JOM TENGOK APA ADA DI NUFFNANG....

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

KENANGAN DI EIDULFITR 1431H

Sunday, November 29, 2009

Dai'e: Penghibur atau penghukum masyarakat?

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...

Salam eiduladha... Buat seluruh umat Islam, jadikan iktibar disebalik kepatuhan dan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s terhadap perintah Allah S.W.T untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s yang dituruti tanpa banyak soal, keraguan walaupun perintah ini seolah-olah tidak masuk akal. Jadilah golongan yg patuh pada setiap ayat Allah dan hadis Nabi Muhammad S.A.W, bukannya golongan yang menerima sebahagian dan menolak sebahagian dengan alasan logik akal semata seolah lebih bijak dari ALlah.

Takbir meraikan eiduladha pada tahun ini disambut agak meriah kerana diisytiharkan pada Penghulu segala hari (saiyyidul ayyam) iaitu hari Jumaat. Takbir bermula pada maghrib hari khamis menandakan bermulanya hari baru. sebelah siang, saya mengajak beberapa pelajar perermpuan untuk datang ke rumah untuk membantu isteri memasak, di samping memberi peluang kepada mereka untuk seolah-olah berada di rumah sendiri.

Kebetulan malam itu lebih kurang 9 orang, 6 orang terdiri dari ajk surau AL Irfaan dan 3 adalah pelajar lain. Di sini agak memberikan kesempatan untukku melihat sendiri keberasingan antara mereka yang dekat dengan aktiviti Islam, berjubah bertudung labuh (kadangkala dipanggil golongan dakwah, kadangkala geng surau atau masjid) dengan mereka yang dilihat tidak seberapa rapat dengan golongan ini. Kebetulan 3 pelajar tersebut tidak bertudung.

Agak lama memerhatikan kedua-dua golongan ini. Apabila group dakwah ini menolong urusan dapur, group ranggi berada di hadapan tv bersama anak-anakku. Apabila group ranggi ke dapur, semua group dakwah semua ke ruang tamu menonton tv.

Apabila kesemua ke ruang tamu menonton tv, kelihatan kedua-duanya dilihat duduk berasingan. Di satu sudut sofa, 3 pelajar ranggi tersebut bermain dengan anis dan amsyar, dan group dakwah tadi duduk bersama di sudut yang lain.

Aku dan isteriku saling berbisik dan slepas semuanya menjamu santapan malam, kami mengeluarkan permainan "jigsaw puzzle" dan meminta mereka semua berkerjasama menyiapkan tugasan tersebut. Bermulanya tugasan tersebut pada jam 10.30mlm hinggalah menghampiri jam 1 pagi. Aku sengaja mengarahkan antara mereka duduk saling bersilang antara 2 group tersebut untuk menwujudkan kerjasama, dan akhirnya mereka berjaya. Diakhir sebelum mereka pulang, aku menyerahkan duit raya sebagai hadiah dan isteriku saling bersalam sebagai wakil, dan mereka semua bersalaman antara 2 group tersebut dan berpelukan sebelum mereka pulang.

Memang senario ini kerap kelihatan. Tidak kurang juga teringat kembali ketika bersama Persatuan Mahasiswa Islam UPM, tidak kurang juga dengan di universiti lain. Mana yang kelihatan pelajar lelaki berkupiah, berbaju melayu atau yang perempuan yang berjubah bertudung labuh (kadangkala berpurdah) amat sukar dilihat untuk menerjunkan diri bersama masyarakat lain yang dilihat tidak sealiran dengan mereka.

Amat jarang, seolah tiada kadangkala yang lelakinya yang berkupiah berbaju melayu bersama dengan rakan berbaju t shirt seluar jeans, atau mat motor. Atau yang berjubah bertudung labuh jarang-jarang dilihat bersama rakan perempuan yang tidak bertudung, atau bertudung singkat, atau rakan-rakan yang berpakaian agak seksi dan ketat.

Mereka dikenali masyarakt sebagai golongan yang ingin mendekati Islam untuk dijadikan sebagai panduan hidup mereka. Tidak dinafikan sebahagian mereka adalah bekas pelajar Sekolah Agama. Namun, dalam masa yang sama adakah tidak mereka berasakan bahawa bersama masyarakat yang masih jauh dari amalan Islam adalah sebahagian dari tanggungjwab mereka? Atau telah disematkan di dalam hati bahawa mereka yang tidak bersama aktiviti Islam tidak boleh didekati? Atau telah tersemat di dalam diri mereka bahawa "aku golongan suci" yang menyebabkan rasa hina untuk bersama dengan mereka yang tidak berkupiah atau tidak bertudung?

Sekadar berkongsi jika ada kebaikan, dan bukan untuk membangga diri. Teringatkan teman-teman lama di Kolej Tun Dr Ismail, UPM. Aku yang ketika itu bersama PMI tidak berasa kekok, malah berasakan cukup seronok bersama teman lain yang adanya mat motor, kaki lepak dan yang lain walaupun mereka tahu aku join PMI, yang kadangkala berbaju melayu dan berkupiah. Malah dengan cara pakaian itu yang baru balik dari surau dan singgah sebentar di kafe, masih boleh duduk minum dan bersembang riuh bersama rakan-rakan lain yang dengan pelbagai perangai. Mereka berkongsi ilmu mengenai motor, atau kadangkala mengajak berkelah di Port Dickson, dan pelbagai topik.

Sebagai mereka yang mahu mendekati Islam, sewajarnya melihat diri mereka sebagai doktor yang mengubati, motivator yang membimbing, dan rakan yang menghibur mereka yang lain. Doktor sudahpasti menjadi golongan yang amat diperlukan nasihat dan kepakaran untuk berikhtiar mencari punca dan ubat bagi penyakit pesakitnya. Motivator adalah pembimbing, penunjuk jalan dan memberi nasihat bagi setiap permasalahan kliennya. Rakan, atau sahabat adalah mereka yang sentiasa menyokong kebaikan temannya, dan penegur kesilapan.

Namun, keadaan ini agak sudah jauh. Kadangkala bagi yang baru berjinak-jinak bersama kumpulan yang menyeru kembali kepada jalan hidup Islam merasakan sudah begitu alim dan mengetahui semua perkara. Dan mereka yang tidak bertudung, berpakaian fit, kaki motor berseluar jeans koyak dan pelbagai lagi adalah golongan yang tidak layak bersama mereka.

Pernah juga dilihatkan Allah padaku terhadap beberapa individu yang dahulunya kerap menjejakkan kaki ke masjid, lidahnya basah menyeru rakan lain kepada Islam, seolah dibalikkan hatinya. Terserempak dengannya menumpangkan teman wanitanya menaiki motorsikal. Sengaja aku bertanya bila kahwin,dia tersipu-sipu.

Dan ada yang dahulunya kehidupannya jauh dari ruh Islam tetapi dengan izin Allah berubah menjadi pendakwah yang amat baik budi pekerti.

Dari sudut ilmu, tidak menutup aurat, bersekedudukan, coupling memang dinyatakan dalam sebahagian ayat Al Qur'an ditegah keras Allah seperti ayat larangan menghampiri zina. Namun, sebagai pendakwah, bencilah kepada perlakuannya, bukan batang tubuh pelaku tersebut. Ia juga diselami dengan rasa kasihan dan kasih sayang untuk menegurnya agar tidak terus tergelincir.

Dakwah tidak hanya tertutup di masjid, dengan ceramah berdegar. Sebaliknya masyarakat diluar sememangnya amat terbuka dan menghormati golongan masjid dan sentiasa menerima kehadiran mereka ini untuk membimbing masyarakat. Berdakwah boleh saja di kedai makan, ketika berkelah di pantai, ketika berkonvoi dalam perjalanan, dan banyak lagi.

Namun, selagi mana mereka yang ingin menambah ilmu Islam dan menjadi pendakwah, namun dalam masa yang sama membina tembok pemisah yang tidak sepatutnya wujud, maka dakwah akan beku, ilmu tidak dapat dikongsi dan akhirnya jadi golongan SS (syok sendiri) yang tidak pun memberikan manfaat, malah kekalutan dan kerosakan masyarakat akan terus berleluasa.

Wednesday, November 25, 2009

ONLINE BANKING

Assalamualaikum.. good day...

It seems very long period i'd left to write something here. And this is the first time i write in english. Hope that no one laugh if there's too many language errors. If i'm not mistaken, the last time i wrote in english was in 1998, during UPM matriculation programme.

Many people queue in a bank to pay bills, bank in some money for somebody their loved one, credit card payment and many more. Many still don't realised that most of these can be done just by a click in front of pc or laptop. At these moment, i can still make a money transfers even at 11pm inside my house to my mom, brothers and sisters, pay my credit card bills, my wife PTPTN loan, electrical bills....

Don't u think that u can avoid from traffic jam, queue up for half an hour and many more if we know how to start the process.

The process start at the bank's Auto Teller Machine, not Cash Deposit Machine.

1) Make sure you have an account from the bank, at least savings account. Apply for an atm card.
2) Insert your card into the bank's ATM machine and key in the i.d number.
3) Press a "INTERNET BANKING" button. You must create at least 6 figure for password. For example 873625. And you have to key in again the same password.
4) Your transaction are almost complete. Keep the receipt as a reference.

The process continue, but now it going to be an online process-internet (computer, laptop).

Type the bank's address, for example www.cimbbank.com.my (for CIMB bank). Click "First Time Login". Answer all the question, and don't forget that the ATM bank receipt is important, because you need to key in the password. The verification will be send to your email account. So, you need an email to complete all these process.

Click the verification through email, and your will be ordered to key in the old password and create a new password. Then, you may start pamper youself and do all the transaction at home when the rest still searching for carpark before they can enter the bank.

Anyway, Salam Eiduladha to all muslim readers. The history of sacrifice between Prophet Ibrahim and his son, Prophet Ismail in the name of Allah is meaningless to us, if we do not know the philosophy and the meaning behind it.

Wassalam

Wednesday, November 4, 2009

MENGAKU JE LAH....

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT SEJAHTERA..

ASTRO CERIA SEKARANG DAH JADI RANCANGAN UTAMA ANAK-ANAKKU, TERUTAMA YG SULON, PUTERI ANIS. BILA-BILA SAJA, JANGANLAH DIHARAP DAPAT TUKAR KE RANCANGAN LAIN, W/PUN DIPUJUK MELAINKAN ANGINNYA BAIK KETIKA ITU.

PETANG TADI KETIKA BERREHT BERSAMA KELUARGA, SATU SIRI "FUKUCHAN" YANG ANTARA RANCANGAN UTAMA ASTRO CERIA, MIRIP-MIRIP WATAK DORAEMON MEMAPARKAN SATU SITUASI YANG AGAK LUCU, TETAPI MENYENTUH HATI, TERUTAMA SEBAGAI IBUBAPA. TIDAKLAH MENGAMATI KESELURUHAN SIRI, NAMUN SATU BABAK YANG BOLEH DIFIKIRKAN OLEH SAMADA IBUBAPA MAHUPUN BAKAL IBUBAPA.

ALKISAHNYA FUKUCHAN YANG DITUDUH SESUATU OLEH IBUNYA (TAK INGAT TUDUHANNYA). FUKUCHAN MENAFIKAN BERKALI-KALI WALAUPUN DIASAK DAN DISURUH MENGAKU SAJA OLEH IBUNYA. DATUKNYA KETIKA ITU MEMINTA AGAR CUKUPLAH PERBALAHAN TERSEBUT. FUKUCHAN MERAJUK KE TAMN PERMAINAN.

KETIKA ITU, SEORANG RAKANNYA (MCM WATAK GIANT DALAM DORAEMON) JUGA MERAJUK KERANA DITUDUH DAN DISURUH MENGAKU MENCURI OLEH IBUNYA, GARA-GARA WANG HILANG DALAM SIMPANAN IBUNYA.

AKHIRNYA MEREKA MEMBERONTAK DAN BERPAKAT DARI DITUDUH SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN, LEBIH BAIK MEREKA MENJADI BUDAK NAKAL. MEREKA MENGUMPULKAN RAKAN-RAKAN DAN MENJADI BUDAK NAKAL AYNG BERIDENTITIKAN CERMIN MATA HITAM. MEREKA MENCONTENG TEMBOK RUMAH JIRAN, DAN CUBA MAKAN DI RESTORAN TANPA MAHU MEMBAYAR.

ITULAH SERBA SEDIKIT LAKONAN WATAK KARTUN TERSEBUT... TERDETIK DI DALAM HATI, MUNGKIN ITU ANTARA YANG PERNAH BERLAKU DALAM KELUARGA KITA SUATU KETIKA DAHULU..?? MUNGKIN. KADANGKALA KITA DITANYA TENTANG DUIT YANG HILANG, KITA DIMINTA MENGAKU SAHAJA DIMANA KITA SOROKKAN. KALAU MMG KITA BUAT, DPAT DIKESAN DENGAN SIKAP SERBA SALAH. KADANG-KADANG KITA DIMINTA MENGAKU SAJA...

TERUSIK DI FIKIRAN SAYA, ADAKAH PERKARA SEKECIL BEGITU MENYEBABKAN RAMAI REMAJA MEMILIH JALAN SALAH DI LUAR SANA, ANGKARA SIKAP IBUBAPA YANG SEBEGITU.? TERUS MENUDUH MANA-MANA ANAK, TANPA USUL PERIKSA??? AKHIRNYA REMAJA MEMBERONTAK KERANA DITUDUH MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN, AKHIRNYA MEREKA MEMBISIK MEMBERONTAK DI DALAM HATI "DARI AKU TAK LAKUKAN PUN DISURUH MENGAKU BERSALAH, BAIK AKU BUAT BETUL-BETUL...BARU PUAS HATI AKU..."

JUGA PERINGATAN BUAT DIRIKU SEBAGAI PEMIMPIN KELUARGA, AMANAH ALLAH INI

Tuesday, November 3, 2009

TAWARAN SERTAI HPA....

Assalamualaikum.... Selamat sejahtera...

Saya mengambil inisiatif untuk mengajak semua yg menerima email ini, jika masih belum bersama dgn salah sebuah syarikat MLM terbesar negara, Al Wahida Marketing Sdn Bhd, iaitu HPA.... Kenapa tidak untuk menyertai syarikat ini?

Pernah dengar ubat gigi yang diragui halal? Ayam yang diletakkan bersama-sama daging babi dalam satu freezer? makanan lain yang dicop halal JAKIM yang diragui halal? apa salahnya luangkan masa melayari laman web persatuan pengguna islam malaysia... Banyak perkara yang terbongkar...

Mengapa HPA? Kita membeli produk di supermarket Giant, Tesco, Carrefour...mmg murah.. tempatnya pun selesa... Setelah membayar harga barang, kita diberi resit dgn diakhir ditulis "TERIMA KASIH, SILA DATANG LAGI". Pulang, dan kita gunakan produk2 tersebut. Sekadar itu,... Ada pulangan sedikit bonus sebagai tanda penghargaan? motivasi?

Yakinkah pula pelbagai produk yg dibeli dgn tanda halal JAKIM itu benar2 diyakini? JIka ya, masakan banyak keraguan dibongkar PPIM dengan pelbagai bukti?

Saya bukan saja mengajak, malah akan sponsor sebahagian dari yuran penyertaan SEUMUR HIDUP untuk anda... Bagi MLM lain, jika tidak aktif membeli lebih setahun, maka keahlian terbatal, dan perlu diperbaharui... Bagi HPA,... Tidak. Biarpun anda tidak membuat sebarang urusan lebih dari setahun pun, keahlian anda amsih aktif...

Apa yg anda cari??? Sabun? ubat gigi? syampu? KOPI RADIX (mai secawan...)? sos cili, sos tomato? tepung goreng ayam organik? biskut radix? minuman cola, oren, sarsi karbonat? ayam organik? sate organik? ubat2an tradisional yg diyakini kapsul halal? byk lagi... Yg utama ianya perusahaan oleh usahawan MUSLIM yg menitikberatkan kebersihan dan dari sumber yg halal... lihat sendiri di www.hpa.com.my

Keahlian? di sini tawaran saya utk anda, namun berdasarkan kemampuan semasa saya. Yuran RM30 sekali saja (Anda sumbang RM10, saya top up RM20, dan kit niaga akan dipos ke alamat anda.)

Cuma nyatakan butiran berikut: (MAKLUMAT KEAHLIAN)

sertakan salinan k/p dpn dan blkg melalui email
Nama penuh:
Jantina:
Bangsa:
Alamat rumah : (utk urusan HPA menghantar penyata, cek..)
no k/p baru:
Taraf perkahwinan:
waganegara:
tarikh lahir:
No tel (r):
No tel (h/p):

nama pasangan:
no k/p psgn:

waris (nama dan no k/p)

Alamat semasa: (utk urusan saya menghantar kit niaga jika berlainan dgn alamat rumah)
JUGA, kerana anda tidak bersama saya untuk menandatangani borang keahlian (urusan jarak jauh), anda diminta menghantar salinan kad pengenalan depan dan belakang ke email saya megat5123@hotmail.com, sebagai dokumen sokongan.

Kenapa saya berani utk menaja org lain? tanggungjawab saya utk mengajak umat islam utk beralih ke produk2 yg diyakini halal, disamping menambah pendapatan... setiap yg digunakan menjadi darah daging sekeluarga.

Saya di sini untuk mengajak anda beralih ke produk halal.. JIka anda ingin mempelajari teknik/ memahami plan pemasaran untuk menambah pendapatan, terpulang kepada anda....

Mudah sahaja, setelah dihantar maklumat diatas, sila bank in RM10 ke akaun saya Maybank 165125142814, atau cimb 08021260132521 (MEGAT FAIZUL KHAIRI), dan sms ke 0175003969 nama tuan/puan/cik, serta butiran dan no rujukan bank in, atau email ke megat5123@hotmail.com, dan sms slps itu sbg peringatan. saya akan berurusan utk penghantaran kit niaga serta pengeposan borang keahlian...

Selepas itu, tuan/puan/cik akan menerima surat penghargaan dari hpa serta kad keahlian.. dan, selepas itu terpulang pada anda untuk membuat pembelian, di samping mencari stokis utk belajar utk menambah pendapatan..

sekian, bersama mencari yg halal untuk kebahagiaan dunia dan akhirat...

MEGAT FAIZUL KHAIRI