ASsalamualaikum.. Selamat sejahtera...
Isu Ust zakaria Ahmad membaca doa agar ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng agar diberikan hidayah Allah yang disensasikan akhbar dan media utama seharusnya diselidik dari sudut ilmu, bukannya emosi.
benarkah tidak boleh mendoakan kesejahteraan agar diberi hidayah kepada non muslim? Jka ada muallaf mendoakan semoga ibubapanya yg belum islam diberi hidayah, salahkah?
Jika pada pandangan orang Pulau Pinang mendapati pentadbiran Lim Guan Eng amat telus berbanding pemerintahan sebelumnya, dan dilihat lebih cantik jika dia seorang Islam, salahkah? Salahkah jika kelak dia bergelar YB Anuar Lim hasil doa alim ulama?
Jika ada pun seorang Melayu yg beragama Islam, tanpa segan silu meminum arak, menyalahguna wang rakyat utk kepentingan keluarga dan saudaramaranya saja, berzina dan pelbagai kezaliman lain dilakukan, lebih baik didoakan agar dia insaf, atau segera diturunkan dari takhta dan digantikan dengan yg lebih baik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment