Monday, April 6, 2009
JOM ULANGKAJI....
Assalamualaikum, selamat sejahtera...
Rasanya tak berapa elok kalau dah perkenalkan blog pada rakan-rakan, tapi akhirnya tiada penambahan artikel/ pendapat/ cetusan.... Cuma bila terfikir nak menulis, terlalu berat dan banyak dosa yang melingkari diri... Teringat maksud ayat Al Quran surah As Soff ayat 2 dan 3 bermaksud: . "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." Apa tidaknya, mulut, tangan, anggota yg menukil artikel ini lebih dekat dengan neraka Allah S.W.T berbanding yang mendengar atau membacanya.
Cuma ada juga teringat hadis RAsulullah S.A.W bermaksud "Sampaikanlah dariku walau pun satu ayat". Moga ada kebaikan dari usaha ini, walaupun bukan bermaksud menjadi cerdik pandai, atau memandai-mandai, cuma apa yang ada sedikit untuk dikongsi bersama.
Bila membaca, menonton perkara-perkara yang berlaku di sekeliling, dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara seperti kepemimpinan dan bernegara, kita sepertinya lupa bahawa tujuan kita dijadikan di bumi Allah. Anak menderhaka kepada ibu bapa, pelajar menuding jari, menempelak, menendang guru, membuang anak di tandas atau di pintu masjid, isteri menderhaka kepada suami, pemimpin berkata benar dipagar, pemimpin rasuah dan menggunakan ideologi ciptaan manusia diagungkan, penghibur yang merosakkan masyarakat diagungkan dan ulama' dipandang sepi, ulama' dijahit mulut melainkan berkata yang disukai pemimpin.
Mungkin bagi masa kini, perkara-perkara ini sudah menjadi resam masyarakat moden yang memilih untuk menjaga tepi kain sendiri, tiada lagi menegur ke arah kebaikan, kemewahan sebagai matlamat, harta, takhta, wanita dicari sebanyak mungkin bagi memenuhi kehendak nafsu haiwan.
Allah, selaku pencipta, pemilik, penentu perjalanan bumi dan alam semesta yang bersifat suci dari sebarang kelemahan, agung dengan segala sifat megah, memiliki dan berhak menentukan segalanya pastinya telah menentukan arah tuju hambanya sebagai hamba dan khalifah dimuka bumi. Maka diturunkan nabi-nabi dan rasul-rasul, kitab-kitab sebagai "manual", malaikat sebagai petugas berdasarkan tugas yang ditetapkan, hari penghakiman sebagai membalas perbuatan, dan qada' dan qadar sebagai perlaksanaan dan ketentuan yang ditentukan Allah.
Al Quran, kitab yang diturunkan sebagai "manual", sepertimana seorang pencipta kereta, kipas, cerek, dan pelbagai barangan akan juga menyertakan kitab panduan bagaimana untuk menggunakan alat tersebut kepada pembeli. Kenapa? Alat tersebut masih boleh digunakan, bukan? Cumanya dengan manual tersebut, jangka hayat alat dapat dipanjangkan, alat tersebut boleh digunakan dengan cara yang betul dan tidak disalahgunakan.
Begitulah juga Allah menurunkan Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran sebagai manual kepada hamba-hambanya. Jika manual tersebut tidak dipatuhi, maka segala kebejatan, kerosakan, pembunuhan akan berleluasa dan akan memporak perandakan kehidupan manusia.
Nabi-nabi dan rasul-rasul diturunkan sebagai model ikutan dan panduan yang menerangkan isi kandungan kitab-kitab tersebut. Bayangkan jika malaikat yang tidak bernafsu, menurut perintah ALlah tanpa rasa penat seperti manusia diturunkan sebagai nabi, bagaimana akan diikutimanusia kerana ianya 2 makhluk yang amat berbeza? Sudah pasti tidak. Islam mengakui kenabian dan kerasulan dari Nabi Adam, Idris, Nuh, dan beberapa hinggalah kepada Nabi Musa, Isa dan NAbi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhamad yang menjadi insan penutup para nabi dan rasul dalam misi seruan mengagungkan Allah adalah insan yang bukan sekadar menyeru umatnya, malah mempraktikkannya. Nabi Muhammad berkerja (menggembala kambing), berniaga (sebagai kuli Khadijah), berpolitik (membuat perjanjian seperti Perjanjian Aqobah, membentuk Piagam MAdinah, mentadbir Madinah dan Mekah), berkahwin, mempunyai anak, mempunyai cucu dan sebagainya. Bayangkan bagaimana sebuah agama yang menurunkan nabi atau pemimpin, dan kitab tetapi tidak sempat dipraktikkan sendiri olehnya sebagai panduan pengikutnya.
Andaikan seorang guru yang hanya memberikan buku kepada pelajarnya dan kemudian menghilangkan diri, berbanding seorang guru yang bukan sekadar memberikan buku, malah menerangkan dan menunjukkan cara kepada para pelajarnya. Yang mana akan mudah difahami pelajar?
Banyak lagi yang boleh diperbincangkan. Cuma, mungkin ini dulu buat masa ini. Hidup sebagai hambaNYA dan khalifah di muka bumi memerlukan kita sentiasa menambah ilmu sebagai bekalan untuk memakmurkan bumi ini.....
So, jika ada kesempatan, insyaallah bertemu lagi...................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam....saudara Megat,Awat yang saudara pi simpan gambar orang pakai seluar pendek ditepi bendera Arab Saudi?
ReplyDelete