ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA..
ASTRO CERIA SEKARANG DAH JADI RANCANGAN UTAMA ANAK-ANAKKU, TERUTAMA YG SULON, PUTERI ANIS. BILA-BILA SAJA, JANGANLAH DIHARAP DAPAT TUKAR KE RANCANGAN LAIN, W/PUN DIPUJUK MELAINKAN ANGINNYA BAIK KETIKA ITU.
PETANG TADI KETIKA BERREHT BERSAMA KELUARGA, SATU SIRI "FUKUCHAN" YANG ANTARA RANCANGAN UTAMA ASTRO CERIA, MIRIP-MIRIP WATAK DORAEMON MEMAPARKAN SATU SITUASI YANG AGAK LUCU, TETAPI MENYENTUH HATI, TERUTAMA SEBAGAI IBUBAPA. TIDAKLAH MENGAMATI KESELURUHAN SIRI, NAMUN SATU BABAK YANG BOLEH DIFIKIRKAN OLEH SAMADA IBUBAPA MAHUPUN BAKAL IBUBAPA.
ALKISAHNYA FUKUCHAN YANG DITUDUH SESUATU OLEH IBUNYA (TAK INGAT TUDUHANNYA). FUKUCHAN MENAFIKAN BERKALI-KALI WALAUPUN DIASAK DAN DISURUH MENGAKU SAJA OLEH IBUNYA. DATUKNYA KETIKA ITU MEMINTA AGAR CUKUPLAH PERBALAHAN TERSEBUT. FUKUCHAN MERAJUK KE TAMN PERMAINAN.
KETIKA ITU, SEORANG RAKANNYA (MCM WATAK GIANT DALAM DORAEMON) JUGA MERAJUK KERANA DITUDUH DAN DISURUH MENGAKU MENCURI OLEH IBUNYA, GARA-GARA WANG HILANG DALAM SIMPANAN IBUNYA.
AKHIRNYA MEREKA MEMBERONTAK DAN BERPAKAT DARI DITUDUH SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN, LEBIH BAIK MEREKA MENJADI BUDAK NAKAL. MEREKA MENGUMPULKAN RAKAN-RAKAN DAN MENJADI BUDAK NAKAL AYNG BERIDENTITIKAN CERMIN MATA HITAM. MEREKA MENCONTENG TEMBOK RUMAH JIRAN, DAN CUBA MAKAN DI RESTORAN TANPA MAHU MEMBAYAR.
ITULAH SERBA SEDIKIT LAKONAN WATAK KARTUN TERSEBUT... TERDETIK DI DALAM HATI, MUNGKIN ITU ANTARA YANG PERNAH BERLAKU DALAM KELUARGA KITA SUATU KETIKA DAHULU..?? MUNGKIN. KADANGKALA KITA DITANYA TENTANG DUIT YANG HILANG, KITA DIMINTA MENGAKU SAHAJA DIMANA KITA SOROKKAN. KALAU MMG KITA BUAT, DPAT DIKESAN DENGAN SIKAP SERBA SALAH. KADANG-KADANG KITA DIMINTA MENGAKU SAJA...
TERUSIK DI FIKIRAN SAYA, ADAKAH PERKARA SEKECIL BEGITU MENYEBABKAN RAMAI REMAJA MEMILIH JALAN SALAH DI LUAR SANA, ANGKARA SIKAP IBUBAPA YANG SEBEGITU.? TERUS MENUDUH MANA-MANA ANAK, TANPA USUL PERIKSA??? AKHIRNYA REMAJA MEMBERONTAK KERANA DITUDUH MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN, AKHIRNYA MEREKA MEMBISIK MEMBERONTAK DI DALAM HATI "DARI AKU TAK LAKUKAN PUN DISURUH MENGAKU BERSALAH, BAIK AKU BUAT BETUL-BETUL...BARU PUAS HATI AKU..."
JUGA PERINGATAN BUAT DIRIKU SEBAGAI PEMIMPIN KELUARGA, AMANAH ALLAH INI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha.. bila bc kisah ni teringat kisah zaman remaja dulu.. disebabkan geram pernah ingin melakukan perkara2 nakal, tp disebabkan oleh kesedaran dan sygkn diri sendiri, thnkan jelh perasaan, sabarkan jelh hati.. huhu.. :D
ReplyDelete