JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Wednesday, September 30, 2009

PUTERA KE 2 KU....




ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA...

FOTO PUTERA KE 2 KU, SEMASA DI WAD... PADA AWAL PAGI NOTA INI DITULIS, KEESOKAN BAKAL DITENTUKAN NAMA YG BAKAL DIDAFTARKAN...

LAHIRNYA PADA 28/9/09 11.43MLM....

Monday, September 28, 2009

MUJAHID BARU BAKAL MENGGEGAR...

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA...

KETIKA MENULIS LAPORAN INI, BADAN TERASA PENAT, NAMUN SEGAR BARU MANDI (12.50TGH MLM). APA TIDAKNYA, PAKAIAN PEJABAT BARU SAJA DITUKAR.. NAMUN, TIDAK TERASA KERANA KEPENATAN TERUBAT DENGAN SELAMAT ISTERI SAYA MELAHIRKAN SEORANG PUTERA, 3.5KG. AGAKNYA BERATNYA MENDADAK NAIK KERANA BARU SAJA SEMINGGU BERAYA, ISTERI MELEPASKAN GERAM MENJAMAH JUADAH DI OPEN HOUSE.

MAKA, DENGAN INI DIISYTHIHARKAN ANAK SAYA YANG KE TIGA SELAMAT DILAHIRKAN PADA 28/9/2009 JAM 11.40PM. NAMA....???? BAKAL DIUMUMKAN KELAK.

SEKIAN

Tuesday, September 22, 2009

BERAYA DI RUMAH PELAJAR

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA...

23/9/2009, BERKERJA KEMBALI KERANA IKUT WAKTU PEJABAT, BUKAN P&P. RAMAI PEGAWAI PEJABAT YANG AMBIL CUTI. SAYA KE DEPAN MP HAMPIR JAM 8PAGI UTK THUMBPRINT... BERJUMPA DENGAN EN MASAH DAN EN JUMAT (PEMANDU). BUNTU JUGA, MALAS AMBIL CUTI SBB DI LABUAN JA. TAPI, PJBT PULA TAK BUKA SBB RAMAI KAKITANGAN CUTI.

SAMBIL SEMBANG DENGAN EN MASAH, TERFIKIR BUAT TUGAS LUAR... APA DIA? BUAT LAWATAN KERJA SAMBIL BERAYA DI RUMAH PELAJAR KML DI SEKITAR LABUAN. SAMBIL MENGERAT SILATURRAHIM, BOLEH JUGA MENGENALI LATAR BELAKANG KELUARGA PELAJAR. RUJUK PADA MIS, APA LAGI... BEREMPAT BERSAMA EN MASAH, EN JUMAT DAN SEORANG PELAJAR MENCARI RUMAH YANG HENDAK DITUJU. ALHAMDULILLAH, DAPAT 2 RUMAH DI KG LAJAU DAN BUKIT KUDA.

MUNGKIN TRADISI INI DAH LAMA DILUPAKAN.. RUMAH YANG DIKUNJUNGI BUKAN LAH DIRANCANG.. NAMUN, TERFIKIR APA SALAHNYA KALAU ADA KESEMPATAN MELAWAT RUMAH PELAJAR... SAMBIL BERKENALAN DENGAN KELUARGA PELAJAR, DAPAT JUGA BERBUAL TENTANG PRESTASI PELAJAR TERUS DENGAN IBUBAPA PELAJAR TERSEBUT... TAK SALAH BAGI SEORANG PENDIDIK MEMBUAT KERJA TAMBAHAN DI LUAR WAKTU PEJABAT BEGINI. CUMANYA, DAPAT KALAU PELAJAR DI LABUAN.. SABAH? SARAWAK??? EEEMMM... KENA ADA SPONSOR TIKET KE SANA LAH KOT

BERTEMU LAGI

HADIAH BERGANDA SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA...

DI KESEMPATAN INI (WALAUPUN DINUKIL PD RAYA KE-2), SAYA SEKELUARGA (MEGAT FAIZUL+HASNOR HESYA= PUTERI ANIS SYAZWANI+MEGAT AMSYAR+....) MENGUCAPKAN SALAM EIDULFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.. MOGA KOLEJ RAMADHAN YANG DILALUI SELAMA SEBULAN MEMBERI MOTIVASI, INSPIRASI BAGI MENGHARUNGI 11 BULAN MENDATANG...

JUGA SEKARANG INI MENANTI SATU LAGI HADIAH DARI YG ESA... SEORANG LAGI MUJAHID/AH BAKAL DILAHIRKAN MENGGEGAR DUNIA, I/ALLAH... DUE NYA HUJUNG BULAN NI, JADI SKRG MENANTI MASA UNTUK MELIHAT DUNIA LUAR... DOAKAN SEMUANYA SELAMAT...

I/ALLAH, JUMPA LAGI

Sunday, September 6, 2009

SECEBIS KISAH ORANG MUNAFIK

ASSALAMUALAIKUM.... SELAMAT SEJAHTERA..

SALAM RAMADHAN KAREEM... MASIH KITA DI DALAM PELUKAN RAMADHAN, SEMENTARA HAYAT MASIH ADA SEBELUM KITA DITINGGALKAN.

SECEBIS KISAH DARI SIRAH RASULULLAH S.A.W, SEORANG HAMBA ALLAH BERNAMA TSALABAH YANG MISKIN AMAT SANGAT. DIA TINGGAL BRSAMA ISTERINYA DI ZAMAN RASULULLAH.

MISKINNYA TSALABAH INI, BOLEH DIBAYANGKAN BAGAIMANA SEHELAI PAKAIAN DIKONGSI BERSAMA ISTERINYA UNTUK MENUNAIKAN SOLAT. SEBAIK SAJA SELESAI RASULULLAH MEMBERI SALAM AKHIR SOLAT, TSALABAH TERUS BANGUN PULANG KE RUMAH. BEGITULAH RUTIN HARIANNYA YANG MENIMBULKAN TANDA TANYA..

HINGGALAH SATU HARI BAGINDA BERTANYA SENDIRI KEPADA TSALABAH KENAPA BERLAKU DEMIKIAN. MAKA DICERITAKANLAH KISAH KESEMPITAN HIDUPNYA. MAKA TSALABAH MEMINTA RASULULLAH BERDOA UNTUKNYA AGAR DIBERIKAN KEKAYAAN AGAR DIA SELEPAS ITU MUDAH BERIBADAT KERANA TIDAK LAGI BERSUSAH PAYAH SEPERTI SEKARANG.

PERMINTAANNYA ITU PADA MULANYA TIDAK MENDAPAT PERKENAN BAGINDA KERANA DIKHUATIRI TSALABAH AKAN LEKA, LALAI DAN MENJADI SEORANG YANG SAYANGKAN HARTA DUNIA DAN JAUH DARI ALLAH S.W.T. NAMUN, SETELAH BERKALI-KALI DIPOHON, MAKA RASULULLAH PUN BERDOA AGAR TSALABAH DIKURNIAKAN KEKAYAAN.

SETELAH BEBERAPA KETIKA, KAMBING-KAMBING PELIHARAAN TSALABAH SEMAKIN MEMBIAK. TSALABAH SEMAKIN SIBUK MENJAGA KAMBING TERNAKANNYA,SEDIKIT DEMI SEDIKIT SOLAT BERJEMAAH BERSAMA RASULULLAH SEMAKIN LONGGAR.

TIBA KETIKA WAKTU MENGUTIP ZAKAT, RASULULLAH MEMERINTAHKAN AGAR DIKUTIP ZAKAT DARI KEKAYAAN PELIHARAAN TSALABAH. NAMUN, SIFAT KIKIR, SAYANGKAN HARTA, TAMAK SUDAH MULA MENYELUBUNGI HATI TSALABAH. TSALABAH MEMBERIKAN SEGALA ALASAN UNTUK MENGELAK. HINGGALAH BAGINDA MENGARAHKAN AGAR ZAKAT DARI TSALABAH JANGAN LAGI DITERIMA KERANA DIA SEORANG YANG MUNAFIK.

SETELAH KEWAFATAN BAGINDA RASULULLAH, DISUSULI PEMERINTAHAN KHALIFAH BERMULA DARI ABU BAKAR AS SIDDIQ, UMAR AL KHOTTOB, USMAN HINGGALAH KEPADA ALI, SEMUA MEREKA TIDAK MENERIMA ZAKAT DARI TSALABAH KERANA RASULULLAH SENDIRI ENGGAN MENERIMA, MALAH MENGARAHKAN AGAR JANGAN DITERIMA LANGSUNG ZAKAT DARINYA. BAGINDA RASULULLAH SENDIRI TELAH MENGGELARNYA MUNAFIQ.

KAMBING-KAMBING TSALABAH MENERIMA PENYAKIT DAN MATI SATU DEMI SATU HARI DEMI HARI. TSALABAH SENDIRI TELAH DITIMPA PENYAKIT DAN AKHIRNYA MATI.

MAKA KITA SEBAGAI MENGAKU BERGAMA ISLAM, JIKA TELAH LAYAK DIKENAKAN ZAKAT MAKA TUNAIKANLAH. DALAM SEHARIAN KITA BERKERJA, PASTI ADA KETIKA KITA LEKA, TERCURI MASA WAKTU BERKERJA DENGAN MEMBUAT PERKARA-PERKARA YANG TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN KERJA KITA. ZAKAT SEBAGAI PEMBERSIHAN HARTA, KERANA PADA HARTA KITA ADA HAK ORANG LAIN YANG TIDAK DISEDARI. JANGAN ADA RASA RUGI MEMBAYAR ZAKAT, KERANA MEMIKIRKAN UNTUNG YANG SEDIKIT, MERANA DI AKHIRAT BERPANJANGAN LAMANYA...

Tuesday, September 1, 2009

DI SEBALIK 2 SEPTEMBER 2009

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA..

TIADA APA YANG TERGEMPAR PUN. DI DADA AKHBAR PERSOALAN TIMBUL MENGENAI URA-URA KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL MENIKMATI BONUS SEBELUM RAYA, WALAUPUN PEMBENTANGAN BELANJAWAN ADALAH PADA OKTOBER. KEPUTUSAN SPR UNTUK TIDAK MENGISYTIHARKAN DUN KOTA SPUTEH, KEDAH KOSONG BERIKUTAN KETIDAKHADIRAN DUA KALI BERTURUT-TURUT DI SIDANG DUN KEDAH SETELAH SPEAKER KEDAH MENGHANTAR SURAT KEPADA PENGERUSI SPR MENGENAI PERKARA TERSEBUT, TELAH DIJANGKA.

HARGA MINYAK NAIK LAGI.

NAMUN, BERITA UTAMA HARI INI ISTERIKU TERSAYANG, HASNOR HESYA DITAHAN DI WAD JAM 8.30PAGI SEBENTAR TADI (2/9/2009) SETELAH MENGADU SAKIT PERUT DAN BELAKANG. MAKLUMLAH, HARI INI GENAP 36 MINGGU KANDUNGAN. DOAKAN MOGA SEMUANYA SELAMAT.

WASSALAM, TQ