Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...
Sejak beberapa tahun, kejohanan Piala Dunia merupakan acara 4 tahun sekali yang amat dinanti di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Biar pun tak pernah sekalipun menjejak ke pusingan ke 2 kelayakan, namun kerancakan tetap dirasai.
Judi merupakan satu penyakit turun temurun yang diwarisi oleh peradaban manusia sejak beribu tahun lalu. Ia merupakan satu kegilaan tak terhenti, terutama bagi mereka yang ingin mencari kekayaan sekelip mata. Tidak kurang juga pada zaman ini dimana sistem kekeluargaan rosak, bercerai berai gara-gara judi. Mana tidaknya, bila duit simpanan habis, berhutang dengan along, ada yang sanggup memaksa isteri menjual barang kemas termasuk melacurkan isteri dan anak-anak gadis semata-mata untuk berlepas diri .
Kini, kerajaan BN di Malaysia mengenengahkan idea judi sempena World Cup. Sebabnya mudah bagi mereka, untuk mengawal dari penganjur judi kongsi gelap menjalankan opreasi yang dikatakan tidak memberi pendapatan kepada negara. Dan, ada yg berkata, sebagai menghormati hak penganut agama lain...? Soalnya, benarkah?
Sempat bersembang dengan seorang rakan berbangsa Cina dan India, bertanyakan pendapat mereka mengenai judi. Lantas mereka mengatakan bahawa judi bukan budaya adat, agama serta budaya masyarakat Cina dan India. Di dalam agama mereka juga menegah amalan judi yang jelas merosakkan. Bagi mereka, orang yang berjudi adalah individu yang jauh tersasar dari amalan adat serta agama mereka. Jadi, selama ini jika kerajaan mengatakan ianya sebagai menghormati ahak penganut agama lain, sungguh benarkah? Atau ada di kalangan penganut UMNO beragama Islam yang lupa kepada Allah yang mencari keuntungan terhadap aktiviti keji tersebut.
Mudahnya begini, bagi kita umat Islam....
Babi itu HARAM, judi juga HARAM...
Jika kita makan serta memberi makan keluarga walaupun makanan HALAL, tetapi dari sumber yg haram, bayangkan seperti memberi makan BABI kepada mereka.
Jika kita memberi pakaian yang baik2 dan HALAL tertapi dari sumber HARAM judi, bayangkan seperti memberi pakaian dari kulit BABI kepada ahli keluarga kita.
Dan, seterusnya.............
Cuba tanya penganut agama Kristian, adakah judi sebahagian tuntutan agama mereka?
Cuba tanya penganut agama Hindu, adakah judi sebahagian tuntutan agama mereka?
Cuba tanya penganut agama Buddha, adakah judi sebahagian tuntutan agama mereka?
Cuba tanya penganut agama.......? Agamna apa lagi?
Judi sepatutnya dibanteras, bukan diberi laluan mudah.
Mungkin selepas ini, timbul pula...Kerajaan meluluskan lesen berzina sebagai cara utk mendapatkan keuntungan berbanding maksiat HAram (tanpa lesen) yang tidak menguntungkan kerajaan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment