JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Tuesday, April 20, 2010

SALAHKAH ZAID IBRAHIM INSAF???

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera.

Sekadar meneropong dari jauh, kemeriahan yang agak kurang dari sudut keperlbagaian berita samada dari media massa (yang seperti biasa memuji melangit BN dan menekan PR sehabis-habisnya), juga harakahdaily.net yang agak suram dari perubahan dan penambahan berita-berita terkini mengenai PRK Hulu Selangor.

Namun, bukan itu yang nak dipersoalkan. Sekadar melihat serangan berterusan terhadap peribadi Dato Zaid Ibrahim yang dikatakan dahulunya kaki botol. Dalam maksud lainnya, peminum arak. Memang pasti yang akan dituju persoalan terhadap PAS, bagaimana dapat menerima seorang pemabuk untuk disokong menjadi wakil rakyat? Bukankah tidak bermoral namanya???

Persoalan pertama, sejak bila BN, terutama UMNO begitu sensitif dan beria-ia benar menjadi bersih mempersoalkan kredibiliti seseorang yang berkaitan arak? Jika ia menjadi persoalan, maka ia telah menghampiri PAS, dan PAS sememangnya meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai panduan... Apa kata dibubarkan saja UMNO dan sertai saja PAS..

Memang PAS begitu menekankan kredibiliti individu untuk menjadi calon, bahkan jika tabiat buruk bertentangan dengan Islam berterusan hingga hari ini, maka PAS pasti akan menyatakan pendiriannya. Tetapi kelmarin saja Dato Zaid terus mengakui yang beliau memangnya DAHULU adalah kaki botol. Jika dimaksudkan dahulu, dahulunya beliau bersama siapa? PAS? DAP? PKR? Bukankah beliau bersama UMNO dahulunya? Maka kini beliau telah insaf, maka tidak salah untuk PAS menyatakan sokongan 200%.

Persoalan kedua, sejak bila UMNO mesti melihat persoalan begini untuk ditonjolkan? Bukan mereka selalu menyatakan, "JANGAN CAMPUR ADUK KAN AGAMA DENGAN POLITIK". , Serangan terhadap Dato Zaid adalah serangan politik. Dan serangan tersebut seolah-olah UMNO mahu calon bersih peribadi dari sudut ISlam untuk mewakili rakyat. Adakah UMNO dah kembali sedar dan mengakui bahawa politik juga sebahagian dari Islam? Bukankah itu yang didakwah oleh PAS sejak sekian lamanya?

Persoalan ketiga, jika begitu serangannya, adakah UMNO boleh membersihkan wakil rakyatnya yang kaki botol agar UMNO benar-benar bersih? rasanya mungkin tinggal Dato Pirdaus dan Pak Lah lah kot yang bersih dalam UMNO.

Adakah salah Nabi Muhammad menerima Umar Al Khattob menjadi panglima Islam? Bukankah sejarah silam Umar seorang pemabuk, kaki botol, penzina bahkan pembunuh kanak-kanak perempuan? Jika disebut sejarah silam, maka kemudiannya telah berubah. Bukankah dato Zaid juga begitu? Namun, hanya Allah yang tahu, dengan pengakuannya kelmarin bahawa dahulunya beliau adalah kaki botol. Beliau dilihat bersih kerana terus mengaku tanpa berselindung dan tidak bertalam dua muka, berdolak dalih seperti pemimpin UMNO.

Jika peminum arak menjadi persoalan UMNO, maka jelas mereka menerima bahawa politik adalah sebahagian dari Islam. Maka, slogan SEKULAR mereka selama ini "JANGAN CAMPUR ADUK HAL POLITIK DAN ISLAM" kemana perginya?

No comments:

Post a Comment