JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Monday, December 7, 2009

ANTARA MATRIK ATAU DUIT???

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

InyaAllah esok saya sekeluarga akan terbang ke kl (9/12/09-mungkin 22/12/09). Bercuti menjenguk keluarga di kampung di samping membawa keluarga bercuti... Kebetulan pula adik ipar nak melangsungkan perkahwinan.

Keputusan semester satu dah diumumkan beberapa minggu yang lalu. Dan pelajar yang mendapat keputusan lulus bersyarat atau lulus masih lagi berkira-kira samada untuk meneruskan pengajian di semester ke 2, atau menerima tawaran lain seperti di UiTM atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Memang tawaran terbuka luas, dan jika ada yang merasakan tidak mampu untuk meneruskan perjuangan di matrikulasi, kita doakan mereka menemui kejayaan di institusi dan lapangan lain.

NAmun, kadangkala bermain di fikiran juga bagi yang mendapat keputusan memberangsangkan seperti PNGK 3.0 ke atas juga terfikir untuk ke sana. Bagi saya, jika yang mendapat lulus bersyarat (1.5-1.99) atau sederhana seperti 2.3, memang tidak berapa nak disekat kerana hanya mereka mampu mengukur kemampuan sendiri. namun bagi 3.0 ke atas, agak timbul kemusykilan untuk melepaskan mereka begitu sahaja.

Mungkin boleh dibayangkan jika ayah tidak lagi berkerja, ibu hanya suri rumah, adik beradik dalam 5 orang, kedudukan sosioekonomi yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka berfikir untuk ke program SPA (bukan spa yang sauna tu...) dek kerana elaun bulanan lebih RM500 ke atas, dan dijamin kerja dengan taraf diploma sebagai medical assistant, atau jururawat dan sebasgainya. BUkan merendahkan taraf diploma, tetapi agak berasa sayang jika permata yang boleh digilap ke ijazah dengan jalan pintas, memilih jalan panjang melalui diploma semata-mata ingin membantu keluarga.

Namun, sebagai Pen pengarah Hal Ehwal Pelajar hanya mampu memberikan pandangan agar mereka dan keluarga mereka dapat membuka minda dan memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk melakar masa depan mereka sendiri. Namun, jika ianya muktamad, maka saya hanya mampu mendoakan kejayaan mereka di luar sana.

Ini lah pengorbanan seorang pelajar dan seorang anak yang sanggup meninggalkan cita-cita atau melalui jalan sukar semata-mata untuk meringankan beban tanggungan sara hidup keluarga.

Namun, satu kerisauan juga jika semata-mata mengikut kehendak keluarga, mereka belajar dalam keadaan tertekan kerana terpaksa mengikut kehendak keluarga yang akhirnya membuatkan mereka resah, tidak berminat atau sengaja mencipta kegagalan supaya ada alasan untuk dikembalikan kepada keluarga. Dalam keadaan persaingan global, kecairan maklumat sewajarnya ibubapa bertindak sebagai memberikan panduan dan dorongan dan membiarkan anak-anak membuat keputusan, bukannnya dengan paksaan.

Namun, selaamt meneruskan perjuangan di luar sana bagi yang ingin meneruskan pengajian di tempat lain, dan selamat meneruskan peperangan bagi yang kekal di semester ke dua.
Sekian

No comments:

Post a Comment