JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Tuesday, May 5, 2009

OH PERAK... SIDANG DUN ATAU....PILIHANRAYA???

ASSALAMUALAIKUM.. SELMAT SEJAHTERA.

SEJAK KEJUTAN OLEH RAKYAT PADA PILIHANRAYA KE 13 PADA 8 MAC 2008, SATU PERUBAHAN NYATA DARI RAKYAT MENUNTUT PEMERINTAH SEBELUMNYA, BARISAN NASIONAL MEMBUAT "HOMEWORK' DAN ULANGKAJI UNTUK KEMBALI MENAMBAT HATI RAKYAT, ATAU DITUNJUKKAN JALAN KELUAR MUNGKIN SEBELUM ATAU PADA PILIHANRAYA KE 13 KELAK.

PELBAGAI LUAHAN DARI PARTI PEMERINTAH DICATATKAN. SAMADA MENYALAHKAN PUCUK PIMPINAN PARTI KOMPONEN, MELUAHKAN KEKECEWAAN TERHADAP RAKYAT SEOLAH TIDAK MENGENANG BUDI TERHADAP JASA BN SELAMA INI, ADA JUGA YG BERNADA LEMBUT MENGAJAK PARTI KOMPONEN MELAKUKAN MUHASABAH DAN SEBAGAINYA.

DALAM MASA YANG SAMA, SERANGAN DEMI SERANGAN DILAKUKAN MELALUI MANA-MANA MEDIA YANG DIKUASAI TERHADAP NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT, BAHKAN JUGA MELAGA-LAGAKAN ANTARA PIMPINAN PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT.

NEGERI PERAK PALING MENDAPAT PERHATIAN KERANA DIKATAKAN NEGERI YANG SEBENARNYA MASIH JAUH UNTUK MENYOKONG PEMBANGKANG, MALAH TIDAK DILETAKKAN LANGSUNG HARAPAN UNTUK BERTUKAR. NAMUN, SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH.

SETELAH MENCAPAI KEMENANGAN, PELBAGAI ONAK DAN DURI DILALUI UNTUK MELANTIK EXCO DAN MENTERI BESAR. APA TIDAKNYA, DAP DENGAN 18 KERUSI, PKR 8 DAN PAS 6. PASTINYA DAP YANG MAJORITI BERADA DI KERUSI MB. NAMUN DENGAN PERUNDANGAN, CALON PASIR PANJANG DARI PAS, DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN DIPILIH DENGAN PERKENAN SULTAN PERAK. BEBERAPA SIRI PEMULAUAN OLEH DAP DAN PKR KERANA TIDAK BERPUAS HATI, NAMUN AKHIRNYA SEMUA AKUR DENGAN PERLANTIKAN TERSEBUT.

OMBAK GELORA HADIR SATU DEMI SATU. PEMBERIAN TANAH SECARA MILIK TETAP TERHADAP BEBERAPA KAMPUNG BARU DIJADIKAN ISU MENG"HANGAT"KAN HATI ORANG MELAYU DENGAN DIJADIKAN TAJUK "NIZAR BONEKA DAP". PENDUDUK CINA DI KAWASAN TERSEBUT TELAH MENETAP LEBIH 30 TAHUN, DAN SEBUAH KERAJAAN BERFIKIRAN ISLAM LEBIH MEMIKIRKAN KEBAJIKAN RAKYAT BERBANDING WARNA KULIT MAHUPUN BANGSA. NAMUN, DALAM MASA YANG SAMA TIDAK PULA DI"HIGHLIGHT"KAN PEMBERIAN TANAH OLEJ KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT, YANG DILIHAT CUBA DIBUNUH OLEH BN PIMPINAN TUN DR MAHATHIR SATU KETIKA DAHULU. KINI, SETELAH BN MEMERINTAH, ADAKAH PEMBERIAN TANAH MILIK TETAP KEPADA KAMPUNG BARU DITERUSKAN, ATAU DIARIK BALIK?

2 ADUN PKR, JAMALUDIN MOHD RADZI DAN OSMAN JAILU DIKATAKAN MELAKUKAN RASUAH "SEKS" KERANA MELULUSKAN PEMBERIAN PROJEK YANG DIDAKWA MB MOHD NIZAR TIDAK WUJUD. CUMA UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR BERSAMA, TUDUHAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH UMNO SENDIRI. NAMUN, SEKARANG KEDUA-DUA ADUN TERSEBUT YANG MASIH DALAM SIASATAN TIBA-TIBA DIRAI, DISAMBUT, DISORAK DALAM MAJLIS SEOLAH-OLAH UMNO MEMAAFKAN MEREKA DAN SANGGUP MENERIMA 2 INDIVIDU YANG MEREKA TUDUH SEBAGAI PESALAH RASUAH SEKS SEBAGAI PENYOKONG BARU MEREKA. SEBELUMNYA, KEDUA-DUANYA DIKATAKAN HILANG BUKAN SAHAJA OLEH ADUN2 PAKATAN RAKYAT, MALAH AHLI KELUARGA MEREKA SENDIRI.

LOMPATNYA KEDUA-DUA ADUN TERSEBUT BERSAMA SEORANG ADUN DAP SEBAGAI ADUN BEBAS DAN MENYOKONG BN MENJADI PERTARUNGAN SEKETIKA UNTUK MB MOHD NIZAR MENASIHATKAN TUANKU SULTAN PERAK. NAMUN, ADAKAH ORANG LUAR DARI URUSAN NEGERI, BIARPUN PIMPINAN PUSAT BOLEH MENGGANGGU NASIHAT MB TERHADAP TUANKU SULTAN?

SATU DEMI SATU KEKALUTAN TIMBUL, SEHINGGALAH MEMBAWA KEPADA PERSIDANGAN DI BAWAH POKOK KERANA DIHALANG MEMASUKI BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI. SUK LEBIH BERKUASA DARI MB, SUK LEBIH BERKUASA DARI SPEAKER...

SEBENARNYA KEPUTUSAN-KEPUTUSAN JANGGAL YANG DICIPTA OLEH BN PERAK YANG DIBUAT MELALUI MAHKAMAH JIKA ADA, AKAN DIGUNAPAKAI YANG AKHIRNYA JIKA BN MEMERINTAH KELAK, KUASA SPEAKER BOLEH DICABAR MAHKAMAH MAHUPUN SUK. MUNGKIN HARI INI BN BERTEPUK TANGAN DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG BERPIHAK KEPADA MEREKA, NAMUN IA PASTI AKAN DIGUNAKAN PIHAK LAIN TERHADAP MEREKA KELAK.

KES JELAS, SPEAKER DEWAN RAKYAT, DATO PANDIKAR AMIN MULIA MENGGANTUNG MP GOBIND SINGH DEO SELAMA 12 BULAN TANPA GAJI. SPEAKER PERAK MENGGANTUNG MB ZAMBRY KADIR DAN AHLI EXCONYA SELAMA 12 BULAN DAN 18 BULAN. JIKA MAHKAMAH BOLEH MENGATASI KUASA SPEAKER PERAK, ADAKAH KEPUTUSAN YANG SAMA AKAN BERLAKU TERHADAP SPEAKER DEWAN RAKYAT?
ADAKAH AKAN ADA TINDAKAN MENCABAR SPEAKER DUN NEGERI LAIN SELEPAS INI?

BIAR APA PUN, SERASANYA KEPUTUSAN PALING BAIK UNTUK MEREDAKAN KEADAAN DAN MENENTUKAN KEPUTUSAN ADALAH DENGAN MENGEMBALIKANNYA KEPADA RAKYAT. BIAR RAKYAT PERAK MENENTUKAN SIAPA YANAG AKAN MENERAJUI PERAK, AGAR TIDAK LAGI URUSAN DI PEJABAT KERAJAAN NEGERI, PEJABAT DAERAH YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN AWAM TERGENDALA.

SESIAPA PUN BOLEH MENDAKWA PARTI MEREKA SAH MEMERINTAH, DATO SERI NIZAR DAN DR ZAMBRY KADIR BOLEH MELAUNGKAN BAHAWA MEREKA MB YANG SAH.... DAN SEKARANG BAKAL ADA 2 SPEAKER??? SIAPA YANG MENERAJUI PERSIDANGAN? 7 MEI 2009?????? TUNGGULAH........

PILIHANRAYA JE LAH..............

4 comments:

  1. Salam,

    Bang, wah da ada blog skrg ni!!
    Heheheheeh
    Jemput la singgah di blog saya

    Insyaallah,sy akan link ke blog ni
    ;p

    http://meetuncleshah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    tq. cuma hari ni tgh tunggu berita sidang dun perak.. harap2...pilihanraya..........

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Tak ada maknya!! Maklumat yang sy dapat da bepuluh ribu abes kt PErak je.

    Semata-mata nak kuatkan legasi Najib. Lepas, perancangan BN; kat Sabah plak.

    Politik2....

    ReplyDelete
  4. alhamdullillah,

    nizar sah sebagai MB Perak.

    ReplyDelete