JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, November 29, 2009

Dai'e: Penghibur atau penghukum masyarakat?

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Salam eiduladha... Buat seluruh umat Islam, jadikan iktibar disebalik kepatuhan dan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s terhadap perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s yang dituruti tanpa banyak soal, keraguan walaupun perintah ini seolah-olah tidak masuk akal. Jadilah golongan yg patuh pada setiap ayat Allah dan hadis Nabi Muhammad S.A.W, bukannya golongan yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian dengan alasan logik akal semata seolah lebih bijak dari ALlah.

Takbir meraikan eiduladha pada tahun ini disambut agak meriah kerana diisytiharkan pada Penghulu segala hari (saiyyidul ayyam) iaitu hari Jumaat. Takbir bermula pada maghrib hari khamis menandakan bermulanya hari baru. sebelah siang, saya mengajak beberapa pelajar perermpuan untuk datang ke rumah untuk membantu isteri memasak, di samping memberi peluang kepada mereka untuk seolah-olah berada di rumah sendiri.

Kebetulan malam itu lebih kurang 9 orang, 6 orang terdiri dari ajk surau AL Irfaan dan 3 adalah pelajar lain. Di sini agak memberikan kesempatan untukku melihat sendiri keberasingan antara mereka yang dekat dengan aktiviti Islam, berjubah bertudung labuh (kadangkala dipanggil golongan dakwah, kadangkala geng surau atau masjid) dengan mereka yang dilihat tidak seberapa rapat dengan golongan ini. Kebetulan 3 pelajar tersebut tidak bertudung.

Agak lama memerhatikan kedua-dua golongan ini. Apabila group dakwah ini menolong urusan dapur, group ranggi berada di hadapan tv bersama anak-anakku. Apabila group ranggi ke dapur, semua group dakwah semua ke ruang tamu menonton tv.

Apabila kesemua ke ruang tamu menonton tv, kelihatan kedua-duanya dilihat duduk berasingan. Di satu sudut sofa, 3 pelajar ranggi tersebut bermain dengan anis dan amsyar, dan group dakwah tadi duduk bersama di sudut yang lain.

Aku dan isteriku saling berbisik dan slepas semuanya menjamu santapan malam, kami mengeluarkan permainan "jigsaw puzzle" dan meminta mereka semua berkerjasama menyiapkan tugasan tersebut. Bermulanya tugasan tersebut pada jam 10.30mlm hinggalah menghampiri jam 1 pagi. Aku sengaja mengarahkan antara mereka duduk saling bersilang antara 2 group tersebut untuk menwujudkan kerjasama, dan akhirnya mereka berjaya. Diakhir sebelum mereka pulang, aku menyerahkan duit raya sebagai hadiah dan isteriku saling bersalam sebagai wakil, dan mereka semua bersalaman antara 2 group tersebut dan berpelukan sebelum mereka pulang.

Memang senario ini kerap kelihatan. Tidak kurang juga teringat kembali ketika bersama Persatuan Mahasiswa Islam UPM, tidak kurang juga dengan di universiti lain. Mana yang kelihatan pelajar lelaki berkupiah, berbaju melayu atau yang perempuan yang berjubah bertudung labuh (kadangkala berpurdah) amat sukar dilihat untuk menerjunkan diri bersama masyarakat lain yang dilihat tidak sealiran dengan mereka.

Amat jarang, seolah tiada kadangkala yang lelakinya yang berkupiah berbaju melayu bersama dengan rakan berbaju t shirt seluar jeans, atau mat motor. Atau yang berjubah bertudung labuh jarang-jarang dilihat bersama rakan perempuan yang tidak bertudung, atau bertudung singkat, atau rakan-rakan yang berpakaian agak seksi dan ketat.

Mereka dikenali masyarakt sebagai golongan yang ingin mendekati Islam untuk dijadikan sebagai panduan hidup mereka. Tidak dinafikan sebahagian mereka adalah bekas pelajar Sekolah Agama. Namun, dalam masa yang sama adakah tidak mereka berasakan bahawa bersama masyarakat yang masih jauh dari amalan Islam adalah sebahagian dari tanggungjwab mereka? Atau telah disematkan di dalam hati bahawa mereka yang tidak bersama aktiviti Islam tidak boleh didekati? Atau telah tersemat di dalam diri mereka bahawa "aku golongan suci" yang menyebabkan rasa hina untuk bersama dengan mereka yang tidak berkupiah atau tidak bertudung?

Sekadar berkongsi jika ada kebaikan, dan bukan untuk membangga diri. Teringatkan teman-teman lama di Kolej Tun Dr Ismail, UPM. Aku yang ketika itu bersama PMI tidak berasa kekok, malah berasakan cukup seronok bersama teman lain yang adanya mat motor, kaki lepak dan yang lain walaupun mereka tahu aku join PMI, yang kadangkala berbaju melayu dan berkupiah. Malah dengan cara pakaian itu yang baru balik dari surau dan singgah sebentar di kafe, masih boleh duduk minum dan bersembang riuh bersama rakan-rakan lain yang dengan pelbagai perangai. Mereka berkongsi ilmu mengenai motor, atau kadangkala mengajak berkelah di Port Dickson, dan pelbagai topik.

Sebagai mereka yang mahu mendekati Islam, sewajarnya melihat diri mereka sebagai doktor yang mengubati, motivator yang membimbing, dan rakan yang menghibur mereka yang lain. Doktor sudahpasti menjadi golongan yang amat diperlukan nasihat dan kepakaran untuk berikhtiar mencari punca dan ubat bagi penyakit pesakitnya. Motivator adalah pembimbing, penunjuk jalan dan memberi nasihat bagi setiap permasalahan kliennya. Rakan, atau sahabat adalah mereka yang sentiasa menyokong kebaikan temannya, dan penegur kesilapan.

Namun, keadaan ini agak sudah jauh. Kadangkala bagi yang baru berjinak-jinak bersama kumpulan yang menyeru kembali kepada jalan hidup Islam merasakan sudah begitu alim dan mengetahui semua perkara. Dan mereka yang tidak bertudung, berpakaian fit, kaki motor berseluar jeans koyak dan pelbagai lagi adalah golongan yang tidak layak bersama mereka.

Pernah juga dilihatkan Allah padaku terhadap beberapa individu yang dahulunya kerap menjejakkan kaki ke masjid, lidahnya basah menyeru rakan lain kepada Islam, seolah dibalikkan hatinya. Terserempak dengannya menumpangkan teman wanitanya menaiki motorsikal. Sengaja aku bertanya bila kahwin,dia tersipu-sipu.

Dan ada yang dahulunya kehidupannya jauh dari ruh Islam tetapi dengan izin Allah berubah menjadi pendakwah yang amat baik budi pekerti.

Dari sudut ilmu, tidak menutup aurat, bersekedudukan, coupling memang dinyatakan dalam sebahagian ayat Al Qur'an ditegah keras Allah seperti ayat larangan menghampiri zina. Namun, sebagai pendakwah, bencilah kepada perlakuannya, bukan batang tubuh pelaku tersebut. Ia juga diselami dengan rasa kasihan dan kasih sayang untuk menegurnya agar tidak terus tergelincir.

Dakwah tidak hanya tertutup di masjid, dengan ceramah berdegar. Sebaliknya masyarakat diluar sememangnya amat terbuka dan menghormati golongan masjid dan sentiasa menerima kehadiran mereka ini untuk membimbing masyarakat. Berdakwah boleh saja di kedai makan, ketika berkelah di pantai, ketika berkonvoi dalam perjalanan, dan banyak lagi.

Namun, selagi mana mereka yang ingin menambah ilmu Islam dan menjadi pendakwah, namun dalam masa yang sama membina tembok pemisah yang tidak sepatutnya wujud, maka dakwah akan beku, ilmu tidak dapat dikongsi dan akhirnya jadi golongan SS (syok sendiri) yang tidak pun memberikan manfaat, malah kekalutan dan kerosakan masyarakat akan terus berleluasa.

No comments:

Post a Comment