JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Wednesday, August 26, 2009

KARTIKA YANG LUAR BIASA...TAHNIAH!!!

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA..

SALAM RAMADHAN BUAT PELAWAT, MOGA LAPAR DAN DAHAGA MENGINSAFKAN KITA. MASIH ADA YANG LEBIH SUSAH, MISKIN, ANAK YATIM YANG LEBIH TIDAK BERNASIB BAIK BERBANDING KITA.

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. AL BAQOROH :183

SEMUA TELAH MAKLUM DAN BIASA MEMBACA, MENDENGAR MAKNA RAMADHAN, KISAH, KUPASAN AYAT AL QUR'AN DAN APA SAJA YANG SERING MENITI DI BIBIR PENCERAMAH MENGENAI KELEBIHAN RAMADHAN BERBANDING BULAN-BULAN LAIN. NAMUN, APA KATA KITA LIHAT DAN RENUNG SEJENAK SATU PERISTIWA YANG BENAR2 MENJENTIK HATI, BETAPA NILAI KEIMANAN SEORANG MUSLIMAH YANG DITANGKAP MINUM MINUMAN KERAS, NAMUN REDHA MENERIMA HUKUMAN YANG KETEGUHANNYA IA DARI ALLAH, DAN KARTIKA SARI DEWI REDHA DAN BERTEGAS MENERIMA HUKUMAN TERSEBUT WALAUPUN MENERIMA NASIHAT DAN TEKANAN UNTUK MEMBUAT RAYUAN.

BAHKAN, LUARBIASANYA INSAN BERNAMA KARTIKA SARI DEWI INI, BUKAN SAJA TIDAK SABAR UNTUK MENERIMA HUKUMAN INI, BAHKAN KECEWA DENGAN KERENAH BIROKRASI YANG MENYEBABKAN HUKUMAN INI TERTANGGUH. BOLEH KITA BUAT ANDAIAN INILAH KETEGUHAN SRIKANDI YANG TERLANJUR, TETAPI LEBIH TEGUH MENYAYANGI ALLAH DENGAN REDHA MENERIMA APA SAHAJA YANG LAYAK BAGINYA. TARBIAH DAN DIDIKAN KELUARGANYA YANG REDHA DAN TIDAK MELARIKAN, APATAH LAGI MENYAMAN JABATAN AGAMA KERANA MELETAKKAN HUKUMAN YANG AMAT TIDAK DISUKAI ORIENTALIS, MUSUH-MUSUH ISLAM.


ARKIB UTUSAN MALAYSIA: 24/08/2009
Kartika tak sabar menanti disebat

Oleh Siti Mariam Md. Zain

IPOH 23 Ogos - Kartika Sari Dewi Shukarnor bakal mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini.

Esok, dia akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan di penjara bagi membolehkan hukuman sebatan sebanyak enam kali yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang baru-baru ini dilaksanakan.

Walaupun ada pihak mempertikaikan keputusan yang dibuat, namun bagi dirinya apa yang berlaku telah pun tersurat.

Ditanya tentang perasaannya menghadapi detik-detik hukuman tersebut, ibu kepada dua anak ini tenang menjawab: "Saya tak sabar menanti badan saya disebat. Kalau boleh saya ingin hukuman ini dipercepatkan."

Menurut Kartika Sari Dewi, bukan niatnya untuk 'riak' atau sengaja mencari publisiti dengan tindakannya itu tetapi harapannya ialah agar apa yang akan dilaluinya menjadi pengajaran berguna kepada individu lain.

"Saya harap apa yang saya lalui ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain. Itu sahaja harapan saya," katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, dia tidak terganggu dengan hukuman itu kerana dia reda dengan segala balasan yang diterimanya.

''Saya telah melakukan kesalahan dan ini ialah balasan daripada kesalahan yang saya lakukan," ujarnya.


UTUSAN MALAYSIA: 26/8/2009


Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani

IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.

Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.

Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.

"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.

Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.


SATU PERISTIWA PERNAH BERLAKU DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W DI MANA SEORANG PUTERI KENAMAAN DITANGKAP MENCURI, MAKA IA SAMPAI DI PENGETAHUAN BAGINDA RASULULLAH. MAKA KETIKA ITU RAMAILAH YANG MENGADU AGAR HUKUMAN TERHADAPNYA DIRINGANKAN ATAU DIELAKKAN, ATAS ALASAN IA PUTERI ORANG KENAMAAN, DEMI MENJAGA STATUS TERHADAP MASYARAKAT.

KESIMPULAN DARI PERMOHONAN ITU, NABI MUHAMMAD MENEMPELAK DENGAN MAKSUDNYA JIKA SESUATU KESALAHAN DILAKUKAN RAKYAT BIASA, MAKA AKAN DIJATUHKAN HUKUMAN SETIMPAL, ATAU LEBIH BERAT DARI ITU. NAMUN, JIKA DILAKUKAN ORANG KENAMAAN, MAKA DIRAYU AGAR DIRINGANKAN ATAU DILEPASKAN. "AKU BERSUMPAH, JIKA FATIMAH BT MUHAMMAD MENCURI, NESCAYA AKAN AKU POTONG TANGANNYA'...

MASIH TERINGAT BAGAIMANA KISAH JBTN AGAMA ISLAM SELANGOR DI BAWAH PIMPINAN ALLAHYARHAM UST ISHAK BAHAROM DAN PEGAWAI JAIS YANG MELAKUKAN SERBUAN KE SATU PERTANDINGAN RATU CANTIK. AKHIRNYA JAIS DIPERSALAHKAN DAN DISERANG BUKAN SAJA OLEH BUKAN ISLAM, MALAH PEMIMPIN NEGARA DAN NGO YANG MENGAKU SANAGT BERAGAMA ISLAM.

JUGA SATU KETIKA DAHULU SERBUAN TERHADAP PUB DANN DISKO UNTUK MENCEGAH UMAT ISLAM MENGUNJUNGINYA, AKHIRNYA PEMIMPIN NEGARA YANG MENGAKU SANGAT BERAGAMA ISLAM MENJADI HERO DAN MENYERANG JBTN AGAMA DAN ISLAM SENDIRI KONONNYA TIDAK BERHIKMAH. AKHIRNYA ARAK, JUDI, PELACURAN DAN MAKSIAT MENANG SETELAH DIMENANGKAN OLEH PEMIMPIN NEGARA BERAGAMA ISLAM DAN NGO ISLAM. JADI, TIDAK HAIRANLAH JIKA NGO DAN ORANG BUKAN ISLAM BERANI MENCABAR ISLAM, KERANA IA TELAH LAMA DIPELOPORI OLEH PEMIMPIN ISLAM SENDIRI.

APA PUN, DI KEHENINGAN DN KEBERKATAN RAMADHAN INI, SAYA SECARA PERIBADI MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA INSAN BERNAMA KARTIKA SARI DEWI ATAS REDHANYA TERHADAP HUKUMAN YANG DIJATUHKAN, APATAH LAGI IANYA DATANG DARI IAMN YANG DALAM DAN TEGUH BAHAWA HUKUMAN INI ADALAH BERTEPATAN DENGAN KEHENDAK ISLAM, YAKINNYA DARI ALLAH.

Tuesday, August 18, 2009

PELBAGAI PERISTIWA...

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA...

BEBERAPA PERISTIWA UNTUK DIKONGSI.

1) KML (KOLEJ MATRIKULASI LABUAN) MENGHADAPI SAAT-SAAT KEKERINGAN BEKALAN AIR, MALAH HAMPIR 5 HARI. NAMUN KINI ALHAMDULILLAH, SEDIKIT DEMI SEDIKIT MASALAH DIATASI.
2) KML MENERIMA DUGAAN 3 PELAJAR DISAH POSITIF H1NI, DAN DIARAH KUARANTIN OLEH JABATAN KESIHATAN BERMULA 10/8-16/8/2009. NAMUN, SEMUANYA TERKAWAL.
3) KML BAKAL MENERIMA LAWATAN DARI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN, YB DATO MOHD PUAD ZARKASHI PADA 20/8/2009.
4) PERANG PILIHANRAYA PERMATANG PASIR MENYAKSIKAN 2 PENJURU ANTARA CALON BN, ROHAIZAT OTHMAN DAN DARI PAS, UST SALLEH MAN. KHABARNYA LAPORAN MEDIA MASSA MEMETIK UCAPAN MB KELANTAN, T.G NIK ABD AZIZ BAHAWA ORG UMNO TAK MASUK SYURGA... SOALNYA, BENARKAH BEGITU? APA KATA KITA BACA DARI ASTRO AWANI, AKHBAR HARAKAH, WEB HARAKAHDAILY, TRANUNGKITE DAN LAIN-LAIN UNTUK MENDAPATKAN GAMBRAN SEBENARNYA.

Wednesday, August 5, 2009

BILA "MELAYU" LEBIH DARI ISLAM

MENARIK UNTUK DIKONGSI, DIAMBIL DARI BLOG http://idhamlim.blogspot.com... BILA DIANGGAP MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU, BEGINILAH JADINYA... NAMUN BILA BANGSA LAIN BERJAYA KERANA USAHA, KITA DENGKI UNTUK MENJATUHKANNYA, BUKAN BERSAING.


ADA JUGA PERANGAI BURUK, KHURAFAT MELAYU DIANGGAP SEBAHAGIAN DARI ISLAM. DAN BILA ADA SESUATU YG ISLAM BENARKAN DIBENCI MASYARAKAT "MELAYU", MAKA IA DIANGGAP BURUK... SAYA MENGAJAK DIRI SAYA DAN SEMUA YG MELAYARI SAMA2 BELAJAR, MENGHAYATI, MEREDHAI DAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN ISLAM... ISLAM UNTUK SEMUA...


Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan , dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram , rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu pun nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak Melayu masih nombor satu
Asal bergaye sanggup makan nasi dan tokyu

Boleh tak jumpa Melayu di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada jugak tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan bengkok atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata Nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu!!!!

By,
Someone
Somewhere