JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Tuesday, May 26, 2009

NABI MANA SAMBUT BIRTHDAY........

ASSALAMUALAIKUM.....SELAMAT SEJAHTERA...

SAMBUNGAN KULIAH DATO HARUN DIN YANG DITAIP PADA SIRI SEBELUM INI, BELIAU MENYATAKAN DENGAN NADA AGAK HAIRAN MENGAPA UMAT ISLAM AGAK SINIS DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL. MEMBANDINGKAN JIKA SAMBUTAN HARI JADI SESEORANG, ULANGTAHUN PERKAHWINAN, ULANGTAHUN PEMIMPIN, RAJA, MENGAPA TIMBUL PERSOALAN TENTANG SAMBUTAN MENGINGATI HARI KELAHIRAN MANUSIA AGUNG, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHIWASALLAM.

SATU PERISTIWA SELEPAS HIJRAH BAGINDA RASULULLAH KE MADINATUL MUNAWWARAH,BAGINDA DAN PARA SAHABAT BERSERTA PARA ANSOR (PENDUDUK TEMPATAN MADINAH) TERLIHAT SEKELOMPOK GOLONGAN MANUSIA SEDANG MERAI SATU MAJLIS.

BAGINDA RASULULLAH BERTANYA SIAPAKAH MEREKA ITU, JAWAB "ORANG TEMPATAN", ITU ADALAH GOLONGAN YAHUDI YANG MERAYAKAN SATU PERAYAAN SETIAP TAHUN."

BAGINDA BERTANYA LAGI, APAKAH YANG SEDANG DIRAYAKAN MEREKA? LALU DIJAWAB GOLONGAN YAHUDI TERSEBUT MERAYAKAN BAGI MENGINGATI PERISTIWA NABI MUSA DAN PENGIKUTNYA YANG DISELAMATKAN ALLAH S.W.T DARI SERANGAN TENTERA FIRAUN MELEPASI LAUT MERAH.

LALU BAGINDA BERKATA, JIKA MEREKA (YAHUDI) MERAYAKANNYA, UMAT ISLAM LAH YANG LEBIH LAYAK MERAYAKANNYA KERANA ISLAM ADALAH MELENGAPI SYARIAT NABI MUSA. BAHKAN UMAT ISLAM LAH YANG MENURUTI SYARIAT NABI MUSA BERBANDING YAHUDI YANG BANYAK MENUKAR AJARAN NABI MUSA.

KESIMPULAN PENCERAMAH JIKA MAJLIS MEMPERINGATI SATU PERISTIWA OLEH BANGSA YAHUDI TERSEBUT TIDAK MENDAPAT TENTANGAN BAHKAN MENGATAKAN UMAT ISLAM LEBIH LAYAK MERAIKANNYA, APAKAH MERAIKAN, MENGENANG HARI KELAHIRAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W TIDAK LAYAK HANYA KERANA BAGINDA SENDIRI TIDAK MERAIKAN ULANGTAHUN KELAHIRANNYA SENDIRI?

No comments:

Post a Comment