JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Saturday, May 30, 2009

ISLAM UNTUK SEMUA





ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA...

SAMBIL REHAT BERSAMA KELUARGA, JUGA ORANG PENANG (DUN PENANTI) SIBUK DENGAN PILIHANRAYA KECIL, JUGA MINGGU NI RAMAI PELAJAR BERCUTI KAAMATAN, TERTARIK UNTUK BERKONGSI MELIHAT LENYAP SEDIKIT DEMI SEDIKIT PERASAAN TAKUT, FOBIA, GERUN TERHADAP ISLAM, KHUSUSNYA PAS.

SEBELUM INI, SUASANA DI MANA ORANG CINA DAN INDIA AMAT TAKUT, FOBIA MENDENGAR JIKA ISLAM MEMERINTAH. "ANU" ORANG ISLAM AKAN DIPOTONG JIKA ISLAM MEMERINTAH, JIKA HUDUD BERJALAN, TIAP2 HARI TANGAN AKAN DIPOTONG. ORANG BUKAN ISLAM AKAN DIHALAU BALIK KE NEGARA ASAL...SEMUA INI MOMOKAN BERTAHUN-TAHUN GOLONGAN NASIONALIS SEMATA-MATA MAHU TERUS MENDAPAT SOKONGAN BUKAN ISLAM UNTUK BERKUASA.

NAMUN, KINI SEMUANYA BERUBAH. MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERUTAMA CINA DAN INDIA TANPA SEGAN SILU BUKAN SAJA MENGIBAR BENDERA PAS, MALAH MEMAKAI BAJU BERLOGO PAS. JIKA DITANYA TAK TAKUT JIKA HUDUD DILAKSANAKAN. BALAS MEREKA, APA MAU TAKUT. POTONG TANGAN KALAU MENCURI. LU MENCURI KA? WA LAGI SUKA, PENCURI TAKUT MAU CURI. KELUARGA DAN BARANG-BARANG GUA SELAMAT.

MACHA...KALAU ITU PAS PERINTAH, LU KENA SUNAT... BALAS SI MANIAM "MANA ADA. AKU PUNYA SEDARA DI KOTA BHARU TAKDE KENA PAKSA PUN."

SELAMA ISME-ISME MANUSIA DIJADIKAN PANDUAN, ISLAM DIMOMOKKAN SEBAGAI GANAS, TIDAK SESUAI MENGIKUT ZAMAN, ZALIM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM TELAH TERTANAM DLAM PEMIKIRAN HATTA ORANG MELAYU YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA.

HUKUM ISLAM HANYA UNTUK UMAT ISLAM. KERANA IANYA SEBAGAI SATU IBADAT, KETETAPAN DAN KEWAJIBAN UMAT ISLAM SAHAJA. MELAINKAN UMAT "MELAYU" ISLAM YANG BIASA MENCURI, BERZINA, MENUDUH LIWAT ZINA SEBAGAI KELAZIMAN SAJA TIDAK MAHU HUKUM INI DILAKSANAKAN. SANGGUP MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM DEMI MENGELIRUKAN BUKAN ISLAM UNTUK UNDI. BOLEHKAH BEGITU?

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) MENGORAK LANGKAH UNTUK MEMPERLIHATKAN ISLAM MEMAYUNGI SEMUA MANUSIA. PERASMIAN KELAB PENYOKONG PAS NASIONAL DI DEWAN MAJLIS DAERAH KLANG SEBAGAI LANGKAH UNTUK BERSAMA SEBELUM MENGORAK LANGKAH SETERUSNYA MENERANGKAN KEINDAHAN ISLAM KEPADA MEREKA.

KITA JUGA WAJIB MENDEKATKAN DIRI DENGAN MEREKA. NAMUN, KITA SEWAJARNYA MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU. RAMAI DI KALANGAN BUKAN ISLAM DARI BANGSA, KETURUNAN, DARI MANA SEKALIPUN KADANGKALA KATANYA TIDAK PERNAH PUN RAKAN MUSLIM MEREKA MENERANGKAN KEINDAHAN HUKUM ISLAM.

BUKAN TERANGKAN TENTANG PAS, TERANGKAN KEINDAHAN ISLAM JIKA DILAKSANA. TIDAK LAGI KEDENGARAN "MASUK ISLAM, MASUK MELAYU", ATAU ISLAM ITU MELAYU. SYUMUL NYA ISLAM IANYA RAHMAT DAN BEBAS DIANUTI SEMUA MANUSIA. ISLAM RAHMAT UNTUK MELAYU, CINA, INDIA, KADAZA, IBAN, MURUT, ORANG KULIT PUTIH ATAU HITAM, ....

ISLAM UNTUK SEMUA

No comments:

Post a Comment