JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, September 6, 2009

SECEBIS KISAH ORANG MUNAFIK

ASSALAMUALAIKUM.... SELAMAT SEJAHTERA..

SALAM RAMADHAN KAREEM... MASIH KITA DI DALAM PELUKAN RAMADHAN, SEMENTARA HAYAT MASIH ADA SEBELUM KITA DITINGGALKAN.

SECEBIS KISAH DARI SIRAH RASULULLAH S.A.W, SEORANG HAMBA ALLAH BERNAMA TSALABAH YANG MISKIN AMAT SANGAT. DIA TINGGAL BRSAMA ISTERINYA DI ZAMAN RASULULLAH.

MISKINNYA TSALABAH INI, BOLEH DIBAYANGKAN BAGAIMANA SEHELAI PAKAIAN DIKONGSI BERSAMA ISTERINYA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT. SEBAIK SAJA SELESAI RASULULLAH MEMBERI SALAM AKHIR SOLAT, TSALABAH TERUS BANGUN PULANG KE RUMAH. BEGITULAH RUTIN HARIANNYA YANG MENIMBULKAN TANDA TANYA..

HINGGALAH SATU HARI BAGINDA BERTANYA SENDIRI KEPADA TSALABAH KENAPA BERLAKU DEMIKIAN. MAKA DICERITAKANLAH KISAH KESEMPITAN HIDUPNYA. MAKA TSALABAH MEMINTA RASULULLAH BERDOA UNTUKNYA AGAR DIBERIKAN KEKAYAAN AGAR DIA SELEPAS ITU MUDAH BERIBADAT KERANA TIDAK LAGI BERSUSAH PAYAH SEPERTI SEKARANG.

PERMINTAANNYA ITU PADA MULANYA TIDAK MENDAPAT PERKENAN BAGINDA KERANA DIKHUATIRI TSALABAH AKAN LEKA, LALAI DAN MENJADI SEORANG YANG SAYANGKAN HARTA DUNIA DAN JAUH DARI ALLAH S.W.T. NAMUN, SETELAH BERKALI-KALI DIPOHON, MAKA RASULULLAH PUN BERDOA AGAR TSALABAH DIKURNIAKAN KEKAYAAN.

SETELAH BEBERAPA KETIKA, KAMBING-KAMBING PELIHARAAN TSALABAH SEMAKIN MEMBIAK. TSALABAH SEMAKIN SIBUK MENJAGA KAMBING TERNAKANNYA,SEDIKIT DEMI SEDIKIT SOLAT BERJEMAAH BERSAMA RASULULLAH SEMAKIN LONGGAR.

TIBA KETIKA WAKTU MENGUTIP ZAKAT, RASULULLAH MEMERINTAHKAN AGAR DIKUTIP ZAKAT DARI KEKAYAAN PELIHARAAN TSALABAH. NAMUN, SIFAT KIKIR, SAYANGKAN HARTA, TAMAK SUDAH MULA MENYELUBUNGI HATI TSALABAH. TSALABAH MEMBERIKAN SEGALA ALASAN UNTUK MENGELAK. HINGGALAH BAGINDA MENGARAHKAN AGAR ZAKAT DARI TSALABAH JANGAN LAGI DITERIMA KERANA DIA SEORANG YANG MUNAFIK.

SETELAH KEWAFATAN BAGINDA RASULULLAH, DISUSULI PEMERINTAHAN KHALIFAH BERMULA DARI ABU BAKAR AS SIDDIQ, UMAR AL KHOTTOB, USMAN HINGGALAH KEPADA ALI, SEMUA MEREKA TIDAK MENERIMA ZAKAT DARI TSALABAH KERANA RASULULLAH SENDIRI ENGGAN MENERIMA, MALAH MENGARAHKAN AGAR JANGAN DITERIMA LANGSUNG ZAKAT DARINYA. BAGINDA RASULULLAH SENDIRI TELAH MENGGELARNYA MUNAFIQ.

KAMBING-KAMBING TSALABAH MENERIMA PENYAKIT DAN MATI SATU DEMI SATU HARI DEMI HARI. TSALABAH SENDIRI TELAH DITIMPA PENYAKIT DAN AKHIRNYA MATI.

MAKA KITA SEBAGAI MENGAKU BERGAMA ISLAM, JIKA TELAH LAYAK DIKENAKAN ZAKAT MAKA TUNAIKANLAH. DALAM SEHARIAN KITA BERKERJA, PASTI ADA KETIKA KITA LEKA, TERCURI MASA WAKTU BERKERJA DENGAN MEMBUAT PERKARA-PERKARA YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN KERJA KITA. ZAKAT SEBAGAI PEMBERSIHAN HARTA, KERANA PADA HARTA KITA ADA HAK ORANG LAIN YANG TIDAK DISEDARI. JANGAN ADA RASA RUGI MEMBAYAR ZAKAT, KERANA MEMIKIRKAN UNTUNG YANG SEDIKIT, MERANA DI AKHIRAT BERPANJANGAN LAMANYA...

No comments:

Post a Comment