JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Saturday, July 24, 2010

CATATAN RINGKAS LABUAN-TELUK BATIK

Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

22/7/2010 penerbangan Labuan-KLIA, yg sepatutnya terbang naik belon pada 21/7/2010, tetapi kerana kesilapan semasa pembelian tiket, jadi penerbangan lewat sehari. Maka ketibaan ke tapak program agak lewat, kerana semua kontigen JPP dari semua kolej matrikulasi dah berada di dalam program.

Di sepanjang program, JPP KML memberikan tumpuan dan kerjasama dgn baik. Dalam malam persembahan, lakonan mengenai kemerdekaan amat membanggakan. DIketuai oleh pengarah lakonan, miss Sharifah Sarah, dan pelakon terbaik "Jeneral Yamashita", si tokey dengan aksi ketawa tak henti-henti, dan aksi sencored yg tak boleh dihuraikan di sini.

Selepas program (24/7/2010), sempat membawa mereka berehat di Kolej Matrikulasi Perak, di Gopeng. Aku meluangkan masa yg amat terhad pulang ke Kuala Kangsar utk melihat dan bertanya khabar mengenai persiapan perkahwinan adik perempuanku, Puteri Nur Nadiah yg akan melangsungkan perkahwinan pd esoknya. Disebabkan tiket perjalanan pulang aku dan 18 ahli jpp pada pagi esoknya juga, jadi hanya sekadar sokongan diberikan. Apatah lagi adikku memilih untuk menjadi isteri kedua, pastinya menerima byk menerima tentangan dari saudara mara.

Mmg menjadi adat masyarakat terkebelakang melihat poligami yg dibenarkan Islam sebagai sesuatu yg menjatuhkan maruah keluarga, dan merasa terhina dengannya. Soalnya, di mana salahnya kalau dan hukum Islam dan undang2 membenarkan? Ataupun terpengaruh dengan SISTER OUT OF ISLAM yg menentang dan mengajak masyarakat supaya jahil seperti mereka dan menentang hukum Allah secara senyap mahu pun berterang terangan? Bila di beri jwpn begini, pastinya mereka membalas "Eleh, konon kami tak tahu hukum ISlam", "Kamu tu alim sangat, tahu semua. Konon ke syurga la tu", dan macam macam lagi jawapan emosi semata, bukan berdasarkan akal dan undang-undang. Cubalah bagi jawapan yg jelas, bukan semata emosi dan berkeras supaya pendriannya diterima tanpa hujah nyata.

Ketika nukilan ini ditaip, Aku dan anak didikku di KLIA, menaiki bas KMPK dengan pemandu, En MOhd Fairus serta En Radhi. Buat uncle fairus, semoga Allah tidak membalikkan hatimu untuk terus hingga ke akhir hayat sebagai seorang Muslim. Kadangkala ujian sebagai muallaf membuatkan mereka makin kuat, yg tidak dirasai oleh mereka yg lahir sebagai muslim keturunan. Tiba di KLIA jam 3 pagi lebih (25/7/2010), sambil menunggu penerbangan balik jam 9pagi nanti ke labuan.

No comments:

Post a Comment