREBB'S CYCLE ETC. THEY ARE CALLED TEACHERS. CIKGU, LAO TSE, SENSEI. HAPPY TEACHER'S DAY

7) APAKAH CITA2 ANDA SBLM JADI GURU? MEJISTRET? LOYER? ENGINEER? ANDA MENYESAL JADI GURU? CUBA LIHAT, ADA X LOYER YG SANGGUP PAKAI TOPI ARKITEK? ADA X MEJISTRET YG BERANI SARUNG KOT DOKTOR? TAPI, GURU ADALAH SEMUA ITU. KITA LA DOKTOR BILA BUDAK SAKIT, LOYER BILA PARENTS SOAL, MEJISTRET BILA BUDAK GADUH.. HATTA, SECURITY GUARD BILA BUDAK LARI DAN AHLI NUJUM SOALAN PUN KITA. HARI NIPLAK KITA JD TKG KEBUN GTG RYG PERDANA. OLEH ITU, BERBANGGA.. JD CIKGU. SELAMAT HARI GURU.

8) THE MEDIOCRE TEACHER TELLS.. THE GOOD TEACHER EXPLAINS. THE SUPERIOR TEACHERS DEMONTRATE. THE GREAT TEACHERS INSPIRES..

9) SELAMT HARI GURU. JASAMU SENTIASA D KENANG.. TERIMA KASIH CIKGU.

APA PUN, CIKGU PEMEGANG AMANAH ILMU ALLAH AKAN DISOAL DIAKHIRAT SEJAUH MANA AMANAH ITU TELAH DISAMPAIKAN KEPADA MURID2NYA.. MAAF KEPADA INSAN2 YG PERNAH KU DIDIK JIKA ADA SALAH SILAP SEPANJANG KITA PERNAH BERSAMA.....

Friday, May 7, 2010

KML BAKAL KEMBALI MERIAH.....

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Dalam diam, dah 3 minggu berlalu... Wajah-wajah pelajar sesi 2009/2010 masih segar di ingatan. Kini bakal pelajar yang bakal mewarnai sesi 2010/2011 bakal mula mendaftar diri esok dan lusa (9 dan 10/5/2010). Tahniah...

Thursday, May 6, 2010

MENANTI KEHADIRAN WARGA KML 2010/2011

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Setelah hampir 3 minggu KML menyepi dari riuh rendah pelajar, kini bakal tiba generasi baru yang akan memberikan wajah baru kepada KML bagi sesi 2010/2011... Segala persiapan rancak dijalankan.

Kepada fasilitator2 yang bakal menjejakkan kaki semula bermula lewat petang ini untuk menaburkan bakti dan jasa, selamat menjalankan tugas.

Wednesday, April 21, 2010

HPA DAH MEKAR DI SABAH..MAI SECAWAN....

BERITA BAIK BUAT AHLI HPA BERHAMPIRAN UMS KK, PENDUDUK INDAH PERMAI DAN SEKITAR

HALAL MART ALAMESRA SABAH

Posted: 21 Apr 2010 12:44 AM PDT

HALAL MART ALAMESRA SABAH,
(Hadapan 1Borneo)
LOT NO 113.BLOK M, TINGKAT BAWAH,
PLAZA PERMAI, JALAN SULAIMAN.
88400,KOTA KINABALU, SABAH.
No.Tel: +6014-8698408 (en.Yassin) & +6013-4885717 (en Izham AGM Zon Borneo)

NILAI KEMANUSIAAN KEMBALI KE ZAMAN BATU...

DARI UTUSAN ONLINE 22/4/2010... BUAT RENUNGAN BERSAMA

Remaja mangsa rogol derita, pensil di dalam kemaluan

KUALA LUMPUR 21 April - Seorang pelajar tingkatan dua bukan sahaja dirogol rakannya, tetapi terpaksa menanggung kesakitan setelah suspek memasuk dan meninggalkan pensil di dalam kemaluannya.

Ia bagaimanapun disedari hanya setelah mangsa menjalani pemeriksaan di Hospital Selayang dekat sini, sebagai sebahagian prosedur siasatan polis.

Hasil pemeriksaan, doktor menemui pensil berukuran empat sentimeter tersebut di dalam kemaluan gadis berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Supritendan Rosly Hassan berkata, pemeriksaan sama turut mengesahkan gadis itu telah hamil sebulan.

Katanya, pengesahan kehamilan tersebut sekali gus membongkar bahawa mangsa telah dirogol oleh pelajar lain sebelum itu.

"Mangsa telah dirogol sebanyak dua kali sebelum ini dan kali ketiga pada minggu lalu apabila dirogol di dalam kelas.

"Dalam kejadian terbaru, perbuatan itu dilakukan oleh suspek dengan dilindungi rakan-rakannya yang membuat bulatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang pelajar berusia 14 tahun telah dirogol rakan sebayanya di dalam kelas di sebuah sekolah menengah dekat Rawang, Selasa lalu.

Kisah itu didedahkan oleh mangsa yang menghuni sebuah rumah kebajikan kepada pengasuh sebelum laporan polis dibuat.

Berikutan itu, seorang pelajar telah ditahan reman bermula kelmarin sehingga 26 April ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Rosly memberitahu, dalam kejadian pertama, mangsa dirogol pelajar lain di tepi padang sekolah, namun perkara itu disembunyikan mangsa kerana khuatir tidak dibenarkan bersekolah lagi.

Menurutnya, berikutan maklumat baru itu, pihaknya menahan enam lagi pelajar sekolah tersebut yang kesemuanya berusia 14 tahun petang ini.

Katanya, mereka ditahan kerana disyaki terlibat merogol dan bersubahat dalam kejadian tersebut.

Jelasnya, polis akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap bayi tersebut selepas ia dilahirkan bagi mengetahui bapanya.

Tuesday, April 20, 2010

SALAHKAH ZAID IBRAHIM INSAF???

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Sekadar meneropong dari jauh, kemeriahan yang agak kurang dari sudut keperlbagaian berita samada dari media massa (yang seperti biasa memuji melangit BN dan menekan PR sehabis-habisnya), juga harakahdaily.net yang agak suram dari perubahan dan penambahan berita-berita terkini mengenai PRK Hulu Selangor.

Namun, bukan itu yang nak dipersoalkan. Sekadar melihat serangan berterusan terhadap peribadi Dato Zaid Ibrahim yang dikatakan dahulunya kaki botol. Dalam maksud lainnya, peminum arak. Memang pasti yang akan dituju persoalan terhadap PAS, bagaimana dapat menerima seorang pemabuk untuk disokong menjadi wakil rakyat? Bukankah tidak bermoral namanya???

Persoalan pertama, sejak bila BN, terutama UMNO begitu sensitif dan beria-ia benar menjadi bersih mempersoalkan kredibiliti seseorang yang berkaitan arak? Jika ia menjadi persoalan, maka ia telah menghampiri PAS, dan PAS sememangnya meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai panduan... Apa kata dibubarkan saja UMNO dan sertai saja PAS..

Memang PAS begitu menekankan kredibiliti individu untuk menjadi calon, bahkan jika tabiat buruk bertentangan dengan Islam berterusan hingga hari ini, maka PAS pasti akan menyatakan pendiriannya. Tetapi kelmarin saja Dato Zaid terus mengakui yang beliau memangnya DAHULU adalah kaki botol. Jika dimaksudkan dahulu, dahulunya beliau bersama siapa? PAS? DAP? PKR? Bukankah beliau bersama UMNO dahulunya? Maka kini beliau telah insaf, maka tidak salah untuk PAS menyatakan sokongan 200%.

Persoalan kedua, sejak bila UMNO mesti melihat persoalan begini untuk ditonjolkan? Bukan mereka selalu menyatakan, "JANGAN CAMPUR ADUK KAN AGAMA DENGAN POLITIK". , Serangan terhadap Dato Zaid adalah serangan politik. Dan serangan tersebut seolah-olah UMNO mahu calon bersih peribadi dari sudut ISlam untuk mewakili rakyat. Adakah UMNO dah kembali sedar dan mengakui bahawa politik juga sebahagian dari Islam? Bukankah itu yang didakwah oleh PAS sejak sekian lamanya?

Persoalan ketiga, jika begitu serangannya, adakah UMNO boleh membersihkan wakil rakyatnya yang kaki botol agar UMNO benar-benar bersih? rasanya mungkin tinggal Dato Pirdaus dan Pak Lah lah kot yang bersih dalam UMNO.

Adakah salah Nabi Muhammad menerima Umar Al Khattob menjadi panglima Islam? Bukankah sejarah silam Umar seorang pemabuk, kaki botol, penzina bahkan pembunuh kanak-kanak perempuan? Jika disebut sejarah silam, maka kemudiannya telah berubah. Bukankah dato Zaid juga begitu? Namun, hanya Allah yang tahu, dengan pengakuannya kelmarin bahawa dahulunya beliau adalah kaki botol. Beliau dilihat bersih kerana terus mengaku tanpa berselindung dan tidak bertalam dua muka, berdolak dalih seperti pemimpin UMNO.

Jika peminum arak menjadi persoalan UMNO, maka jelas mereka menerima bahawa politik adalah sebahagian dari Islam. Maka, slogan SEKULAR mereka selama ini "JANGAN CAMPUR ADUK HAL POLITIK DAN ISLAM" kemana perginya?

Thursday, April 8, 2010

"PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG" HPA DI LABUAN











Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Alhamdulillah, PBC sulung HPA bagi tahun 2010 selamat diadakan di Apartment Beta, Wilayah Persekutuan Labuan pada 3 dan 4 april 2010. Kursus diketuai oleh PJS Azizan, PJS Jamaliah Umar dan PJS Zaharah. Pelbagai modul diterangkan seperti Pengenalan HPA, asal usul pemilik serta sejarah HPA, kehalalan produk di pasaran serta kenapa wajib bersama HPA, kaedah untuk mudah kenaikan pangkat bonus 20% dan sebagainya.

Kursus disertai seramai 29 peserta dan diharap menjadi pemangkin agar produk halal subur dan menjadi pilihan utama umat Islam di Labuan khususnya.

Saturday, April 3, 2010

MAAF DAN DOAKAN KAMI SIR, MISS, MADAM...







Assalamualaikum. Selamat sejahtera..

Setelah hampir setahun bertarung merentasi dan melayani kuliah, tutorial, amali dan P&P sepanjang sesi, kini tiba masa diri diuji adakah aku layak untuk menggapai kejayaan, atau sekadar angan-angan.

29/3/2010 sesi perhimpunan dan bermaafan bersama pelajar dan pengarah bersama pensyarah-pensyarah diadakan di Astaka KML jam 8-9.30pagi. Moga kejayaan dianugerahkan untuk semua

Thursday, March 25, 2010

PUTERA PUTERI KU SAYANG...






Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Lama juga tak menaip sesuatu di sini. Sekadar memaparkan gambar2 si comel buat tatapan bersama

Friday, February 19, 2010

TERBANG KE KUCHING

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

SAya ditugaskan bersama pegawai Bahagian MAtrikulasi untuk menyertai pameran bersama IPT dalam program JOM MASUK U di PERMATA EXHIBITION CENTER... Penerbangan dari LABUAN-MIRI-KUCHING tidak memenatkan... Berjumpa semula dengan bapa bekas pelajar KML, Cikgu Sharbini dan En MOhamad...

Esok bermula satu misi melayani warga Sarawak berkenaan program Matrikulasi. 20-21/2/2010

Tuesday, February 16, 2010

BERTUGAS DI KUCHING.....

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Agak melupakan seketika menukilkan isi hati di blog... Dan akan ke Kuching, Sarawak utk pameran "JOM MASUK U" oleh KPTM dan KPM (Booth matrikulasi) di Permata Exhibition Center Sabtu dan Ahad (20-21/02/2010)...

Tunggu di sana

Thursday, February 11, 2010

UMAR AL KHATTOB MODEN

Daniel Streich Embraces Islam
Swiss Politician Bans Minarets then Converts to Islam

Feb 2, 2010 Faisal Hanif
The Swiss politician Daniel Streich, who rose to fame as a result of his opposition to mosques in his homeland, has now embraced the faith he reviled.

Daniel Streich was a member of then Swiss People's Party (SVP) in Switzerland. A well-known politician, Streich led the calls for a ban on minarets across Switzerland. He was active in building anti-Muslim sentiments throughout Switzerland. This sustained campaign led to him being given a high ranking position in the Swiss Army.
SVP Witch Hunt

Streich left the SVP in November 2009 calling his party's campaign against Islam as a 'witch hunt.' The date coincided with the second anniversary of Streich's conversion which he had kept secret from the party.

With the party's campaign to ban minarets leading to a referendum, Streich said the situation had become unbearable for him.

Switzerland Minaret Ban and Daniel Streich

Ads by Google
Think you know Islam?
Dont be too sure, Talk to a Muslim Call 877-Why-Islam or Visit Website
www.whyislam.org
Find Muslim Love
Search Through 1000s Of Profiles! Sign Up Free Today & Find True Love
www.Muslima.com


In the lead up to the ban Streich said "If the initiative passes, it will be an absolute deep blow for me. I would have to ask myself, why I applied myself professionally and politically for over 30 years for this political system. It is not worthy of Switzerland to force Muslims to practice their faith in back alleys."

Streich is a military instructor in the Swiss army and was said to be a committed Christian reading the Bible and attending Church regularly.

He was also committed to his party (SVP) and stood as a local politician in the commune of Bulle.
Daniel Streich Conversion to Islam

Streich attempted to understand the Qur'an and Islamic teachings in order to argue against Muslims on tenets of their faith. In the course of his efforts the ex-Christian began to agree with and acknowledge the proclamations of the Qur'an.

"Islam offers me logical answers to important life questions, which, in the end, I never found in Christianity," says Streich. He is now a committed Muslim, who attends the mosque, recites the Qur'an and prays five times a day.

Post-Conversion Life for Daniel Streich

Streich has now focused his intentions on participating in the building of the new Conservative Democratic Party in the canton of Freiburg. Freich's new movement is in contrast to his previous one and he aims to promote religious tolerance and peaceful cooperative living, in spite of the fact that ban on mosques minarets has gained a legal status.

He is vehemently opposed to the Minaret ban and is hoping to establish Switzerland’s fifth mosque and the most beautiful in Europe.

Meanwhile the SUV have raised concerns over Streich's position as Military Commander in the Army in the aftermath of his conversion citing him as a security risk. SVP-National Council member Alfred Heer cited the Fort Hood shooting spree as an example.

Sources:

OpEdNews.com

AdamDeem.Blogspot.com

Read more at Suite101: Daniel Streich Embraces Islam: Swiss Politician Bans Minarets then Converts to Islam http://islam.suite101.com/article.cfm/daniel-streich-embraces-islam#ixzz0fDNZqc6O

Wednesday, February 10, 2010

MENUKAR KERAJAAN DILUAR SIDANG DUN

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA... DI SINI DISIARKAN PANDANGAN SEORANG SAHABAT SAYA BERKENAAN KEPUTUSAN MAHKAMAH MENGSIYTIHAR DATO ZAMBRY MB YANG SAH...

SEPERTI DIJANGKA, KEMENANGAN BERGAYA BN PERAK UNTUK KEKAL DATO ZAMBRY SEBAGAI MB PERAK YANG SAH MENGSAHKAN, BAHKAN BERHARAP BOLEH DIGUNAPAKAI DALAM SEMUA URUSAN PERTUKARAN KERAJAAN SAMADA DIPERINGKAT NEGERI MAHU PUN PUSAT DENGAN HANYA MEMAKLUMKAN KEPADA AGUNG/RAJA/SULTAN/TYT, TANPA MELALUI UNDI DAN USUL TIDAK PERCAYA DI DALAM DEWAN UNDANGAN NEGERI, MAHUPUN DEWAN RAKYAT.

NAMUN, KEMUSYKILAN AKAN BERLAKU...ADAKAH IA HANYA AKAN BERLAKU JIKA BN BERJAYA MENDAPAT AHLI PARLIMEN LOMPAT DARI PAKATAN RAKYAT, TETAPI TIDAK TERPAKAI JIKA ADA AHLI PARLIMEN LOMPAT DARI BN KE PAKATAN RAKYAT?

PROJEK 16 SEPTEMBER DATO SERI ANWAR MASIH BOLEH DITERUSKAN DAN JIKA RAMAI AHLI PARLIMEN BN MENYERTAI PR MELEBIHI MAJORITI BN SATU KETIKA NANTI, MAKA SPEAKER DEWAN RAKYAT, DATO PANDIKAR AMIN HJ MULIA BOLEHLAH DIKETEPIKAN. [PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BOLEH TERUS MEMOHON PERTUKARAN KERAJAAN KE HADAPAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG UNTUK MEMBENTUK KERAJAAN. KETIKA ITU, PR BOLEH MELANTIK SPEAKER DAN TIMBALAN SPEAKER YANG BARU DENGAN MEMINTA POLIS MENYERET DATO PANDIKAR AMIN JIKA BELIAU BERDEGIL. USUL DALAM DEWAN BOLEH DILANGSUNGKAN DENGAN MENGHALANG AHLI-AHLI PARLIMEN BN MEMASUKI DEWAN KERANA DIKHUATIRI BERTINDAK GANAS, DAN DIBENARKAN MASUK SETELAH USUL DIBENTANGKAN, CUMA MELENGKAP UNTUK UNDIAN SAHAJA.

MUNGKIN DAPAT DIBAYANGKAN DATO SERI NAJIB DAN AP BN MEMBUAT SIDANG DI BAWAH POKOK, BERDEMONSTRASI (BERUK DIJALANAN, BAK KATA YB KHAIRY JAMALUDIN).

RAKYAT PERAK DAN PAKATAN RAKYAT BOLEH JUGA BERSYUKUR KERANA PROJEK MEMUJUK AP BN UTK BERSAMA PAKATAN RAKYAT BOLEH DITERUSKAN DAN RAKYAT AKAN MENILAI ADAKAH MAHKAMAH BOLEH MENGGUNAKAN KEPUTUSAN YANG SAMA JIKA BERLAKU TERHADAP BN. KEPUTUSAN INI TERPAHAT BUKAN SAJA DALAM SEJARAH KEHAKIMAN NEGARA, BAHKAN PAKATAN RAKYAT KHUSUSNYA DAN DIJADIKAN RUJUKAN DI KEMUDIAN HARI. JUGA SEPERTI RENDAHNYA KUASA SPEAKER DUN KEDAH APABILA ADUN KOTA SIPUTEH YANG PONTENG BOLEH DINAFIKAN MAHKAMAH, BAHKAN SPR SENDIRI YANG MEMBAWANYA KE MAHKAMAH, BUKAN BN. MAKA RAKYAT BERTANYA, SPR BEBAS ATAU TIDAK? ADAKAH SELEPAS INI JIKA ADUN PR YG PONTENG DI NEGERI YANG DIPERINTAH BN BOLEH MENDAPAT PEMBELAAN YANG SAMA DARI SPR??? RAKYAT BERTANYA???

Monday, February 8, 2010

DEBARAN BUAT WARGA PERAK...

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA

DAH LAMA TAK MENUKILKAN SESUATU BUAT TATAPAN PENGUNJUNG, NAMUN AGAK BERTANYA JUGA KEPUTUSAN MAHKAMAH ESOK TENTANG SIAPA MENTERI BESAR PERAK YANG SAH.... KEPUTUSAN HARI INI DARI JANGKA MASA PENDEKNYA MENGGEMBIRAKAN MANA2 PEMENANG, NAMUN UNTUK JANGKA MASA PANJANG AKAN DIGUNAKAN SEBAGAI RUJUKAN JIKA IA BERLAKU LAGI...

TUNGGU SAJA ESOK...

Wednesday, January 13, 2010

WAHAI ANAK-ANAK BORNEO... SILAKAN DATANG


Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Buat semua yg sedang merisik jalan ke IPT, Bahagian Matrikulasi KPM juga akan turut serta membuat pameran bagi memberikan penerangan mengenai matrikulasi, dan Kolej MAtrikulasi Labuan khususnya. Sila maklumkan pada sekolah, saudara mara serta rakan2 tentang maklumat ini.

Sekian

Monday, January 11, 2010

YA ALLAH...

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Masyarakat malaysia yang terdiri dari 2 tanah besar Semenanjung dan Borneo merupakan negara yang amat unik dengan kepelbagaian etnik, kaum, agama dan kebudayaan. Namun, kini agak gegak gempita serta mengusik hati sebilangan besar umat Islam khususnya. Bermula dengan sebuah majalah Herald-The Catholic Weekly yang memohon kepada mahkamah untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Dan, mereka berjaya. dan selepas itu timbul bantahan dari segenap penjuru, NGO2 Islam terutamanya bangkit menyatakan bantahan. Tidak kurang juga dengan sedikit insiden agak tegang yang jika tidak dibendung akan membuatkan lukanya makin parah.

Namun, adakah salah jika dialog antara ilmuan, ulama' Islam dan Kristian dipertemukan di atas pentas dan berdialog sambil kedua-dua penganut agama samawi ini saling mendengar dan memahami keadaan ini?

Islam tidak memusuhi agama lain, bahkan Muslim di sebahagian besar dunia yang dimusuhi dan diganyang seperti di Palestin, Iraq, Bosnia Herzegovina (satu ketika dulu).

Namun jelas, Islam tidak mengiktiraf tindakan membakar gereja seperti yang berlaku di semenanjung kerana pihak Kristian menggunakan saluran mahkamah, maka perlu juga digunakan saluran mahkamah dan dialog. Melainkan mereka mengisytihar perang mengangkat senjata, maka ketika itu barulah dibenarkan umat Islam mengangkat senjata.

Bahkan jika dalam peperangan pun, tidak boleh membunuh wanita, rumah ibadah serta kanak-kanak dan orang tua. Tawanan dilayan seperti manusia, tidak boleh disiksa dan dibiarkan mati kelaparan. Jika musuh mengangkat bendera putih, maka mesti cenderung untuk berdamai.

Ada yang sinis berkata, bukankah satu parti melayu yang kini mempertahankan kalimah Allah hanya untuk Umat Islam dahulunya yang banyak memperlekehkan undang-undang dan hukum Allah? dari kecaman kepada kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan Hudud, sindiran jika hudud dilaksanakan ramai umat Islam kudung... Siapa nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan... BUkankah mereka yang mengususlkan tidak dibenarkan penggunaan nama Islam pada pertubuhan serta menarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat? Kini, atas nama apa untuk mereka mempertahankan Kalimah Allah? Pemimpin DAP kah yang mengatakan perempuan arab bertudung kerana orang arab kuatr nafsu? Pemimpin PKR kah yang mengatakan ulama pakai serban tidak cukup oksigen masuk ke otak, maka mereka tidak dapat berfikir dengan waras? Adakah mereka ingat umat Islam di malasysia mudah lupa?

Apa pun, Kafir dzimmi (non muslim yang bernaung di bawah pentadbiran umat Islam yang hidup secara aman, tidak melakuklan huru hara dan membayar cukai wajib dilindungi). Bahkan hadis Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut "Barangsiapa menyakiti dzimmi, maka dia juga menyakitiku".

Tidak seperti regim Zionis Israel yang menganggap mengusir, merogol, membunuh umat Islam di palestin mendapat pahala.

Apa pun, di harap keamanan dapat dikekalkan dan keadaan harmoni dapat diteruskan.