JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, December 6, 2009

NAK PERGI KE TAK NAK???

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera..

Di sini ingin saya berkongsi sesuatu yang dahulunya tak terfikir akan dilalui. Sebagai pentadbir (Pegawai Hal Ehwal Pelajar) di Kolej Matrikulasi Labuan, sudah pasti segala apa yang berlaku terhadap pelajar samada kebajikan, elaun, aktiviti pelajar terletak di bahu sebagai PPHEP. Dan tidak terlepas adalah aktiviti persembahan pelajar.

Diketahui umum bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, etnik, agama dan kepercayaan. DI Borneo, kepelbagaiannya lebih terserlah dengan puluhan etnik dari Sabah, Sarawak dan Labuan. Tidak kurang juga, komposisi penganut agama ISlam dan Kristian dikatakan seimbang dan begitu juga di KML sendiri.

Maka, Majlis Pr Krismas diadakan pada 4/12/2009 lalu dengan seperti biasa dimulakan ucapan pentadbir, wakil pelajar, dan sedikit persembahan koir dan lakonan.

Namun, bukan itu untuk dibicarakan pada kali ini. Terdetik di dalam hati adakah boleh untuk aku menghadiri majlis ini? Pasti ada yang kurang senang dengan kenyataan ini, atau melihat saya sebagai berpemikiran tertutup. Sebelum majlis, ada saya hubungi UStaz Redzuan bertanyakan mengenai kedudukan ini. PAdanya jelas, toleransi dalam agama bukan bermaksud kita sewenangnya pergi ke majlis sebarangan, apatah lagi jika ada unsur-unsur memuji dan memuja tuhan atau elemen dalam agama mereka. Walaupun tahu mengenainya sebelum menghubungi Ustaz, namun panggilan itu untuk menguatkan lagi keyakinan mengenai kefahaman terhadapnya sebelum ini.

Dalam surah AL KAfiruun, diterangkan betapa toleransi dan hormatnya Islam terhadap agama lain. Diterangkan bahawa Muslim tidak beribadat seperti bukan muslim beribadat, dan bukan muslim tidak beribadat seperti muslim beribadat. Muslim tidak menyembah apa yg bukan muslim sembah, dan bukan muslim tidak menyembah apa yang muslim sembah. Di akhir surah disebut "KAMU DENGAN AGAMA KAMU, KAMI DENGAN AGAMA KAMI".

Namun, bagaimana pula saya yang hadir dan berucap semasa sambutan Tahun Baru Cina peringkat KML yang lalu? Di sini, agama dalam erti kata agama samawi (langit) seperti Islam, Kristian dan Yahudi. Bagi agama budaya ialah Tahun BAru Cina, sambutan Kuih Bulan yang difahami penganut agama Buddha dan lain-lain lebih kepada fahaman falsafah pemimpin-pemimpin agung mereka. Dinasihati kepada saya, jika sambutan Krismas hanya sekadar jemputan makan, dibolehkan. Namun jika turut serta dalam majlis yang mengandungi nyanyian unsur memuji Jesus, pementasan mengenai kelahirannya, maka ianya tidak dibolehkan.

Toleransinya, sama juga yang bukan Islam tidak bertakbir memuji Allah Dan Nabi Muhammad S.A.W, maka begitu jugalah kita. Namun, jika dijemput tetamu bukan Islam untuk sekadar majlis memasak, membuat lemang atau majlis makan saja, ia sekadar majlis mengikut ADAT BUDAYA MELAYU, BUKANNYA ARAHAN ISLAM.

Namun, bagi perayaan Tahun Baru Cina contohnya ianya perayaan agama budaya, adat budaya masyarakat Cina. Tidak ada masalah besar untuk bersamanya berbanding perayaan agama yang jelas seperti Kristian dan Yahudi.

Begitu toleransi Islam hingga disebut satu hadis rasulullah S.A.W bermaksud "Barangsiapa menyakiti dzimmi, maka dia juga menyakitiku". Tidak sewenang-wenangnya untuk kita menyerang penganut atau rumah ibadat agama lain, apatah lagi menyakitinya selagi mana Islam tidak diperangi, dan mereka tunduk dan patuh serta tidak menentang Islam. Dzimmi dalam erti kata orang kafir (bukan Islam) yang tunduk, membayar cukai serta hidup aman di bawah pemerintahan umat Islam. Manakala Kafir HArbi adalah sebaliknya.

Toleransi dalam peperangan, tidak boleh membunuh wanita, kanak-kanak dan orang tua, merosakkan rumah ibadat agama lain, melayan tawanan perang seadanya seperti manusia dan tidak menyiksanya. Hatta, tidak boleh memulakan melainkan jika diperangi. Namun, hakikatnya pada hari ini Umat Islam diserang dari segenap sudut seperti di Palestin, Afghanista, Iraq, namun umat Islam yang bangkit mempertahankan tanahair dari penceroboh pulan dianggap Terrorist (Pengganas). Pelik bin ajaib apabila Negara Islam lain seolah mengiyakan tindakan Israel dan negara Barat dan memanggil pejuang Islam seperti HAMAS sebagai pengganas.

Hanya itu setakat ini. Namun, jika ada pendapat "Kuat" lain yang mungkin berbeza dengan pendapat bahawa dilarang menghadiri majlis Pra Krismas atau sambutan Krismas itu sendiri, boleh diajukan sebagai menambah ilmu sesama kita.

Sekian

No comments:

Post a Comment