JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Wednesday, January 13, 2010

WAHAI ANAK-ANAK BORNEO... SILAKAN DATANG


Assalamualaikum.. Selamat sejahtera...

Buat semua yg sedang merisik jalan ke IPT, Bahagian Matrikulasi KPM juga akan turut serta membuat pameran bagi memberikan penerangan mengenai matrikulasi, dan Kolej MAtrikulasi Labuan khususnya. Sila maklumkan pada sekolah, saudara mara serta rakan2 tentang maklumat ini.

Sekian

Monday, January 11, 2010

YA ALLAH...

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Masyarakat malaysia yang terdiri dari 2 tanah besar Semenanjung dan Borneo merupakan negara yang amat unik dengan kepelbagaian etnik, kaum, agama dan kebudayaan. Namun, kini agak gegak gempita serta mengusik hati sebilangan besar umat Islam khususnya. Bermula dengan sebuah majalah Herald-The Catholic Weekly yang memohon kepada mahkamah untuk membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Dan, mereka berjaya. dan selepas itu timbul bantahan dari segenap penjuru, NGO2 Islam terutamanya bangkit menyatakan bantahan. Tidak kurang juga dengan sedikit insiden agak tegang yang jika tidak dibendung akan membuatkan lukanya makin parah.

Namun, adakah salah jika dialog antara ilmuan, ulama' Islam dan Kristian dipertemukan di atas pentas dan berdialog sambil kedua-dua penganut agama samawi ini saling mendengar dan memahami keadaan ini?

Islam tidak memusuhi agama lain, bahkan Muslim di sebahagian besar dunia yang dimusuhi dan diganyang seperti di Palestin, Iraq, Bosnia Herzegovina (satu ketika dulu).

Namun jelas, Islam tidak mengiktiraf tindakan membakar gereja seperti yang berlaku di semenanjung kerana pihak Kristian menggunakan saluran mahkamah, maka perlu juga digunakan saluran mahkamah dan dialog. Melainkan mereka mengisytihar perang mengangkat senjata, maka ketika itu barulah dibenarkan umat Islam mengangkat senjata.

Bahkan jika dalam peperangan pun, tidak boleh membunuh wanita, rumah ibadah serta kanak-kanak dan orang tua. Tawanan dilayan seperti manusia, tidak boleh disiksa dan dibiarkan mati kelaparan. Jika musuh mengangkat bendera putih, maka mesti cenderung untuk berdamai.

Ada yang sinis berkata, bukankah satu parti melayu yang kini mempertahankan kalimah Allah hanya untuk Umat Islam dahulunya yang banyak memperlekehkan undang-undang dan hukum Allah? dari kecaman kepada kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan Hudud, sindiran jika hudud dilaksanakan ramai umat Islam kudung... Siapa nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan... BUkankah mereka yang mengususlkan tidak dibenarkan penggunaan nama Islam pada pertubuhan serta menarik balik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat? Kini, atas nama apa untuk mereka mempertahankan Kalimah Allah? Pemimpin DAP kah yang mengatakan perempuan arab bertudung kerana orang arab kuatr nafsu? Pemimpin PKR kah yang mengatakan ulama pakai serban tidak cukup oksigen masuk ke otak, maka mereka tidak dapat berfikir dengan waras? Adakah mereka ingat umat Islam di malasysia mudah lupa?

Apa pun, Kafir dzimmi (non muslim yang bernaung di bawah pentadbiran umat Islam yang hidup secara aman, tidak melakuklan huru hara dan membayar cukai wajib dilindungi). Bahkan hadis Nabi Muhammad S.A.W ada menyebut "Barangsiapa menyakiti dzimmi, maka dia juga menyakitiku".

Tidak seperti regim Zionis Israel yang menganggap mengusir, merogol, membunuh umat Islam di palestin mendapat pahala.

Apa pun, di harap keamanan dapat dikekalkan dan keadaan harmoni dapat diteruskan.