ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA..
SALAM RAMADHAN BUAT PELAWAT, MOGA LAPAR DAN DAHAGA MENGINSAFKAN KITA. MASIH ADA YANG LEBIH SUSAH, MISKIN, ANAK YATIM YANG LEBIH TIDAK BERNASIB BAIK BERBANDING KITA.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. AL BAQOROH :183
SEMUA TELAH MAKLUM DAN BIASA MEMBACA, MENDENGAR MAKNA RAMADHAN, KISAH, KUPASAN AYAT AL QUR'AN DAN APA SAJA YANG SERING MENITI DI BIBIR PENCERAMAH MENGENAI KELEBIHAN RAMADHAN BERBANDING BULAN-BULAN LAIN. NAMUN, APA KATA KITA LIHAT DAN RENUNG SEJENAK SATU PERISTIWA YANG BENAR2 MENJENTIK HATI, BETAPA NILAI KEIMANAN SEORANG MUSLIMAH YANG DITANGKAP MINUM MINUMAN KERAS, NAMUN REDHA MENERIMA HUKUMAN YANG KETEGUHANNYA IA DARI ALLAH, DAN KARTIKA SARI DEWI REDHA DAN BERTEGAS MENERIMA HUKUMAN TERSEBUT WALAUPUN MENERIMA NASIHAT DAN TEKANAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN.
BAHKAN, LUARBIASANYA INSAN BERNAMA KARTIKA SARI DEWI INI, BUKAN SAJA TIDAK SABAR UNTUK MENERIMA HUKUMAN INI, BAHKAN KECEWA DENGAN KERENAH BIROKRASI YANG MENYEBABKAN HUKUMAN INI TERTANGGUH. BOLEH KITA BUAT ANDAIAN INILAH KETEGUHAN SRIKANDI YANG TERLANJUR, TETAPI LEBIH TEGUH MENYAYANGI ALLAH DENGAN REDHA MENERIMA APA SAHAJA YANG LAYAK BAGINYA. TARBIAH DAN DIDIKAN KELUARGANYA YANG REDHA DAN TIDAK MELARIKAN, APATAH LAGI MENYAMAN JABATAN AGAMA KERANA MELETAKKAN HUKUMAN YANG AMAT TIDAK DISUKAI ORIENTALIS, MUSUH-MUSUH ISLAM.
ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 24/08/2009
Kartika tak sabar menanti disebat
Oleh Siti Mariam Md. Zain
IPOH 23 Ogos - Kartika Sari Dewi Shukarnor bakal mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.
Esok, dia akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan di penjara bagi membolehkan hukuman sebatan sebanyak enam kali yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang baru-baru ini dilaksanakan.
Walaupun ada pihak mempertikaikan keputusan yang dibuat, namun bagi dirinya apa yang berlaku telah pun tersurat.
Ditanya tentang perasaannya menghadapi detik-detik hukuman tersebut, ibu kepada dua anak ini tenang menjawab: "Saya tak sabar menanti badan saya disebat. Kalau boleh saya ingin hukuman ini dipercepatkan."
Menurut Kartika Sari Dewi, bukan niatnya untuk 'riak' atau sengaja mencari publisiti dengan tindakannya itu tetapi harapannya ialah agar apa yang akan dilaluinya menjadi pengajaran berguna kepada individu lain.
"Saya harap apa yang saya lalui ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain. Itu sahaja harapan saya," katanya di sini hari ini.
Katanya lagi, dia tidak terganggu dengan hukuman itu kerana dia reda dengan segala balasan yang diterimanya.
''Saya telah melakukan kesalahan dan ini ialah balasan daripada kesalahan yang saya lakukan," ujarnya.
UTUSAN MALAYSIA: 26/8/2009
Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani
IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.
Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.
"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.
"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.
Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.
Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.
Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.
"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.
Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.
Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.
SATU PERISTIWA PERNAH BERLAKU DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W DI MANA SEORANG PUTERI KENAMAAN DITANGKAP MENCURI, MAKA IA SAMPAI DI PENGETAHUAN BAGINDA RASULULLAH. MAKA KETIKA ITU RAMAILAH YANG MENGADU AGAR HUKUMAN TERHADAPNYA DIRINGANKAN ATAU DIELAKKAN, ATAS ALASAN IA PUTERI ORANG KENAMAAN, DEMI MENJAGA STATUS TERHADAP MASYARAKAT.
KESIMPULAN DARI PERMOHONAN ITU, NABI MUHAMMAD MENEMPELAK DENGAN MAKSUDNYA JIKA SESUATU KESALAHAN DILAKUKAN RAKYAT BIASA, MAKA AKAN DIJATUHKAN HUKUMAN SETIMPAL, ATAU LEBIH BERAT DARI ITU. NAMUN, JIKA DILAKUKAN ORANG KENAMAAN, MAKA DIRAYU AGAR DIRINGANKAN ATAU DILEPASKAN. "AKU BERSUMPAH, JIKA FATIMAH BT MUHAMMAD MENCURI, NESCAYA AKAN AKU POTONG TANGANNYA'...
MASIH TERINGAT BAGAIMANA KISAH JBTN AGAMA ISLAM SELANGOR DI BAWAH PIMPINAN ALLAHYARHAM UST ISHAK BAHAROM DAN PEGAWAI JAIS YANG MELAKUKAN SERBUAN KE SATU PERTANDINGAN RATU CANTIK. AKHIRNYA JAIS DIPERSALAHKAN DAN DISERANG BUKAN SAJA OLEH BUKAN ISLAM, MALAH PEMIMPIN NEGARA DAN NGO YANG MENGAKU SANAGT BERAGAMA ISLAM.
JUGA SATU KETIKA DAHULU SERBUAN TERHADAP PUB DANN DISKO UNTUK MENCEGAH UMAT ISLAM MENGUNJUNGINYA, AKHIRNYA PEMIMPIN NEGARA YANG MENGAKU SANGAT BERAGAMA ISLAM MENJADI HERO DAN MENYERANG JBTN AGAMA DAN ISLAM SENDIRI KONONNYA TIDAK BERHIKMAH. AKHIRNYA ARAK, JUDI, PELACURAN DAN MAKSIAT MENANG SETELAH DIMENANGKAN OLEH PEMIMPIN NEGARA BERAGAMA ISLAM DAN NGO ISLAM. JADI, TIDAK HAIRANLAH JIKA NGO DAN ORANG BUKAN ISLAM BERANI MENCABAR ISLAM, KERANA IA TELAH LAMA DIPELOPORI OLEH PEMIMPIN ISLAM SENDIRI.
APA PUN, DI KEHENINGAN DN KEBERKATAN RAMADHAN INI, SAYA SECARA PERIBADI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA INSAN BERNAMA KARTIKA SARI DEWI ATAS REDHANYA TERHADAP HUKUMAN YANG DIJATUHKAN, APATAH LAGI IANYA DATANG DARI IAMN YANG DALAM DAN TEGUH BAHAWA HUKUMAN INI ADALAH BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK ISLAM, YAKINNYA DARI ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment