يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. SURAH AS SOFF (AYAT 2 DAN 3)
ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA.
MINGGU PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI LABUAN SESI 2009/2010 SELESAI DENGAN DENGAN MAJLIS PENUTUP DAN PEMBACAAN IKRAR DI HADAPAN PENGARAH DAN SEMUA WARGA PENDIDIK KML, BERMULA JAM 2 PETANG DI DEWAN MUTIARA. HASRAT UNTUK MEMUAT NAIK GAMBAR SEKITAR MINGGU SUAI KENAL TERBANTUT KERANA WAYAR SAMBUNGAN DARI KAMERA KE LAPTOP HILANG.
KETIKA KHAMIS, UJIAN ALLAH BUAT PENDUDUK PERKAMPUNGAN MUSLIM FILIPINA DI LABUAN TERBAKAR MELIBATKAN PULUHAN KELUARGA. ANTARA MEREKA DITEMPATKAN DI KOMPLEKS SUKAN LABUAN SEMENTERA MENUNGGU KEPUTUSAN BARU MENGENAI PENEMPATAN MEREKA. KITA DOAKAN AGAR MEREKA SEMUA DIBERIKAN KEKUATAN BAGI MENERUSKAN HIDUP DAN ISTIQOMAH DI DALAM ISLAM YANG BENAR INI.
AYAT DI ATAS DILIHAT JELAS MEMPERKATAN MENGENAI SERUAN, AMARAN, PERINGATAN ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN MENGENAI SATU SIKAP YANG MEMANG MENJADI KADANGKALA TABIAT KITA SEMUA. DAN JELAS BENAR KEMURKAAN ALLAH TERHADAP MEREKA YANG MEMBIASAKAN DIRI DENGAN TABIAT INI.
SEORANG AYAH, ATAU GURU MELENTING,MARAH, MEROTAN, MEMBERI NASIHAT TENTANG BAHAYA, MUDARAT MEROKOK. SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA MULUTNYA HAPAK DENGAN BAU ROKOK. SI BAPA ATAU GURU MEMBERI ALASAN BAHAWA DIA MEMBELI DENGAN WANGNYA SENDIRI SETELAH BERKERJA. ADAKAH UNSUR NASIHAT BAIK DI SINI? ATAU SEBENARNYA MENANAMKAN KEPADA ANAK KECIL KALAU NAK MEROKOK, TUNGGU BILA DAH BERKERJA?
PARA USTAZ ATAU USTAZAH MENERANGKAN BETAPA KERASNYA AZAB ALLAH MENGENAI ORANG YANG MELAMBAT-LAMBATKAN ATAU MENINGGALKAN SOLAT, MENIPU, MENGAMBIL HAK ORANG LAIN, MEMNIDAKKAN, MERAGUI, MEMBENCI HATTA SATU HURUF DI DALAM AL QURAN. NAMUN, DALAM MASA YANG SAMA MEREKA JUGA KADANGKALA SEBAGAI MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN, NAMUN MEMBERIKAN HUJAH MEMENANGKAN TINDAKAN PALSU MEREKA. PALING TIDAK, MEREKA AKAN BERKATA, SAYA AJAR JE DALAM CERAMAH, KELAS. BUKAN KENA BUAT PUN.
SEORANG FASILITATOR, MODERATOR, NAQIB/NAQIBAH MENGASUH AHLI BAWAHAN, MENERANGKAN , MEMBIMBING, DAN PELBAGAI LAGI NASIHAT YANG DILIHAT CUKUP BAIK . NAMUN, KADANGKALA DILIHAT DILUAR TIDAK TERGAMBAR APABILA MODERATOR INI BALIK KE KAMPUNG DENGAN ALASAN JUST NAK JADI MODEL SEMENTARA SEMASA PROGRAM. DI LUAR, IKUT SUKA AKU LA NAK LANGGAR NASIHAT AKU SENDIRI.
PENULIS JUGA MENGAKUI BETAPA BANYAK KESILAPAN DALAM KEHIDUPAN. INI ANTARA AYAT AL QURAN YANG SERING MENITI DI BIBIR YANG MENJADI INGATAN AGAR UNTUK CUBA MENGELAK MELAKUKAN KESILAPAN MELANGGAR NASIHAT YANG MULUT SENDIRI KHABARKAN KEPADA ORANG LAIN.
HHHHHMMMMMMMMMM......... YA ALLAH, BANYAKNYA DOSA AKU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment