JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, December 20, 2009

BERKURSUS BERSAMA HPA

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Sudah lama tidak menukilkan sesuatu di laman ini. Sebenarnya sengaja mengmbil cuti panjang dan balik ke Semenanjung bersama kedua2 keluarga sendiri dan keluarga mertua. Kebetulan hari ini (21/12/2009) ibu tercinta bersama kakak sulung dan adik bongsu akan ke umrah dan pulang semula pada 2/1/2010. Semoga semuanya dipermudahkan Allah.

Kursus bersama HPA yang dipanggil Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) pada 12 dan 13/12/2009 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh, PErak sedikit sebanyak menceritakan mengapa umat Islam perlu memilih HPA sebagai pilihan utama mereka. Kursus yang dihidangkan dengan sesi penerangan profile HPA, pencetus HPA, Hj Ismail Ahmad, herba-herba terpilih yang menjadi ramuan HPA seperti kopi radix, ubat gigi dan banyak lagi menguatkan lagi semangat mengapa hasrat saya mengembangkan HPA walaupun banyak lagi produk MLM lain di pasaran.

HPA? Dari umat Islam untuk umat manusia... Mengapa begitu? Produk hasil bukan umat Islam walaupun disertai cop halal JAKIM di pasaran amat meragukan dan disertai dengan penemuan menggemparkan dicatat di akhbar. Ambil saja ayam di pasaran. Walaupun dibungkus tercatat tanda halal, dan disembelih oleh orang islam, Dipaparkan bagaimana hasil kajian klinikal oleh PPIM dan beberapa penemuan lain yang mendapati makanan ayam tersebut dicampurkan dengan tulang belulang yang didapati terdapat kandungan tulang babi. Juga dengan ubat gigi di pasaran.

HPA dengan kilang dan ladangnya tersendiri menguatkan lagi sebab mengapa keyakinan terhadapnya tidak perlu diragui oleh umat ISlam khususnya. Kursus yang dihadiri dengan disertai belian produk 300 nilai mata (NM) melayakkan dinaikkan ke pangkat dan bonus 20%. Di dalam kursus juga diterangkan kebaikan herba-herba yang semakin ditinggalkan oleh generasi kini. Peserta juga disyaratkan menghadiri Qiyamullail dan solat subuh berjemaah.

Peserta juga didedahkan dengan teknik mengenal sakit seseorang melalui diagnosis tapak tangan dan LDK.

Apa kata pembaca melihat sendiri paparan luar negara mengenai KFC melalui laman web www.kentuckyfriedcruelty.com, bagaimana ayam-ayam dipelihara dengan tidak berperi kemanusiaan. Ayam tersebut dipotong paruhnya sejak kecil, dicucuk ubat yang menyebabkan ia tidak mampu bergerak apabila dewasa, dipijak untuk melemhkan dan dilemaskan untuk cepat mematikan. KFC MAlaysia, x pasti...mereka ada jawapannya.

Bagi yang tidak tahu bagaimana tauhu dibuat oleh sebahagian tauke cina mungkin, dipaparkan melalui petikan 360 oleh TV3 yang ia dibuat secara tidak teratur dan menjijikkan di belakang rumah.

Apa pun, pasti halangannya untuk membeli produk halal muslim kerana hati mungkin telah gelap kerana pemakanan meragukan selama ini, dengan beralasan selama ini produk sebelum ini pun ok, atau kenapa produk HPA mahal sangat... Satu jawapan dari fasilitator kursus, antara syurga dan neraka, mana paling mahal? kami tertawa mendengarnya.

Namun, dari ku, "BIAR MAHAL ASAL HALAL, DARI MURAH PENUH SHUBAHAH (MERAGUKAN)"

No comments:

Post a Comment