JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Wednesday, December 23, 2009

MASA UNTUK BERKERJA...PKTN RAKYAT

Assalamualaikum... SElamat sejahtera...

Dalam kesibukan bercuti membawa keluarga bersiar2, disamping sibuknya keluarga mertua untuk kenduri anak lelakinya, saya sempat meluangkan masa untuk menghadiri satu majlis yg julung kalinya dalam persada politik nasional, untuk julung kalinya melihat beberapa potret yang kadangkala mustahil jika diamati secara kasar, namun kini agak sedikit demi sedikit berubah.

Pakatan Rakyat yang baru saja didaftar dan disahkan, telah mangadakan kali pertamanya konvensyen Pakatan Rakyat sebagai usaha berterusan untuk meyakinkan rakyat bahawa satu gabungan telah bersedia untuk menjadi pilihan rakyat malaysia dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Konvensyen yang diadakan di Auditorium MBSA pada 19 DIsember 2009 dari 8.30pagi hingga 5.30pm memperlihatkan antara siri untuk saling menguatkan antara gabungan iaitu PAS, PKR dan DAP. Satu suasana dimana pemimpin DAP dan PAS saling berpegangan tangan dan berdiri bersama satu yang paling bersejarah. Dan sewaktu sidang pada petangnya semasa sesi penutup, Mursyidul Am PAS, Dato Tn Guru NIk Abd Aziz duduk bersebelahan PEngerusi DAP Kebangsaan, YB KArpal Singh mendapat tepukan gemuruh dari seluruh penonton. Di sepanjang sesi konvensyen, semua wakil parti diberi tajuk untuk dibahaskan menyampaikan mesej dari parti masing-masing.

Sidang pagi adalah ucapan pembukaan dari Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim, s/usaha DAP, YB Lim Guan Eng serta presiden PAS, YB Tn Guru HJ Abd Hadi Awang.

Namun, seperti biasa ucapan penutup oleh Tn Guru NIk Abd Aziz amat dinantikan. Ucapan ringkas bersahaja dengan kuntuman senyuman yg amat menyejukkan mata, dengan sepotong ayat Al Quran menegaskan bahawa Dunia, manusia dan serta isi kandungan adalah ciptaan dan hak Allah, dan semua manusia adalah bersaudara.

Di sepanjang konvensyen, semua Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat duduk bersama hadirin bagi menyatakan sokongan.

Namun, akhirnya rakyat menunggu samada Pakatan Rakyat boleh diharapkan menjadi pilihan utama kelak pada pilihanraya umum akan datang, atau sebaliknya bergantung kepada iltizam, komitmen, serta kerja keras setiap individu untuk benar2 berkerja untuk rakyat...

No comments:

Post a Comment