JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, May 3, 2009

MMMMM..... NGANTUKNYA...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA..

BERTEMU LAGI.. AGAK LAMA JUGA TAK MENULIS, CUMA TERGERAK JUGA UNTUK MENULIS SETELAH MENGHARUNGI WAKTU-WAKTU MENCABAR SEMASA MEMINJAMKAN TELINGA SEWAKTU KHUTBAH JUMAAT 1/5/2009 DI MASJID AN NUR , LABUAN DI TENGAHARI YANG SUAM.

ISI KANDUNGAN KHUTBAHNYA SEOLAH-OLAH SEPERTI KHUTBAH-KHUTBAH YANG LAIN, YANG DIULANG-ULANG TAJUK DAN ISI YANG SAMA, CUMA DIUBAH TAJUK DAN OLAHAN ISINYA. TAJUK YANG BERKAITAN KEWAJIPAN MENCARI REZEKI. MUNGKIN TELAHAN YANG SALAH, NAMUN JIKA DITAMBAH DENGAN GAYA PENYAMPAIAN YANG MENDATAR, MUNGKIN ELOK JIKA DIBAWA BANTAL DAN TILAM SEMASA SOLAT JUMAAT.

SOLAT JUMAAT YANG DIMULAKAN DENGAN KHUTBAH BUKAN SEKADAR KEWAJIPAN UNTUK UMAT ISLAM BERSOLAT SECARA BERJEMAAH. IA MERUPAKAN WAKTU UNTUK SALING BERTEMU, MEMPERBAHARUI TEKAD DAN AMALAN DENGAN PERINGATAN YANG DISAMPAIKAN OLEH KHOTIB.

TAJUK KHUTBAH HARI INI TIDAK MENENGAHKAN DENGAN SERIUS PERMASALAHAN UMAT MELALUI ISU TERKINI. TIDAKLAH MENGATAKAN MESTI YANG SEMASA SAHAJA. TAJUK-TAJUK SEPERTI "KEWAJIPAN MENCARI REZEKI", "KEPENTINGAN MEMBAYAR ZAKAT", "KEPENTINGAN MENDIDIK ANAK" DAN PELBAGAI LAGI TAJUK YANG DISENTUH SECARA UMUM DAN TIDAK DIKAITKAN DENGAN ISU SEMASA ANTARA TOPIK YANG DIBINCANGKAN DARI PERINGKAT TERTINGGI HINGGALAH KE KEDAI KOPI.

MASYARAKAT HARI INI BERHADAPAN DENGAN MASALAH KERUNTUHAN AKHLAQ REMAJA. SIRAH BAGAIMANA PEMUDA-PEMUDI ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH MENJADI CONTOH TIDAK DI"HIGHLIGHT"KAN.

KADAR PERCERAIAN YANG DIKATAKAN MENINGKAT DENGAN STATISTIKNYA, MAHU PUN ANDALUSIA (ANAK DARA LEWAT USIA) DAN ANTERLUSIA (ANAK TERUNA LEWAT USIA) DENGAN GAYA HIDUP KINI. BAGAIMANA ISLAM MENUNJUKKAN JALAN KELUAR TERHADAP PERMASALAHAN TERSEBUT.

CUMA TERINGAT SOLAT JUMAAT SEMASA PERHIMPUNAN AGONG UMNO BARU-BARU INI YANG MEMPERKATAKAN TENTANG KEPIMPINAN DAN AMANAH, JIJIKNYA ISLAM TERHADAP RASUAH SATU TOPIK YANG SEGAR. CUMA MUNGKIN ADA YANG MELENTING HINGGA JABATAN AGAMA ISLAM W/P TERPAKSA MEMBERIKAN ALASAN KHUTBAH BEGITU DIKELUARKAN DI DALAM AKHBAR. TAJUK-TAJUK BEGINI RELEVAN KERANA MASAYARAKAT SAMADA DI MALAYSIA MAHU PUN DUNIA ISLAM LAIN AMNYA AMAT TERDEDAH DAN DAHAGAKAN ILMU MENGENAI PANDANGAN ISLAM TERHADAP KEPIMPINAN.

DI SAMPING TAJUK DAN ISI YANG RELEVAN (ISI, FAKTA, SARANAN PENYELESAIAN), PENYAMPAINYA JUGA HENDAKLAH BERKEYAKINAN UNTUK MEYAMPAIKAN DENGAN CARA YANG SEGAR. GAYA SEORANG PEMIDATO, SUARA YANG TEGAS, INTONASI MENGIKUT ISI, DAN YANG BERKAITAN AMAT PENTING UNTUK MENCURI PERHATIAN PENDENGAR AGAR KELETIHAN TERUBAT DENGAN KHUTBAH YANG BENAR-BENAR MEMBERIKAN KESAN.

APA KATA SEORANG GURU MENYAMPAIKAN KHUTBAH MENGENAI GEJALA PELAJAR PONTENG SEKOLAH, MURID MENENDANG GURU, MURID MENCALARKAN KERETA GURU.

SEORANG PEGAWAI POLIS MENYAMPAIKAN DENGAN TEGAS DADAH PEROSAK MASYARAKAT.

PENSYARAH UNIVERSITI BERKHUTBAH KEPENTINGAN MENJADI ILMUAN DEMI PEMBANGUNAN UMMAH, ATAU GEJALA GAGAL DI UNIVERSITI DI KALANGAN MAHASISWA MUSLIM DI KAMPUS.

PEMIMPIN POLITIK BERKHUTBAH JIJIKNYA ISLAM TERHADAP POLITIK WANG, PERANAN PEMIMPIN MEMBIMBING MASYARAKAT, KEPIMPINAN BUKANNYA UNTUK BERMEGAH DAN MENGAUT KEUNTUNGAN, BIAR TIADA ARAK MAHU PUN KELAB MALAM ASAL NEGARA DIREDHAI ALLAH, PEMIMPIN YANG BERSOLAT DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH .

PENGAMAL KEWANGAN ISLAM MENERANGKAN KEWANGAN ISLAM, BEZA KEWANGAN ISLAM DAN KONVENSIONAL.

TULISAN INI JIKA ADA KEBAIKANNYA BOLEH DIKONGSI. NAMUN JIKA TIDAK BENAR, TIDAK SALAH DISANGGAH ASAL DENGAN JUJUR DAN IKHLAS, WALAUPUN BOLEH DISANGGAH DENGAN EGO. APA PUN, JIKA MUTU KHUTBAH KINI BERTERUSAN DAN TAKUT MENYATAKAN SESUATU PERKARA YANG BENAR DARI AL QURAN HANYA KERANA DIBENCI "PEMERINTAH", MAKA BIARKANLAH IA BERTERUSAN.

No comments:

Post a Comment