JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, May 24, 2009

NAK APA LAGI???

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA..

KITA TINGGALKAN DULU CERITA POLITIK TERKINI NEGARA KITA. TENGOKLAH, ESOK DSN AKAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENFAILKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SEBELUM INI.

BEBERAPA KALI MENDENGAR KULIAH DATO DR HARUN DIN, ULAMA' TERKENAL DI DALAM KERETA. DI ZAMAN TEKNOLOGI INI, TIADA KULIAH DI SURAU, MASJID-MASJID BUKAN LAGI ALASAN UNTUK TIDAK SEKURANG-KURANGNYA MENAMBAH ILMU, DI SAMPING MENJADI HALWA TELINGA UNTUK BUKAN SAJA DIRI SENDIRI, MALAH ISTERI, ANAK2, DAN RAKAN-RAKAN YANG MENUMPANG KERETA. ZAMAN SEKARANG, MP3 YG DISIMPAN DALAM PENDRIVE PUN BOLEH DIPASANG DALAM KERETA. I-POD JUGA BOLEH MENYIMPAN CERAMAH. JADI, BUKAN ALASAN UNTUK MENAMBAH ILMU AGAMA, MELAINKAN JIKA HATINYA TETAP BEBAL, DEGIL UNTUK TIDAK MAHU MENDENGAR PERINGATAN ALLAH MELALUI LIDAH-LIDAH ULAMA'.

BERKISAR AYAT DI ATAS, AYAT INI TURUN MEMBERIKAN REAKSI BERBEZA DI KALANGAN PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W. DI KLANGAN PARA SAHABAT KELIHATAN GEMBIRA DENGAN TURUNNYA AYAT INI, MELAINKAN ABU BAKAR AS SIDDIQ. MEREKA BERTANYA KEHAIRANAN. JAWABNYA, APABILA AYAT INI TURUN, BERMAKNA TUGAS, MISI, VISI, KERJA BAGINDA RASULULLAH TELAH SELESAI. DAN, INI BERMAKNA BAGINDA AKAN MENEMUI "KEKASIHNYA". DATO HARUN DIN MEMBERI KIASAN SEPERTI APABILA SESUATU MAJLIS ILMU TELAH SELESAI, MAKA PENCERAMAH DAN PENONTON AKAN BALIK.

SAHABAT LAIN MENYATAKAN APABILA TURUNNYA AYAT INI, BERMAKNA TELAH SELESAI DAN LENGKAP AJARAN ISLAM YANG DIBAWA BAGINDA RASULULLAH S.A.W. INI TIDAK AKAN MEMBERI PELUANG KEPADA MUSUH ISLAM UNTUK MENYATAKAN RASULULLAH "PERGI" DENGAN TIDAK TURUNNYA AYAT YANG MENYATAKAN ISLAM TELAH LENGKAP. IBARATNYA, MUSUH AKAN MENYATAKAN BAGINDA PERGI TANPA SATU TITIK NOKTAH, ISLAM BELUM SELESAI DAN MEMBIARKAN PENGIKUTNYA TERUMBANG AMBING.

BEGITULAH PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN PARA SAHABAT MELIHAT TURUNNYA AYAT INI. SATU PIHAK GEMBIRA KERANA DENGAN INI, TIADA YANG DAPAT MENGUTUK BAGINDA RASULULLAH SEOLAH-OLAH LEPAS TANGAN, WAFAT DALAM KEADAAN MENINGGALKAN ISLAM TANPA AYAT YANG MENJELASKAN BAHAWA PENGAJARAN ISLAM TELAH LENGKAP. SATU PIHAK LAGI MERASA SEDIH KERANA DENGAN AYAT INI, MAKA RASULULLAH AKAN PERGI MENINGGALKAN MEREKA SELAMA-LAMANYA.

DALAM MASA YANG SAMA, BERITA INI DIMANIPULASI SEORANG YAHUDI KETIKA ITU YANG MENYATAKAN UMAT ISLAM TIDAK TAHU BERSYUKUR KERANA TIDAK MERAYAKAN TURUNNYA AYAT PENGHABISAN ITU. BERITA INI DIKETAHUI SAIDINA UMAR AL KHATTOB. UMAR BERTEMU YAHUDI TERSEBUT BERTANYAKAN MENGAPA DIA BERKATA DEMIKIAN.

KATA YAHUDI TERSEBUT, ORANG YAHUDI AMAT PEKA DAN JIKA SESUATU YANG SEPERTI ITU BERLAKU, MEREKA AKAN MERAYAKAN SETAHUN SEKALI DENGAN PENUH BERMAKNA. KATA UMAR, AYAT TERSEBUT DITURUNKAN PADA HARI JUMAAT YANG DISEBUT "SAIYYIDUL AYYAM" (PENGHULU SEGALA HARI). SETIAP HARI JUMAAT, UMAT ISLAM AKAN BERAMAI-RAMAI, BERPUSU-PUSU, ADA YANG BERPAKAIAN CANTIK KEMAS MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID.

KATA UMAR, JIKA ORANG YAHUDI MERAYAKAN SETAHUN SEKALI, UMAT ISLAM MERAYAKAN TURUNNYA AYAT TERSEBUT SETIAP MINGGU. HINGGA KINI, HARI JUMAAT ADALAH HARI RAYA BAGI UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA TANPA PUTUS. MENDENGAR INI, YAHUDI TERSEBUT KAGUM DAN MEMELUK ISLAM MENDENGAR KEBESARAN TERSEBUT.

No comments:

Post a Comment