JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Saturday, May 30, 2009

ISLAM UNTUK SEMUA





ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA...

SAMBIL REHAT BERSAMA KELUARGA, JUGA ORANG PENANG (DUN PENANTI) SIBUK DENGAN PILIHANRAYA KECIL, JUGA MINGGU NI RAMAI PELAJAR BERCUTI KAAMATAN, TERTARIK UNTUK BERKONGSI MELIHAT LENYAP SEDIKIT DEMI SEDIKIT PERASAAN TAKUT, FOBIA, GERUN TERHADAP ISLAM, KHUSUSNYA PAS.

SEBELUM INI, SUASANA DI MANA ORANG CINA DAN INDIA AMAT TAKUT, FOBIA MENDENGAR JIKA ISLAM MEMERINTAH. "ANU" ORANG ISLAM AKAN DIPOTONG JIKA ISLAM MEMERINTAH, JIKA HUDUD BERJALAN, TIAP2 HARI TANGAN AKAN DIPOTONG. ORANG BUKAN ISLAM AKAN DIHALAU BALIK KE NEGARA ASAL...SEMUA INI MOMOKAN BERTAHUN-TAHUN GOLONGAN NASIONALIS SEMATA-MATA MAHU TERUS MENDAPAT SOKONGAN BUKAN ISLAM UNTUK BERKUASA.

NAMUN, KINI SEMUANYA BERUBAH. MASYARAKAT BUKAN ISLAM TERUTAMA CINA DAN INDIA TANPA SEGAN SILU BUKAN SAJA MENGIBAR BENDERA PAS, MALAH MEMAKAI BAJU BERLOGO PAS. JIKA DITANYA TAK TAKUT JIKA HUDUD DILAKSANAKAN. BALAS MEREKA, APA MAU TAKUT. POTONG TANGAN KALAU MENCURI. LU MENCURI KA? WA LAGI SUKA, PENCURI TAKUT MAU CURI. KELUARGA DAN BARANG-BARANG GUA SELAMAT.

MACHA...KALAU ITU PAS PERINTAH, LU KENA SUNAT... BALAS SI MANIAM "MANA ADA. AKU PUNYA SEDARA DI KOTA BHARU TAKDE KENA PAKSA PUN."

SELAMA ISME-ISME MANUSIA DIJADIKAN PANDUAN, ISLAM DIMOMOKKAN SEBAGAI GANAS, TIDAK SESUAI MENGIKUT ZAMAN, ZALIM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM TELAH TERTANAM DLAM PEMIKIRAN HATTA ORANG MELAYU YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM DI MALAYSIA.

HUKUM ISLAM HANYA UNTUK UMAT ISLAM. KERANA IANYA SEBAGAI SATU IBADAT, KETETAPAN DAN KEWAJIBAN UMAT ISLAM SAHAJA. MELAINKAN UMAT "MELAYU" ISLAM YANG BIASA MENCURI, BERZINA, MENUDUH LIWAT ZINA SEBAGAI KELAZIMAN SAJA TIDAK MAHU HUKUM INI DILAKSANAKAN. SANGGUP MEMPERMAINKAN HUKUM ISLAM DEMI MENGELIRUKAN BUKAN ISLAM UNTUK UNDI. BOLEHKAH BEGITU?

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) MENGORAK LANGKAH UNTUK MEMPERLIHATKAN ISLAM MEMAYUNGI SEMUA MANUSIA. PERASMIAN KELAB PENYOKONG PAS NASIONAL DI DEWAN MAJLIS DAERAH KLANG SEBAGAI LANGKAH UNTUK BERSAMA SEBELUM MENGORAK LANGKAH SETERUSNYA MENERANGKAN KEINDAHAN ISLAM KEPADA MEREKA.

KITA JUGA WAJIB MENDEKATKAN DIRI DENGAN MEREKA. NAMUN, KITA SEWAJARNYA MEMPERLENGKAPKAN DIRI DENGAN ILMU. RAMAI DI KALANGAN BUKAN ISLAM DARI BANGSA, KETURUNAN, DARI MANA SEKALIPUN KADANGKALA KATANYA TIDAK PERNAH PUN RAKAN MUSLIM MEREKA MENERANGKAN KEINDAHAN HUKUM ISLAM.

BUKAN TERANGKAN TENTANG PAS, TERANGKAN KEINDAHAN ISLAM JIKA DILAKSANA. TIDAK LAGI KEDENGARAN "MASUK ISLAM, MASUK MELAYU", ATAU ISLAM ITU MELAYU. SYUMUL NYA ISLAM IANYA RAHMAT DAN BEBAS DIANUTI SEMUA MANUSIA. ISLAM RAHMAT UNTUK MELAYU, CINA, INDIA, KADAZA, IBAN, MURUT, ORANG KULIT PUTIH ATAU HITAM, ....

ISLAM UNTUK SEMUA

Tuesday, May 26, 2009

NABI MANA SAMBUT BIRTHDAY........

ASSALAMUALAIKUM.....SELAMAT SEJAHTERA...

SAMBUNGAN KULIAH DATO HARUN DIN YANG DITAIP PADA SIRI SEBELUM INI, BELIAU MENYATAKAN DENGAN NADA AGAK HAIRAN MENGAPA UMAT ISLAM AGAK SINIS DENGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL. MEMBANDINGKAN JIKA SAMBUTAN HARI JADI SESEORANG, ULANGTAHUN PERKAHWINAN, ULANGTAHUN PEMIMPIN, RAJA, MENGAPA TIMBUL PERSOALAN TENTANG SAMBUTAN MENGINGATI HARI KELAHIRAN MANUSIA AGUNG, NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHIWASALLAM.

SATU PERISTIWA SELEPAS HIJRAH BAGINDA RASULULLAH KE MADINATUL MUNAWWARAH,BAGINDA DAN PARA SAHABAT BERSERTA PARA ANSOR (PENDUDUK TEMPATAN MADINAH) TERLIHAT SEKELOMPOK GOLONGAN MANUSIA SEDANG MERAI SATU MAJLIS.

BAGINDA RASULULLAH BERTANYA SIAPAKAH MEREKA ITU, JAWAB "ORANG TEMPATAN", ITU ADALAH GOLONGAN YAHUDI YANG MERAYAKAN SATU PERAYAAN SETIAP TAHUN."

BAGINDA BERTANYA LAGI, APAKAH YANG SEDANG DIRAYAKAN MEREKA? LALU DIJAWAB GOLONGAN YAHUDI TERSEBUT MERAYAKAN BAGI MENGINGATI PERISTIWA NABI MUSA DAN PENGIKUTNYA YANG DISELAMATKAN ALLAH S.W.T DARI SERANGAN TENTERA FIRAUN MELEPASI LAUT MERAH.

LALU BAGINDA BERKATA, JIKA MEREKA (YAHUDI) MERAYAKANNYA, UMAT ISLAM LAH YANG LEBIH LAYAK MERAYAKANNYA KERANA ISLAM ADALAH MELENGAPI SYARIAT NABI MUSA. BAHKAN UMAT ISLAM LAH YANG MENURUTI SYARIAT NABI MUSA BERBANDING YAHUDI YANG BANYAK MENUKAR AJARAN NABI MUSA.

KESIMPULAN PENCERAMAH JIKA MAJLIS MEMPERINGATI SATU PERISTIWA OLEH BANGSA YAHUDI TERSEBUT TIDAK MENDAPAT TENTANGAN BAHKAN MENGATAKAN UMAT ISLAM LEBIH LAYAK MERAIKANNYA, APAKAH MERAIKAN, MENGENANG HARI KELAHIRAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W TIDAK LAYAK HANYA KERANA BAGINDA SENDIRI TIDAK MERAIKAN ULANGTAHUN KELAHIRANNYA SENDIRI?

Sunday, May 24, 2009

NAK APA LAGI???

الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا
Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA..

KITA TINGGALKAN DULU CERITA POLITIK TERKINI NEGARA KITA. TENGOKLAH, ESOK DSN AKAN KE MAHKAMAH PERSEKUTUAN MENFAILKAN RAYUAN TERHADAP KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN SEBELUM INI.

BEBERAPA KALI MENDENGAR KULIAH DATO DR HARUN DIN, ULAMA' TERKENAL DI DALAM KERETA. DI ZAMAN TEKNOLOGI INI, TIADA KULIAH DI SURAU, MASJID-MASJID BUKAN LAGI ALASAN UNTUK TIDAK SEKURANG-KURANGNYA MENAMBAH ILMU, DI SAMPING MENJADI HALWA TELINGA UNTUK BUKAN SAJA DIRI SENDIRI, MALAH ISTERI, ANAK2, DAN RAKAN-RAKAN YANG MENUMPANG KERETA. ZAMAN SEKARANG, MP3 YG DISIMPAN DALAM PENDRIVE PUN BOLEH DIPASANG DALAM KERETA. I-POD JUGA BOLEH MENYIMPAN CERAMAH. JADI, BUKAN ALASAN UNTUK MENAMBAH ILMU AGAMA, MELAINKAN JIKA HATINYA TETAP BEBAL, DEGIL UNTUK TIDAK MAHU MENDENGAR PERINGATAN ALLAH MELALUI LIDAH-LIDAH ULAMA'.

BERKISAR AYAT DI ATAS, AYAT INI TURUN MEMBERIKAN REAKSI BERBEZA DI KALANGAN PARA SAHABAT RASULULLAH S.A.W. DI KLANGAN PARA SAHABAT KELIHATAN GEMBIRA DENGAN TURUNNYA AYAT INI, MELAINKAN ABU BAKAR AS SIDDIQ. MEREKA BERTANYA KEHAIRANAN. JAWABNYA, APABILA AYAT INI TURUN, BERMAKNA TUGAS, MISI, VISI, KERJA BAGINDA RASULULLAH TELAH SELESAI. DAN, INI BERMAKNA BAGINDA AKAN MENEMUI "KEKASIHNYA". DATO HARUN DIN MEMBERI KIASAN SEPERTI APABILA SESUATU MAJLIS ILMU TELAH SELESAI, MAKA PENCERAMAH DAN PENONTON AKAN BALIK.

SAHABAT LAIN MENYATAKAN APABILA TURUNNYA AYAT INI, BERMAKNA TELAH SELESAI DAN LENGKAP AJARAN ISLAM YANG DIBAWA BAGINDA RASULULLAH S.A.W. INI TIDAK AKAN MEMBERI PELUANG KEPADA MUSUH ISLAM UNTUK MENYATAKAN RASULULLAH "PERGI" DENGAN TIDAK TURUNNYA AYAT YANG MENYATAKAN ISLAM TELAH LENGKAP. IBARATNYA, MUSUH AKAN MENYATAKAN BAGINDA PERGI TANPA SATU TITIK NOKTAH, ISLAM BELUM SELESAI DAN MEMBIARKAN PENGIKUTNYA TERUMBANG AMBING.

BEGITULAH PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN PARA SAHABAT MELIHAT TURUNNYA AYAT INI. SATU PIHAK GEMBIRA KERANA DENGAN INI, TIADA YANG DAPAT MENGUTUK BAGINDA RASULULLAH SEOLAH-OLAH LEPAS TANGAN, WAFAT DALAM KEADAAN MENINGGALKAN ISLAM TANPA AYAT YANG MENJELASKAN BAHAWA PENGAJARAN ISLAM TELAH LENGKAP. SATU PIHAK LAGI MERASA SEDIH KERANA DENGAN AYAT INI, MAKA RASULULLAH AKAN PERGI MENINGGALKAN MEREKA SELAMA-LAMANYA.

DALAM MASA YANG SAMA, BERITA INI DIMANIPULASI SEORANG YAHUDI KETIKA ITU YANG MENYATAKAN UMAT ISLAM TIDAK TAHU BERSYUKUR KERANA TIDAK MERAYAKAN TURUNNYA AYAT PENGHABISAN ITU. BERITA INI DIKETAHUI SAIDINA UMAR AL KHATTOB. UMAR BERTEMU YAHUDI TERSEBUT BERTANYAKAN MENGAPA DIA BERKATA DEMIKIAN.

KATA YAHUDI TERSEBUT, ORANG YAHUDI AMAT PEKA DAN JIKA SESUATU YANG SEPERTI ITU BERLAKU, MEREKA AKAN MERAYAKAN SETAHUN SEKALI DENGAN PENUH BERMAKNA. KATA UMAR, AYAT TERSEBUT DITURUNKAN PADA HARI JUMAAT YANG DISEBUT "SAIYYIDUL AYYAM" (PENGHULU SEGALA HARI). SETIAP HARI JUMAAT, UMAT ISLAM AKAN BERAMAI-RAMAI, BERPUSU-PUSU, ADA YANG BERPAKAIAN CANTIK KEMAS MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT DI MASJID.

KATA UMAR, JIKA ORANG YAHUDI MERAYAKAN SETAHUN SEKALI, UMAT ISLAM MERAYAKAN TURUNNYA AYAT TERSEBUT SETIAP MINGGU. HINGGA KINI, HARI JUMAAT ADALAH HARI RAYA BAGI UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA TANPA PUTUS. MENDENGAR INI, YAHUDI TERSEBUT KAGUM DAN MEMELUK ISLAM MENDENGAR KEBESARAN TERSEBUT.

DSN VS DSZ... BILA MAU HABIS DAAA.....

ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA...

MAHKAMAH RAYUAN TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN 3-0 YANG MEMIHAK KEPADA DATO ZAMBRY SBG MB YANG SAH. NAMUN, ITU SEMUA TIDAK BERAKHIR DI SITU. DATO SERI NIZAR AKAN MEMBUAT RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI ESOK (25/5/2009).

KESUDAHANNYA?? MB DAN BEKAS MB PERAK AKAN MELAKAR SEJARAH PERJALANAN NAIK TURUN MAHKAMAH YANG TIDAK BERKSEDUAHAN.

PILIHANRAYA DUN PENANTI MENYAKSIKAN PKR BERMAHARAJALELA TANPA BN. KATA BN MEMBAZIR ASYIK BERPILIHANRAYA.NAMUN, KEMATIAN ADUN MANIK URAI, ALLAHYARHAM ISMAIL YAAKUB MEMBERI NADA LAIN BUAT BN UNTUK BERTANDING.

.......................

Thursday, May 21, 2009

PENANTIAN ITU SATU PENYIKSAAN...OH PERAK

ASSALAMUALAIKUM..SELAMAT SEJAHTERA...

RAKYAT PERAK DIPAKSA TERUS MENUNGGU KEPUTUSAN YANG AMAT PENTING HARI INI, SAMA DATO SERI NIZAR ATAU DATO ZAMBRY ADALAH MB YANG SAH.

SEJAK FEBRUARI 2009 DISELUBUNGI PERISTIWA PENCULIKAN 3 ADUN, RAMPASAN KUASA, DATO SERI NIZAR MENFAILKAN PERMOHONAN MENGISYTIHARKAN BELIAU ADALAH MB YANG SAH. BEGITU LAMA PERMOHONAN INI DIAMBIL DAN DIDENGAR HINGGALAH KEPUTUSANNYA BERPIHAK KEPADA DATO SERI NIZAR PADA 11 MEI. NAMUN, TAK SAMPAI 24 JAM RAYUAN DATO ZAMBRY UNTUK MENANGGUH KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI TERHADAP DATO SERI NIZAR DITERIMA.

DATO SERI NIZAR MENGEMUKAKAN RAYUAN AGAR RAYUAN DATO ZAMBRY SUPAYA MENANGGUHKAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI PADA 11 MEI LALU DIKETEPIKAN.

HARI INI, 21/5/2009 YANG SEPATUTNYA DIUMUMKAN AKHIRNYA DITANGGUHKAN DAN DIDENGAR ESOK. MENGAMBIL BERKAT DAN KEAGUNGAN HARI JUMAAT SEBAGAI PENGHULU SEGALA HARI PADA 22/5/2009 ESOK, MOGA PARA HAKIM ESOK KELAK ADALAH DI KALANGAN MEREKA YANG TAKUT KEPADA AZAB ALLAH DAN TETAP DENGAN PENDIRIAN TANPA TAKUT DENGAN UGUTAN MANUSIA.

APA PUN, TUNGGULAH ESOK....ORANG PERAK, TUNGGU LAGI WEI

Sunday, May 17, 2009

DO AS I SAY, NOT AS I DO.....

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
SURAH AS SOFF (AYAT 2 DAN 3)

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA.

MINGGU PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI LABUAN SESI 2009/2010 SELESAI DENGAN DENGAN MAJLIS PENUTUP DAN PEMBACAAN IKRAR DI HADAPAN PENGARAH DAN SEMUA WARGA PENDIDIK KML, BERMULA JAM 2 PETANG DI DEWAN MUTIARA. HASRAT UNTUK MEMUAT NAIK GAMBAR SEKITAR MINGGU SUAI KENAL TERBANTUT KERANA WAYAR SAMBUNGAN DARI KAMERA KE LAPTOP HILANG.

KETIKA KHAMIS, UJIAN ALLAH BUAT PENDUDUK PERKAMPUNGAN MUSLIM FILIPINA DI LABUAN TERBAKAR MELIBATKAN PULUHAN KELUARGA. ANTARA MEREKA DITEMPATKAN DI KOMPLEKS SUKAN LABUAN SEMENTERA MENUNGGU KEPUTUSAN BARU MENGENAI PENEMPATAN MEREKA. KITA DOAKAN AGAR MEREKA SEMUA DIBERIKAN KEKUATAN BAGI MENERUSKAN HIDUP DAN ISTIQOMAH DI DALAM ISLAM YANG BENAR INI.

AYAT DI ATAS DILIHAT JELAS MEMPERKATAN MENGENAI SERUAN, AMARAN, PERINGATAN ALLAH KEPADA HAMBANYA YANG BERIMAN MENGENAI SATU SIKAP YANG MEMANG MENJADI KADANGKALA TABIAT KITA SEMUA. DAN JELAS BENAR KEMURKAAN ALLAH TERHADAP MEREKA YANG MEMBIASAKAN DIRI DENGAN TABIAT INI.

SEORANG AYAH, ATAU GURU MELENTING,MARAH, MEROTAN, MEMBERI NASIHAT TENTANG BAHAYA, MUDARAT MEROKOK. SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA MULUTNYA HAPAK DENGAN BAU ROKOK. SI BAPA ATAU GURU MEMBERI ALASAN BAHAWA DIA MEMBELI DENGAN WANGNYA SENDIRI SETELAH BERKERJA. ADAKAH UNSUR NASIHAT BAIK DI SINI? ATAU SEBENARNYA MENANAMKAN KEPADA ANAK KECIL KALAU NAK MEROKOK, TUNGGU BILA DAH BERKERJA?

PARA USTAZ ATAU USTAZAH MENERANGKAN BETAPA KERASNYA AZAB ALLAH MENGENAI ORANG YANG MELAMBAT-LAMBATKAN ATAU MENINGGALKAN SOLAT, MENIPU, MENGAMBIL HAK ORANG LAIN, MEMNIDAKKAN, MERAGUI, MEMBENCI HATTA SATU HURUF DI DALAM AL QURAN. NAMUN, DALAM MASA YANG SAMA MEREKA JUGA KADANGKALA SEBAGAI MANUSIA MELAKUKAN KESILAPAN, NAMUN MEMBERIKAN HUJAH MEMENANGKAN TINDAKAN PALSU MEREKA. PALING TIDAK, MEREKA AKAN BERKATA, SAYA AJAR JE DALAM CERAMAH, KELAS. BUKAN KENA BUAT PUN.

SEORANG FASILITATOR, MODERATOR, NAQIB/NAQIBAH MENGASUH AHLI BAWAHAN, MENERANGKAN , MEMBIMBING, DAN PELBAGAI LAGI NASIHAT YANG DILIHAT CUKUP BAIK . NAMUN, KADANGKALA DILIHAT DILUAR TIDAK TERGAMBAR APABILA MODERATOR INI BALIK KE KAMPUNG DENGAN ALASAN JUST NAK JADI MODEL SEMENTARA SEMASA PROGRAM. DI LUAR, IKUT SUKA AKU LA NAK LANGGAR NASIHAT AKU SENDIRI.

PENULIS JUGA MENGAKUI BETAPA BANYAK KESILAPAN DALAM KEHIDUPAN. INI ANTARA AYAT AL QURAN YANG SERING MENITI DI BIBIR YANG MENJADI INGATAN AGAR UNTUK CUBA MENGELAK MELAKUKAN KESILAPAN MELANGGAR NASIHAT YANG MULUT SENDIRI KHABARKAN KEPADA ORANG LAIN.

HHHHHMMMMMMMMMM......... YA ALLAH, BANYAKNYA DOSA AKU

Tuesday, May 12, 2009

KESIAN RAKYAT PERAK....

ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA...

PADA 10 DAN 11/5/2009, MAKA SELESAILAH SESI PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ MATRIKULASI SESI 2009/2010, DAN KETIKA BERITA INI DITULIS, MINGGU SUAIKENAL SEDANG BERJALAN. MAKA KETIKA INILAH SEGALA BUDAYA HIDUP, PERATURAN, DAN PERKARA BERKAITAN DISAMPAIKAN KEPADA PELAJAR. INSYAALLAH GAMBAR2 AKAN DISERTAKAN KEMUDIAN, ATAU BOLEH RUJUK www.kml.matrik.edu.my.

NAMUN, SATU BERITA GEMPAR (GEMBIRA DAN TERSENTAK BAGI KEBANYAKAN PIHAK) IAITU MAHKAMAH PERSEKUTUAN MEMUTUSKAN BAHAWA DATO SERI MOHD NIZAR ADALAH MENTERI BESAR PERAK YANG SAH, DENGAN HUJAH BAHAWA DATO SERI NIZAR TIDAK PERNAH MELETAKKAN JAWATAN, DAN TIDAK PERNAH DIADAKAN SIDANG USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP BELIAU KETIKA MENJAWAT JAWATAN MENTERI BESAR PADA 11/5/2009. DAN PASTINYA PELUANG BAGI DATO SERI NIZAR MENGEMUKAKAN KEPADA SULTAN PERAK SEBAGAI MB YANG SAH UNTUK MENGADAP SULTAN PERAK UNTUK MENGEMUKAKAN USUL PEMBUBARAN DUN.

NAMUN, KETIKA INI (12/5/2009) DATO ZAMBRY MENGEMUKAKAN RAYUAN BAGI MENANGGUHKAN KEPUTUSAN KELAMRIN.

DATO SERI NIZAR DILAPORKAN KEMBALI KE PEJABAT MENTERI BESAR. MAHKAMAH RAYUAN MENERIMA RAYUAN DATO ZAMBRY UNTUK MENANGGUHKAN KEPUTUSAN KELMARIN, YANG BERMAKSUD MENTERI BESAR MASIH DATO ZAMBRY. JADI??? AHLI POLITIK BERTELAGAH, KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI PENING KEPALA.... MASALAH RAKYAT TERTANGGUH....

P.I.L.I.H.A.N.R.A.Y.A

AMPUN TUANKU

Tuesday, May 5, 2009

OH PERAK... SIDANG DUN ATAU....PILIHANRAYA???

ASSALAMUALAIKUM.. SELMAT SEJAHTERA.

SEJAK KEJUTAN OLEH RAKYAT PADA PILIHANRAYA KE 13 PADA 8 MAC 2008, SATU PERUBAHAN NYATA DARI RAKYAT MENUNTUT PEMERINTAH SEBELUMNYA, BARISAN NASIONAL MEMBUAT "HOMEWORK' DAN ULANGKAJI UNTUK KEMBALI MENAMBAT HATI RAKYAT, ATAU DITUNJUKKAN JALAN KELUAR MUNGKIN SEBELUM ATAU PADA PILIHANRAYA KE 13 KELAK.

PELBAGAI LUAHAN DARI PARTI PEMERINTAH DICATATKAN. SAMADA MENYALAHKAN PUCUK PIMPINAN PARTI KOMPONEN, MELUAHKAN KEKECEWAAN TERHADAP RAKYAT SEOLAH TIDAK MENGENANG BUDI TERHADAP JASA BN SELAMA INI, ADA JUGA YG BERNADA LEMBUT MENGAJAK PARTI KOMPONEN MELAKUKAN MUHASABAH DAN SEBAGAINYA.

DALAM MASA YANG SAMA, SERANGAN DEMI SERANGAN DILAKUKAN MELALUI MANA-MANA MEDIA YANG DIKUASAI TERHADAP NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT, BAHKAN JUGA MELAGA-LAGAKAN ANTARA PIMPINAN PARTI KOMPONEN PAKATAN RAKYAT.

NEGERI PERAK PALING MENDAPAT PERHATIAN KERANA DIKATAKAN NEGERI YANG SEBENARNYA MASIH JAUH UNTUK MENYOKONG PEMBANGKANG, MALAH TIDAK DILETAKKAN LANGSUNG HARAPAN UNTUK BERTUKAR. NAMUN, SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH.

SETELAH MENCAPAI KEMENANGAN, PELBAGAI ONAK DAN DURI DILALUI UNTUK MELANTIK EXCO DAN MENTERI BESAR. APA TIDAKNYA, DAP DENGAN 18 KERUSI, PKR 8 DAN PAS 6. PASTINYA DAP YANG MAJORITI BERADA DI KERUSI MB. NAMUN DENGAN PERUNDANGAN, CALON PASIR PANJANG DARI PAS, DATO SERI IR NIZAR JAMALUDIN DIPILIH DENGAN PERKENAN SULTAN PERAK. BEBERAPA SIRI PEMULAUAN OLEH DAP DAN PKR KERANA TIDAK BERPUAS HATI, NAMUN AKHIRNYA SEMUA AKUR DENGAN PERLANTIKAN TERSEBUT.

OMBAK GELORA HADIR SATU DEMI SATU. PEMBERIAN TANAH SECARA MILIK TETAP TERHADAP BEBERAPA KAMPUNG BARU DIJADIKAN ISU MENG"HANGAT"KAN HATI ORANG MELAYU DENGAN DIJADIKAN TAJUK "NIZAR BONEKA DAP". PENDUDUK CINA DI KAWASAN TERSEBUT TELAH MENETAP LEBIH 30 TAHUN, DAN SEBUAH KERAJAAN BERFIKIRAN ISLAM LEBIH MEMIKIRKAN KEBAJIKAN RAKYAT BERBANDING WARNA KULIT MAHUPUN BANGSA. NAMUN, DALAM MASA YANG SAMA TIDAK PULA DI"HIGHLIGHT"KAN PEMBERIAN TANAH OLEJ KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT TERHADAP SEKOLAH AGAMA RAKYAT, YANG DILIHAT CUBA DIBUNUH OLEH BN PIMPINAN TUN DR MAHATHIR SATU KETIKA DAHULU. KINI, SETELAH BN MEMERINTAH, ADAKAH PEMBERIAN TANAH MILIK TETAP KEPADA KAMPUNG BARU DITERUSKAN, ATAU DIARIK BALIK?

2 ADUN PKR, JAMALUDIN MOHD RADZI DAN OSMAN JAILU DIKATAKAN MELAKUKAN RASUAH "SEKS" KERANA MELULUSKAN PEMBERIAN PROJEK YANG DIDAKWA MB MOHD NIZAR TIDAK WUJUD. CUMA UNTUK MENGAJAK KITA BERFIKIR BERSAMA, TUDUHAN TERSEBUT DILAKUKAN OLEH UMNO SENDIRI. NAMUN, SEKARANG KEDUA-DUA ADUN TERSEBUT YANG MASIH DALAM SIASATAN TIBA-TIBA DIRAI, DISAMBUT, DISORAK DALAM MAJLIS SEOLAH-OLAH UMNO MEMAAFKAN MEREKA DAN SANGGUP MENERIMA 2 INDIVIDU YANG MEREKA TUDUH SEBAGAI PESALAH RASUAH SEKS SEBAGAI PENYOKONG BARU MEREKA. SEBELUMNYA, KEDUA-DUANYA DIKATAKAN HILANG BUKAN SAHAJA OLEH ADUN2 PAKATAN RAKYAT, MALAH AHLI KELUARGA MEREKA SENDIRI.

LOMPATNYA KEDUA-DUA ADUN TERSEBUT BERSAMA SEORANG ADUN DAP SEBAGAI ADUN BEBAS DAN MENYOKONG BN MENJADI PERTARUNGAN SEKETIKA UNTUK MB MOHD NIZAR MENASIHATKAN TUANKU SULTAN PERAK. NAMUN, ADAKAH ORANG LUAR DARI URUSAN NEGERI, BIARPUN PIMPINAN PUSAT BOLEH MENGGANGGU NASIHAT MB TERHADAP TUANKU SULTAN?

SATU DEMI SATU KEKALUTAN TIMBUL, SEHINGGALAH MEMBAWA KEPADA PERSIDANGAN DI BAWAH POKOK KERANA DIHALANG MEMASUKI BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI. SUK LEBIH BERKUASA DARI MB, SUK LEBIH BERKUASA DARI SPEAKER...

SEBENARNYA KEPUTUSAN-KEPUTUSAN JANGGAL YANG DICIPTA OLEH BN PERAK YANG DIBUAT MELALUI MAHKAMAH JIKA ADA, AKAN DIGUNAPAKAI YANG AKHIRNYA JIKA BN MEMERINTAH KELAK, KUASA SPEAKER BOLEH DICABAR MAHKAMAH MAHUPUN SUK. MUNGKIN HARI INI BN BERTEPUK TANGAN DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG BERPIHAK KEPADA MEREKA, NAMUN IA PASTI AKAN DIGUNAKAN PIHAK LAIN TERHADAP MEREKA KELAK.

KES JELAS, SPEAKER DEWAN RAKYAT, DATO PANDIKAR AMIN MULIA MENGGANTUNG MP GOBIND SINGH DEO SELAMA 12 BULAN TANPA GAJI. SPEAKER PERAK MENGGANTUNG MB ZAMBRY KADIR DAN AHLI EXCONYA SELAMA 12 BULAN DAN 18 BULAN. JIKA MAHKAMAH BOLEH MENGATASI KUASA SPEAKER PERAK, ADAKAH KEPUTUSAN YANG SAMA AKAN BERLAKU TERHADAP SPEAKER DEWAN RAKYAT?
ADAKAH AKAN ADA TINDAKAN MENCABAR SPEAKER DUN NEGERI LAIN SELEPAS INI?

BIAR APA PUN, SERASANYA KEPUTUSAN PALING BAIK UNTUK MEREDAKAN KEADAAN DAN MENENTUKAN KEPUTUSAN ADALAH DENGAN MENGEMBALIKANNYA KEPADA RAKYAT. BIAR RAKYAT PERAK MENENTUKAN SIAPA YANAG AKAN MENERAJUI PERAK, AGAR TIDAK LAGI URUSAN DI PEJABAT KERAJAAN NEGERI, PEJABAT DAERAH YANG MELIBATKAN KEPENTINGAN AWAM TERGENDALA.

SESIAPA PUN BOLEH MENDAKWA PARTI MEREKA SAH MEMERINTAH, DATO SERI NIZAR DAN DR ZAMBRY KADIR BOLEH MELAUNGKAN BAHAWA MEREKA MB YANG SAH.... DAN SEKARANG BAKAL ADA 2 SPEAKER??? SIAPA YANG MENERAJUI PERSIDANGAN? 7 MEI 2009?????? TUNGGULAH........

PILIHANRAYA JE LAH..............

APE KABOR LE MAK AKU KAT KAMPUNG......

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA...

TENGAH MEMIKIRKAN UNTUK BERKONGSI KERIBUTAN YANG MUNGKIN TIMBUL SEBELUM BERLANGSUNG SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK 7 MEI NI... SAMBIL2 CHECK EMAIL, ADA SAHABAT YANG MENGHANTAR SATU "WARKAH" YANG PANJANG LEBAR, TAPI..... CUKUP MENYENTUH HATI KITA YANG SERING LUPA PADANYA.....

SELAMAT MENATAP DAN KOREKSI DIRI................



Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak


Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak


Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....








Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sunday, May 3, 2009

MMMMM..... NGANTUKNYA...

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),


ASSALAMUALAIKUM...SELAMAT SEJAHTERA..

BERTEMU LAGI.. AGAK LAMA JUGA TAK MENULIS, CUMA TERGERAK JUGA UNTUK MENULIS SETELAH MENGHARUNGI WAKTU-WAKTU MENCABAR SEMASA MEMINJAMKAN TELINGA SEWAKTU KHUTBAH JUMAAT 1/5/2009 DI MASJID AN NUR , LABUAN DI TENGAHARI YANG SUAM.

ISI KANDUNGAN KHUTBAHNYA SEOLAH-OLAH SEPERTI KHUTBAH-KHUTBAH YANG LAIN, YANG DIULANG-ULANG TAJUK DAN ISI YANG SAMA, CUMA DIUBAH TAJUK DAN OLAHAN ISINYA. TAJUK YANG BERKAITAN KEWAJIPAN MENCARI REZEKI. MUNGKIN TELAHAN YANG SALAH, NAMUN JIKA DITAMBAH DENGAN GAYA PENYAMPAIAN YANG MENDATAR, MUNGKIN ELOK JIKA DIBAWA BANTAL DAN TILAM SEMASA SOLAT JUMAAT.

SOLAT JUMAAT YANG DIMULAKAN DENGAN KHUTBAH BUKAN SEKADAR KEWAJIPAN UNTUK UMAT ISLAM BERSOLAT SECARA BERJEMAAH. IA MERUPAKAN WAKTU UNTUK SALING BERTEMU, MEMPERBAHARUI TEKAD DAN AMALAN DENGAN PERINGATAN YANG DISAMPAIKAN OLEH KHOTIB.

TAJUK KHUTBAH HARI INI TIDAK MENENGAHKAN DENGAN SERIUS PERMASALAHAN UMAT MELALUI ISU TERKINI. TIDAKLAH MENGATAKAN MESTI YANG SEMASA SAHAJA. TAJUK-TAJUK SEPERTI "KEWAJIPAN MENCARI REZEKI", "KEPENTINGAN MEMBAYAR ZAKAT", "KEPENTINGAN MENDIDIK ANAK" DAN PELBAGAI LAGI TAJUK YANG DISENTUH SECARA UMUM DAN TIDAK DIKAITKAN DENGAN ISU SEMASA ANTARA TOPIK YANG DIBINCANGKAN DARI PERINGKAT TERTINGGI HINGGALAH KE KEDAI KOPI.

MASYARAKAT HARI INI BERHADAPAN DENGAN MASALAH KERUNTUHAN AKHLAQ REMAJA. SIRAH BAGAIMANA PEMUDA-PEMUDI ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH MENJADI CONTOH TIDAK DI"HIGHLIGHT"KAN.

KADAR PERCERAIAN YANG DIKATAKAN MENINGKAT DENGAN STATISTIKNYA, MAHU PUN ANDALUSIA (ANAK DARA LEWAT USIA) DAN ANTERLUSIA (ANAK TERUNA LEWAT USIA) DENGAN GAYA HIDUP KINI. BAGAIMANA ISLAM MENUNJUKKAN JALAN KELUAR TERHADAP PERMASALAHAN TERSEBUT.

CUMA TERINGAT SOLAT JUMAAT SEMASA PERHIMPUNAN AGONG UMNO BARU-BARU INI YANG MEMPERKATAKAN TENTANG KEPIMPINAN DAN AMANAH, JIJIKNYA ISLAM TERHADAP RASUAH SATU TOPIK YANG SEGAR. CUMA MUNGKIN ADA YANG MELENTING HINGGA JABATAN AGAMA ISLAM W/P TERPAKSA MEMBERIKAN ALASAN KHUTBAH BEGITU DIKELUARKAN DI DALAM AKHBAR. TAJUK-TAJUK BEGINI RELEVAN KERANA MASAYARAKAT SAMADA DI MALAYSIA MAHU PUN DUNIA ISLAM LAIN AMNYA AMAT TERDEDAH DAN DAHAGAKAN ILMU MENGENAI PANDANGAN ISLAM TERHADAP KEPIMPINAN.

DI SAMPING TAJUK DAN ISI YANG RELEVAN (ISI, FAKTA, SARANAN PENYELESAIAN), PENYAMPAINYA JUGA HENDAKLAH BERKEYAKINAN UNTUK MEYAMPAIKAN DENGAN CARA YANG SEGAR. GAYA SEORANG PEMIDATO, SUARA YANG TEGAS, INTONASI MENGIKUT ISI, DAN YANG BERKAITAN AMAT PENTING UNTUK MENCURI PERHATIAN PENDENGAR AGAR KELETIHAN TERUBAT DENGAN KHUTBAH YANG BENAR-BENAR MEMBERIKAN KESAN.

APA KATA SEORANG GURU MENYAMPAIKAN KHUTBAH MENGENAI GEJALA PELAJAR PONTENG SEKOLAH, MURID MENENDANG GURU, MURID MENCALARKAN KERETA GURU.

SEORANG PEGAWAI POLIS MENYAMPAIKAN DENGAN TEGAS DADAH PEROSAK MASYARAKAT.

PENSYARAH UNIVERSITI BERKHUTBAH KEPENTINGAN MENJADI ILMUAN DEMI PEMBANGUNAN UMMAH, ATAU GEJALA GAGAL DI UNIVERSITI DI KALANGAN MAHASISWA MUSLIM DI KAMPUS.

PEMIMPIN POLITIK BERKHUTBAH JIJIKNYA ISLAM TERHADAP POLITIK WANG, PERANAN PEMIMPIN MEMBIMBING MASYARAKAT, KEPIMPINAN BUKANNYA UNTUK BERMEGAH DAN MENGAUT KEUNTUNGAN, BIAR TIADA ARAK MAHU PUN KELAB MALAM ASAL NEGARA DIREDHAI ALLAH, PEMIMPIN YANG BERSOLAT DAN MENJAUHI LARANGAN ALLAH .

PENGAMAL KEWANGAN ISLAM MENERANGKAN KEWANGAN ISLAM, BEZA KEWANGAN ISLAM DAN KONVENSIONAL.

TULISAN INI JIKA ADA KEBAIKANNYA BOLEH DIKONGSI. NAMUN JIKA TIDAK BENAR, TIDAK SALAH DISANGGAH ASAL DENGAN JUJUR DAN IKHLAS, WALAUPUN BOLEH DISANGGAH DENGAN EGO. APA PUN, JIKA MUTU KHUTBAH KINI BERTERUSAN DAN TAKUT MENYATAKAN SESUATU PERKARA YANG BENAR DARI AL QURAN HANYA KERANA DIBENCI "PEMERINTAH", MAKA BIARKANLAH IA BERTERUSAN.