JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, July 26, 2009

PROFESSIONAL MUSLIM VS PROFESSIONAL MU'MIN

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA..

DALAM TOPIK KALI INI, ENTAH KENAPA TERDETIK UNTUK BINCANG SANTAI TERHADAP PERKARA INI. MEREWANG-REWANG BERFIKIR TENTANG PRODUK HALAL, DI SAMPING MENDOAKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN DARI KALANGAN MUSLIM LAHIR MEMBUAT PELBAGAI PRODUK DAN MENJADI USAHAWAN HYPERMARKET DAN SEBAGAINYA.

KITA HANYA MAMPU MEMBACA PELBAGAI PENDEDAHAN OLEH PELBAGAI PIHAK TENTANG DAPATAN DAGING AYAM YANG DILETAK BERSAMA DAGING BABI DALAM SATU PETI AIS, AYAM YANG TIDAK SEMPURNA DISEMBELIH, SOS, KICAP, MEE SEGERA, YANG SEMUA DIRAGUI WALAUPUN SEMUA ADA DICOP HALAL JAKIM. BARU-BARU INI COP HALAL YANG DIKATAKAN AKAN DISWASTAKAN MENDAPAT TENTANGAN PELBAGAI PIHAK, AKHIRNYA KEMBALI KE PANGKUAN TANGGUNGJAWAB JAKIM.

SOALNYA, ADAKAH INI SAJA EPISOD DEMI EPISOD PRIHATIN TERHADAP PERKARA HALAL? ADAKAH TIADA MUSLIM YANG KAYA YANG SANGGUP MEMULAKAN SATU PRODUK YANG AKHIRNYA MENJADI PILIHAN UMAT ISLAM? JIKA BEGITU, SELAMANYA KITA AKAN MENYALAHKAN NON-MUSLIM KERANA MENYALAHGUNAKAN COP HALAL MENAMBAH RAMUAN TIDAK HALAL DALAM PRODUK MEREKA, TAPI USAHA UMAT ISLAM?

SEBENARNYA TOPIK YANG NAK DIBINCANGKAN, ANTARA PROFESSIONAL MUSLIM DAN PROFESSIONAL MU'MIN. APA BEZANYA? KAN KE DUA-DUANYA SAMA?

PROFESSIONAL MUSLIM HANYA SEKADAR KALANGAN PROFESSIONAL (SEPERTI PENSYARAH, JURUTERA, DOKTOR, PEGUAM, AHLI POLITIK, DLL..) YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM. APA YANG TIDAK KENA DENGAN MEREKA?

1) SEORANG DOKTOR BERNAMA MUHAMMAD MENDAPAT KEUNTUNGAN DARI HASIL PERMINTAAN
MENGGUGURKAN JANIN YANG HIDUP.
2) RAHMAT SEORANG JURUTERA MENDAPAT HASIL KEUNTUNGAN BERBILION RINGGIT HASIL PEMBINAAN KASINO YANG MENEMPATKAN TEMPAT PERJUDIAN DAN ARAK.
3) MARIAM SEORANG PEGUAM BARU SAHAJA MENANG KES DAN DIBAYAR RM5000 OLEH ORANG YANG DIKETAHUINYA MEMANG BERSALAH MEMBUNUH.
4) ZAKI SEORANG AHLI POLITIK YANG TAHU PERKARA YANG DISOKONGNYA ITU SALAH, TETAPI MENYOKONG UNTUK SURVIVAL POLITIK DAN MENDAPAT TEMPAT.
5) LIZA SEORANG USAHANITA BERJAYA TIDAK MELARANG, MALAH MENJADIKAN ARAK SEBAGAI MINUMAN HARIAN DALAM KELUARGANYA.

INI ADALAH SERBA KECIL CONTOH PROFESSIONAL YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM YANG HANYA MELIHAT ALLAH HANYA DUDUK DI MASJID ATAU MAJLIS ILMU DI SURAU, TETAPI TIDAK MELIHAT DAN MENGHITUNG AMALAN DI LUAR MASJID. INILAH ANTARA DIDIKAN SEKULAR YANG HANYA MELETAKKAN ISLAM TERPISAH DARI PERNIAGAAN, ISLAM TERPISAH DARI PENTADBIRAN, ISLAM TERPISAH DARI HIBURAN, ISLAM TERPISAH DARI SEGALA JUZUK HIDUP. DARI SEGI GHAIBNYA, KERANA ALLAH TIDAK MENAMPAKKAN DASYATNYA AZAB DI KUBUR MAHU PUN NERAKA KERANA FIKIRAN MATERIALISME MENGUKUR DARI PERKARA YANG JELAS NAMPAK DI MATA.

SEORANG PROFESSIONAL MU'MIN ATAU MUTTAQIN BUKAN SEKADAR MEMEGANG TITLE MUSLIM DAN BERJAWATAN, LEBIH DARI ITU BERASA TAKUT DENGAN AMANAH YANG DITANGGUNG YANG AKAN DIJAWAB KELAK.

PEGUAM YANG BERIMAN HANYA AKAN MENGAMBIL KES YANG BENAR-BENAR PEMOHON ITU TIDAK BERSALAH, BIARPUN TERLEPAS RIBUAN RINGGIT.

AHLI POLITIK YANG BERIMAN SANGGUP BERKATA BENAR BIAR PUN DILUCUTKAN JAWATAN.

JURUTERA YANG BERIMAN HANYA AKAN MENGAMBIL PROJEK YANG TIDAK SECARA TERUS TERHADAP PROJEK YANG MENJURUS KEPADA TUJUAN MAKSIAT JELAS.

BUKAN MUDAH SEPERTI MUDAHNYA MENULIS NUKILAN INI. MOGA KITA SAMA-SAMA DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK SENTIASA BERHARAP MELAKSANAKAN APA YANG DIPERINTAH ALLAH, DAN MENINGGALKAN LARANGANNYA.

Monday, July 20, 2009

MEMEGANG LILIN DI PERHIMPUNAN BANTAHAN


ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA.

BERIKUTAN KEMATIAN TEOH BENG HOCK, SETIAUSAHA SALAH SEORANG EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG MASIH MENJADI MISTERI,SATU PERHIMPUNAN ANJURAN DAP DI WISMA DAP DI IPOH DISERTAI PEMIMPIN PAS PERAK. DATO SERI NIZAR JAMALUDIN MEMEGANG LILIN SEBAGAI TANDA HORMAT ATAS PEMERGIAN MENDIANG DAN TANDA BANTAHAN KERANA MENDIANG MATI TERJATUH DARI TINGKAT YG TINGGI DI SEBUAH WISMA DI SELANGOR. DAN JATUH DARI TINGKAP PEJABAT SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA.

BERIKUTAN PEMIMPIN PAS PERAK MENYERTAI DAN MEMEGANG LILIN DI PERHIMPUNAN TERSEBUT, MENTERI BESAR PERAK, DATO ZAMBRY ABD KADIR MENGELUARKAN KOMEN MEMINTA MAJLIS FATWA MENGELUARKAN FATWA BERKENAAN ORANG ISLAM MEMEGANG LILIN DI MAJLIS TERSEBUT.

DI SINI DIESRTAKAN LAMPIRAN KERATAN AKHBAR BERKENAAN PERKARA TERSEBUT.

Sunday, July 12, 2009

JEMPUTAN SERTAI UNDIAN..

ASSALAMUALAIKUM.. SELAMAT SEJAHTERA...

SEMUA PELAWAT DIHARAP TIDAK SAHAJA MELAYARI BLOG INI, DIHARAP JUGA AGAR DAPAT MENGAMBIL SERTA DALAM PUNGUTAN SUARA (BUKAN UNTUK MEMORANDUM, SEKADAR MENDAPAT MAKLUMBALAS) TAJUK PERTAMA MENGENAI PPSMI YANG AKAN DIMASUHKAN DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH BERMULA 2012...

TAJUK-TAJUK LAIN AKAN MENYUSUL BAGI KITA BERSAMA TURUT SERTA DI SAMPING PRIHATIN MENGENAI ISU DALAM DAN LUAR NEGARA...

SEKIAN, TERIMA KASIH

Saturday, July 11, 2009

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER SEM 1 2009/2010

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA..

UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER 1 2009/2010 BAKAL MENJENGAH PARA PELAJAR MATRIKULASI BERMULA 13-15/7/2009. SEGALA PERSIAPAN SEDANG DIPERKEMASKAN. SELAMAT MENEMPUH DENGAN PENUH KETENANGAN DAN KEYAKINAN. FOKUS KEPADA ULANGKAJI, HUBUNGI IBUBAPA DI KAMPUNG MEMOHON RESTU, DAN PALING AKHIR DAN UTAMA "HUBUNGI" MAHA PENCIPTA, MEMOHON DAN MERAYU AGAR SEGALA USAHA MEMBUAHKAN KEJAYAAN CEMERLANG DAN DIBERKATI.

PARA PELAJAR PROGRAM SATU TAHUN (PST) AKAN BERCUTI PADA 18/7-2/8/2009. SEMASA CUTI, SEBAHAGIAN AKAN MEMBAWA SEMANGAT KML KE KARNIVAL KOLEJ MATRIKULASI (KAKOM) DI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS. KEMUDIAN, SERAMAI 20 "WAKIL RAKYAT" PELAJAR (JPP) AKAN BERKAMPUNG BERSAMA JPP KOLEJ-KOLEJ MATRIKULASI DI DUSUN MIDA RESORT, KUALA NERANG, KEDAH PADA 29/7-1/8/2009.

KEPADA SEMUA PELAJAR PST, SELAMAT MENGHADAPI PEPERANGAN PERTAMA ANDA DI KML.

SEKIAN